Khamis, 7 Ogos 2014

Cerita 2 Syawal... di hari ke 11

Raya kali ini akak beraya bersama emak di Ampang.. Mak suarakan hasrat hatinya untuk melawat saudara sebelah aruah abah di Taiping, Perak.  Jadi kami bertolak ke Taiping pada hari raya ke 2 lebih kurang jam 9 pagi.  Jalan?... memang sesak.. bermula di terowong Menora (kalau salah sori ekk) sehingga tol Changkat Jering.. kami sampai Kampung Jana, Matang Jambu dalam jam 3 petang.

Kami sempat ziarah satu rumah jer.. lepas tu kami cari tempat penginapan.. pada asalnya nak balik KL semula tapi en. BOS dah penat.. sib baiklah senang jugak nak cari penginapan di Taiping  nie...

Esoknya kami teruskan ziarah ke Bagan Serai... rumah sepupu.. sahabat.. pulang semula KL dengan perasaan senang hati sebab dapat tunaikan hajat mak. Alhamdulillah. .

Balik KL emak mula tak sihat.. hati sudah mula rasa kurang enak.. moga mak cepat sehat.. boleh kita jalan2 raya lagi.. ☺

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...