Khamis, 30 Januari 2014

Intai-Intai ..



Intai-intai di celah pintu hati..
Terasa diri rendah sekali..
Tak berkata tapi terus menyepi...
Kerana jiwa kosong.. tidak terisi..

Intai-intai di celah pintu hati..
Tidak ternampak apa yang dicari..
Tidak tahu apa yang menghuni..
Terus menghilang tidak pernah berganti..

Intai-intai di celah-celah..
jangan sekali mengaku kalah..
hadapi terus tanpa mengalah..
terus berjuang penuh tabah..

Intai-intai di celah kata..
Hidup penuh dengan perkara..
Tiada nampak.. tiada ketara..
Bila tiba .. terus menerpa..

Intai-intai mencari cahaya..
semoga kita terus percaya..
Apa yang datang itu adalah dari Dia Empunya..
Empunya diri dan Empunya dunia..
Terus mengharap apa yang dikurnia..
Menjadi tujuan abadi di SYURGA..
Teruslah bersabar walau tiada daya...

4 ulasan:

  1. assalamualaikum kakizan...mendalam maksudnya tu..:)

    BalasPadam
  2. Salam... Intai2 disini :)
    Indah dan mendalam puisinya...karang sendiri ke? Sangat berbakat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meluah apa yang tersirat dihati sendiri... terima kasih BM

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...