Sabtu, 22 Februari 2014

Tragedi 20 Februari...

Kebetulan hari tu.. badan tak sedap .. sakit2 badan.. pening.. selsema.. batuk.. jadi mintak kebenaran kat opiser nak balik kul 11 n gi klinik utk dpt mc... tapi sebab x larat sangat akak terus balik umah.. sampai umah rehat.. amin balik umah.. mintak ibu suapkan makan tengahari. . Walaupun badan x kuat ..layan jugaklah permintaan anak boleng sorang nie. Pastu dia gi sekolah agama..

Petang tu somi balik awal skit n bawak akak gi klinik.. doktor pun bagi mc.. on d way balik umah.. dapat call dari phone somi.. uncle din...  kawan somi... inform yang dia nak bawak anak akak amin gi klinik.. sebab dia jatuh basikal... n luka.. dalam fikiran akak... kaki luka ker.. masuk rim basikal ker.. kena batu ker.. apa2 yang logik di akal... somi kata kami tunggu kat klnik jer cam tu..

Tapi bila apa yang kami tengok bukanlah seperti yg di sangka.. kecederaan pada mata akak.. sangat parah..  darah membasahi baju dan amin memang terbaring mengerang.. Allah hu akbar anakku.. dlm klinik dia beritahu yang perutnya tertusuk handle basikal yang dia bawa, dan dia jatuh sebab nak mengelakkan motor...doktor di klinik terus menelefon ambulan.. katanya nie parah dan perlukan rawatan pakar di hospital. .

Amin dikejarkan ke hospital selayang.. smpai selayang.. doktor beritahu kami yang lukanya sangat dalam.. takut terkena organ2 dalam badan.. emergency surgery sangat diperlukan sekarang...

Akak..... redha.. tenang.. doa n tawakal... dgn harapan tiada kecederaan serius.. kami suami isteri menerima semua dengan tenang.. sebab Kun fa ya kun.. walaupun.. terkesima dgn ujian tiba2 ini..

Malam itu pukul 12tghmlm amin di bedah.. kami menunggu dan menerima apa sahaja keputusan bakal kami terima.. selesai segala pada pukul 3pagi.. dan Syukur kami ke hadrat Allah SWT..doktor kata "Amin sangat bernasib baik luka memang dalam... memang sangat hampir dgn pembuluh darah utama ke kaki.. dan andai itu terjadi akan ada pendarahan yg teruk n berkemungkinan akan effect kakinya.. dan iannya tidak terjadi begitu"

Berita itu sudah cukup untuk kami bersyukur.. mungkin ini ujian hebat buat kami.. walaupun sebenarnya.. ada lagi manusia yang lebih hebat ujiannya dibanding kami..

Dan sekarang akak masih lagi di Hospital Selayang bersama amin.. bergilir dgn En. Somi... amin masih di pantau..

Ianya satu tragedi buat kami sekeluarga dan juga teguran agar kami sentiasa bersedia dgn apa sahaja kemungkinan.  Kerana memang benar... KUN FA YA KUN...

6 ulasan:

  1. Lailahailallah..Semoga Amin tidak seteruk yg difikirkan dan segera sembuh. Sabar dan tabah ya Kakizan dalam menempuh ujian dari Allah ini. Saya doakan yg terbaik buat anda sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Terima kasih semua... BM, pearl dan radziah.. atas doa kalian.. Alhamdulillah. .. ameeennn. .ini semua qada dn qadar... tiada sesiapa boleh mengelaknya.. semoga ianya jadi pengajaran buat kami semua.. :)

    BalasPadam
  3. moga amin cepat sihat ye... harap bersabar dgn ujian yg menimpa....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...