Rabu, 28 Mei 2014

Hazelina Snow Halal.. OK..


Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat laman web JAKIM (wpun sudah ada bunyi2 tak sedap pasal badan pengeluar halal nie)..pada akak buat masa nie takkan kita nak menghukum mereka dengan hanya satu kesilapan atau kecuaian yang berlaku.  Jawatankuasa bukanlah satu jawatan  yang kecil.. tanggunjawab mereka bukan sahaja di muka bumi nie.. malahan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.. takkan mereka mengambil mudah dalam membuat sesuatu keputusan.  Jadi dengan berpegangkan kepada inilah akak masih lagi mengiktiraf mereka..

Berbalik kepada krim hazeline snow yang telah akak pakai sejak remaja lagi.. sangat sesuai dengan kulit muka orang kampung nie .. yang hanya berharga bawah dari RM20 ni.. akak memang terkesan bila ia dikatakan tidak halal.  akak stopkan penggunaannya sehinggalah akak jumpa jawapan nya di laman web JAKIM.. dan sekarang keyakinan sudah kembali..Alhamdulillah..

Pada kengkawan yang dapat mesej2 yang berbaur halal tak halal nie.. pada pandangan akak ni.. baiklah kita cari sumber yang sahih.. supaya kita yakin dalam penggunaan produk tanpa was2.  Walau bagaimana pun kita nie hanya manusia  yang lebih mengetahui nya adalah Tuhan Pencipta Langit.dan Bumi ,Yang Maha Mengetahui Apa yang Tersembunyi.. ..serahkan usaha kita pada Nya.. semoga Allah sentiasa Mengampuni segala kekhilafan kita.. Ameenn..

2 ulasan:

  1. Berhati-hati dan dapatkan sumber yg sahih. Jika ada syak...eloklah jgn digunakan, jika yakin gunalah...

    BalasPadam
  2. yup, kena berhati2 tentang perkara halal ni. jangan main sebarkan je.. perlu diselidik dahulu kebenarannya..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...