Khamis, 27 Mac 2014

Mungkin Berakhir Suatu Penantian...


Mungkin kita sudah jauh tersasar..
Maka Allah mahu kita kembali..

Mungkin kita sudah semakin lupa..
Maka Allah mahu kita ingat semula...

Mungkin kita sudah mula tersesat..
Maka Allah mahu kita kembali pulang...

Mungkin kita sudah lama di awangan...
Maka Allah mahu kita berpijak di bumi yang nyata...

Mungkin kita sudah lama tenggelam..
Maka Allah mahu kita cuba menggapai udara ...

Mungkin kita sudah mula mengalah..
Maka Allah mahu kita terus tabah...

Mungkin kita sudah mula menyerah...
Maka Allah mahu kita sedar dan pasrah...
Bahawa ketentuan hidup ini di tangan Dia Empunya Dunia ini...

Mungkin kita mula rasa kita sangat hebat..
Maka Allah mahu kita ingat.. Dia Empunya Hak antara nyata dan ghaib
Dia tahu SEMUA..
Siapa kita untuk menidakkanNya..

Sedarlah diri wahai hati insan..
kita ini sangat lemah
sangat dhaif..
ilmu sangat sedikit..
Tanpa belas, ihsan, kasihan dariNya..
Udara pun tak mampu masuk ke rongga hidungmu...

Sedarlah diri wahai hati insan..
bukalah mata minda semua..
Mohonlah belas kasih sayangNya..
dengan serendah-rendah diri dan jiwa..
Sesungguhnya Dia yang Maha Segala...
Dapat merungkai yang kusut..
Dapat menampakkan yang tidak..
Dapat mencelikkan yang buta..
Dapat menerangkan yang gelap..

Kita hanya pendosa.. meyerahkan diri pada DIA..
Mungkinkah akan berakhirnya satu penantian?

2 ulasan:

  1. Terasa kurang dan kerdil sungguh diri ini... Terima kasih kak izan. Entri yg menginsafkan diri.

    BalasPadam
  2. Redha dan pasrah dengan segala kemungkinan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...