Isnin, 19 Mei 2014

Ingat2 Orang Belakang...

Pernah tak korang dengar ungkapan "ingat2 orang belakang..." .. akak dibesarkan di kampung bersama onyang dan atuk saudara... mak dan abah bekerja mencari rezeki di kota Kuala Lumpur.. walaupun akak dan adik sahaja yang tinggal di kampung namun kami tidaklah terlalu mewah... namun tidak juga terlalu susah.. akhir2 ini ungkapan di atas sering akak gunakan di rumah.. oleh kerana pada waktu malam kami jarang makan bersama.. biasanya aiman akan balik selepas isya' di surau.. dia adalah orang yang akan makan sebelum ayahnya pulang dari kerja...

Akak selalu berpesan kepada dia .. ingat2 orang belakang...padanya.. bukan apa kekadang bila lauk kena dengan tekaknya.. takut lah pulak dia terlupa kan.. nanti kalau dah abis.. apa pulak lah ayahnya nak menjamu nanti.. bukan berkira makan dengan anak tetapi sekadar mengingatkan..

Masa akak di kampung dulu.. lauk yang dimasak oleh atuk tak lah banyak.. biasanya cukup2 untuk kami berlima.. (atuk, onyang, umang, adik dan akak).. bab makan memang atuk tak berkira tapi atuk selalu ingatkan supaya jangan ambil makanan berlebih2.. supaya tidak membazir.. masa tu memang lah rasa tak puas hati.. lebih2 lagi bila ada tetamu datang ke rumah.. lauk kami pula diambilnya... akhirnya kami cuma makan nasi dengan kicap sahaja... tapi sekarang barulah akak memahami mengapa itu terjadi... betapa kita di tuntut untuk melayani tetamu dengan kondisi yang terbaik sekali..

Segala pengajaran yang akak terima dengan cara atuk mendidik akak dalam bersederhana dengan apa yang kita ada.. akak cuba bawa dalam mendidik anak2 sekarang.. walaupun sukar.. yerlah.. kalau dulu atuk buat apa pun.. kami tak berani bersuara atau bertanya... tapi anak2 sekarang.. bertanya itulah perkara yang wajib buat mereka.. emm dan sebagai ibu dan ayah.. kita kenalah menyiapkan minda untuk menjawab soalan cepumas dari mereka. . Mendidik pun perlu ILMU kan.. ;)

3 ulasan:

  1. Betul...saya dulu pun macam tu, kalau makan selalu kena tegur dgn mak, ingat2 skit orang yg belum makan...jgn dibelasah habis semua lauk tu. Situasi kita dikampung sama je...tapi itulah yg jadi pengalaman dan panduan hidup yg amat berharga.

    BalasPadam
  2. biasalah tu, mak2 selalu cakap gini !

    BalasPadam
  3. Okje pun gitu Izan tp hubby tak suka.....so kenalah akur....harap anak anak faham sendiri ajelah hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...