Isnin, 27 Januari 2014

Jangan Melangit ...

Hidup di MUKA BUMI yang ada EMPUNYA..
jangan melangit sombong berkata...
Takut diri parah binasa..
Kena selalu sedarkan telinga dan mata..
Yang kita sangat tidak sempurna..
Sentiasa ada lubang sini sana..
Pandang ke atas tinggi melangit..
Kadang kita lupa diri sebenarnya sakit..
Jurang dosa pahala bukan sedikit..
Perlu juga dijentik dicubit..
Pandang ke atas tinggi melangit..
Jangan lupa kaki yang sakit...
Memapah diri terjongkit jongkit..
Ingat lah bumi yang ada lubang sempit..
Untuk mengisi diri yang kian tersepit...
takut diri akan dihimpit...
Ya Allah ampunkan lah kami...

1 ulasan:

  1. Siapalah kita ini....hanya insan lemah dan kerdil sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...