Rabu, 5 Februari 2014

Menjaga Hati...



Menjaga hati..
aduh payahnya.. 
supaya tiada yang terasa
Sebab kekadang hati sendiri tak terjaga..
ada sahaja yang terkena..
aduh payahnya
apatah lagi hati orang lain hendak dijaga..

Maafkanlah andai terasa..
kekhilafan diri kekadang bukanlah niat makna..
Cuma lidah bukan mudah untuk di ajar bicara..
lancar sahaja mengeluarkan kata..'

Menjaga hati payah sungguh rasa..
kerana memasing ada fikiran dan jiwa..
ada sahaja tidak berkenan di telinga..
ada sahaja tidak berkenan di mata..

Menjaga hati...
marilah sama-sama kita perhati..
jom kita muhasabah diri peribadi..
adakah kita sudah cukup sempurna pekerti..
adakah kita perlu berhati-hati
mengeluarkan kata yang datang dari hati..
atau sebenarnya..
kita jaga hati sendiri
agar tidak mudah dicarik dikeji..
agar kuat walaupun di caci atau pun puji
dan tidak lupa diri..

Ya Allah sesungguhnya hanya padaMu..
Tunduk menyerahkan hatiku...

1 ulasan:

  1. Paling susah menjaga hati. Jaga dan berikan santapan hati dgn membaca Al-Quran dan berzikir...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...