Isnin, 22 Disember 2014

Dah semakin hampir...

Salam Isnin sahabat semua.. semalam akak dapat satu gambar dari group wassup pasal puting beliung yang terbentuk berhampiran dengan Sg. Besar di tengah2 sawah padi.  Saudara mara yang berhampiran dengan kawasan sg besar.. sabak bernam  dah mula risau.. takut.. dan pelbagai  rasa...

Kita semua tahu kan.. semua kejadian itu adalah kebenaran dari Nya juga.. tapi dalam masa yang sama fenomena alam juga menjadi faktor kejadian..  pokok2 tinggi dah banyak ditumbangkan.. bukit bukau digondolkan untuk mengautkan keuntungan dan hasil.. akhirnya yang menjadi mangsa.. manusia sendiri..

Selama ini kita hanya melihatnya di kaca tv.. di negara orang.. tapi sekarang.. sudah semakin hampir dengan kita.. malahan sudah ada yang mengalaminya sendiri..

Aduhaiiii... semoga kita semua dilindungi oleh Yang Maha Pelindung.. sebab kataNya.. Jadi.. maka Jadilah ia..

2 ulasan:

  1. Terkejut juga dengan berita ni. Tak sangka kat Sabak pun ia dah muncul! Menakutkan!

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...