Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Datang 2015...



Selamat tinggal 2014...
Datangmu dulu .. ku nanti jua
Berdebar2 rasa hati..
Dengan yang bakal terjadi...
Segunung azam.. sekepal harapan ..
Seribu impian..
Namun hadirmu penuh kejutan suka dn duka..
Januari.. kononya malaysia bakal dilitupi salji...
Februari.. anak malaysia  di didik menjadi salah besar di sweden...
Mac.. MH370 pergi penuh misteri...
May.. cadbury Malaysia memberi kejutan...
Jun.. Bola Piala Dunia mengambil tempat..
Julai.. MH17 menambah duka di hati..
Ogos..UPSR2014  membongkar rahsia..
Disember.. banjir besar persis tsunami dan QZ8501 bukti sayang kasihnya Dia pada kita..
Salam pertemuan 2015..
Kami masih terus mengharap tanpa putus asa...
Kami masih rasa kasih sayangMu Allah...
Kami masih terus menadah tangan memohon daariMu...
Kerna kami tahu semua ini untuk  syurgaMu..
Semoga kita terus kuat dan tabah...
MENGHADAPI DUGAAN UJIANMU SETERUSNYA.. Ameen

Isnin, 22 Disember 2014

Dah semakin hampir...

Salam Isnin sahabat semua.. semalam akak dapat satu gambar dari group wassup pasal puting beliung yang terbentuk berhampiran dengan Sg. Besar di tengah2 sawah padi.  Saudara mara yang berhampiran dengan kawasan sg besar.. sabak bernam  dah mula risau.. takut.. dan pelbagai  rasa...

Kita semua tahu kan.. semua kejadian itu adalah kebenaran dari Nya juga.. tapi dalam masa yang sama fenomena alam juga menjadi faktor kejadian..  pokok2 tinggi dah banyak ditumbangkan.. bukit bukau digondolkan untuk mengautkan keuntungan dan hasil.. akhirnya yang menjadi mangsa.. manusia sendiri..

Selama ini kita hanya melihatnya di kaca tv.. di negara orang.. tapi sekarang.. sudah semakin hampir dengan kita.. malahan sudah ada yang mengalaminya sendiri..

Aduhaiiii... semoga kita semua dilindungi oleh Yang Maha Pelindung.. sebab kataNya.. Jadi.. maka Jadilah ia..

Ahad, 21 Disember 2014

Cuti memang seronok..

Salam Ahad kawan sekalian.. lama sungguh akak sepi dengan berita.  Bukan  takder cerita.. tapi kepenatan dan kelelahan mengejar urusan sehari sehinggakan kesempatan  untuk diri sendiri pun kekadang tertunggak.  Ok.. hari  ini  akak  nak buat laporan sikit..

Pada mereka2 yang bekerja.. bila bercuti ni rasa macam sangat seronok (pada akaklaa).. taklah terkejar2 kesana ke mari menguruskan apa2 yang patut.  Hidup rasa lebih teratur ... baju bersidai..berlipat.. makan minum teratur..beristrirehat dengan mereka yang hampir  dengan  kita.  Seronok kan? Dan yang paling penting rasa  sangat tenang.. dapat melarikan diri dari hiruk pikuk kehidupan yang tegang.. sangat terkesan..

Kalau tanya kat akak.. nak kerja tak esok?.... akak akan tanya balik.. ada pilihan tak?.. kalau ada .. sudah pasti jawapan akak TIDAK SAMA SEKALI ... akak  memang  suka habiskan masa kat umah.. melakukan perkara yang kita suka.. sangat menyeronokkan . . Mungkin berbeza dengan pendapat orang lain.. tapi inilah jiwa akak..

Tapi ada pro dan kontranya kan.. semua  perkara begitu.. apa2 pun hodup mesti diteruskan.. suka atau tidak.. Allah lebih tahu mana yang lebih baik buat kita waktu ini.

Ahad, 30 November 2014

Terkenang Semasa Cuti Sekolah...

Cuti sekolah... saat yang ditunggu2 oleh anak2 kita kan.. saat tak perlu bangun subuh hari.. nak ke sekolah.. xyah biat kerja sekolah.. tapi yang paling penting dapat jelajah taman dengan kawan2.. atau balik kampung ... pergi bercuti...tapi  itu sekarang... anak2 sekarang...

Waktu zaman akak dulu.. setiap kali cuti  sekolah.. akak akan ke KL.. balik rumah mak abah.. sebab sekolah kat kampung.. terbaliklah jadinya.. bila kat KL.. tinggal lah akak dan adik di rumah berdua . . Sebab mak dan abah gi kerja.. kami memang tak berani keluar rumah selagi mak atau abah tak balik dari kerja.. mak dah siap2 masak.. sekali sekala bila abah cuti dapatlah kami jalan2... muzium, zoo negara, taman tasik perdana, taman tasik titiwangsa... adalah tempat2 yang selalu mak dan abah bawak.. saat2 bahagia waktu itu.. jika boleh diulang semula.. emmm

Khamis, 13 November 2014

Bertambah Umur.. Bertambah Dosa...

Dalam kita menelusuri jalan hidup..
Bukan semua ditempuh dengan manisnya senyuman..
Ada masa lelehan airmata jadi peneman..
Bukan semua kita hadapi tabah setabahnya...

Dalam kita meniti hidup yang semakin hari semakin tercabar..
Ada masa kita tergelincir dari landasan..
Walau melangkah berhati-hati..
Walau rancangan.penuh teliti..

Semakin hari... semakin lama
Kita rasa semakin tua.. semakin berdosa..
Tetapi itu bukan urusan kita...
Ada sebab mengapa kita masih berdiri di sini..
Ada tujuan mengapa kita masih terus bernafas...
Hanya Dia yang Maha Tahu..

Jumaat, 24 Oktober 2014

21 Oct - Bertambah Lagi Umurku..

Salam Saiyyidu Ayyam... buat semua sahabat sekalian...

21 Oct bebaru ini... bertambah lagi umur akak.. aduhai semakin hampir dengan mati... semakin banyak tanggungjawab perlu dipikul.. perlu menjadi semakin matang .. in shaa Allah.. itulah kehidupan....

Terima kasih buat team CSC yang meraikan hari tua akak... dan buat ipar duai biras.. anak2 saudara yang datang ke rumah sempena cuti  Depavali.. turut sama membuat 'suprise' untuk akak nie.. macam retis pulak.. tapi saspen jugak.. tetiba pulak tahun ini hari lahir diraikan beria2.. sedangkan sebelum nie biasa2 jer.. hehehe.. bak kata en. Bos.. sementara orang masih mengingati kita... Syukur Alhamdulillah...

Semoga hubungan dan ukhwah terjalin diberkati Allah SWT dan kita semua saling kasih dan sayang hanya kerana Dia.. Tuhan Penguasa Seluruh Alam... Ameennnn

TQ sahabat CSC n Ipar Duai ..
Santapan..
Kiriman adik2ku .. Terharu.. Kasih Sayang kita kerana Allah SWT Ameen

Khamis, 23 Oktober 2014

Jaga Kata2.. Takut Allah Murka...

Salam Yaumul Khamis Sahabat semua.. Hati2lah dengan kata2 yang keluar dari ulas bibis kita.. Baru2 ini semasa akak mendengar berita di TV semasa seorang manusia sedang membicarakan tentang kejadian puting beliung yang berlaku akhir2 ini di Malaysia.  Dia dengan yakinnya memberitahu yang takkan ada kejadian taufan besar atau puting beliung besar akan berlaku di Malaysia .. Bahasa yang digunakan kedengaran begitu takbur .. langsung tidak bersandar pada kehendak Allah Penguasa Alam ini.. 


Apalah salahnya jika disebut In Shaa Allah... seolah2 kata2nya itu menunjukkan dia mampu meletakkan jaminan yang tidak AKAN terjadi sesuatu yang sama dengan kejadian taufan seperti berlaku di luar negara dengan keadaan muka bumi kita ini.. Bukankah kita Allah itu Maha Pengatur perjalanan bumi ini.. mungkin sedikit jentikanNya akan memporak poranda Dunia.. Jagalah kata2 .. takutnya jika Allah Murka..



Begitu jua kejadian baru2 ini .. kisah anjing dan manusia.. sudah nyata Allah turunkan arahan yang kita umat Islam di larang.. di haramkan menyentuh binatang bernama anjing.. perlukan kita mempersoalkan perintah dan arahan Allah SWT.  Bukan kah sebagai hambaNya kita perlu taat dan ikut larangan dan perintahNya..  Jagalah2 dengan perbuatan.. takut2 jika Allah murka.. bukan sahaja mereka yang melakukan sahaja akan kena murka malahan kita2 semua akan terkena tempiasnya.. kadi berhati2lah kita semua...


Selasa, 21 Oktober 2014

Saya Seorang Introvert..



Dia seorang introvert.. Tapi dia seorang pemikir yang hebat.. menjadi seorang introvert bukan satu kesalahan.. ia adalah anugerah Allah SWT kepada seseorang manusia itu supaya manusia itu ada kepelbagaian dalam hidup.. saling kenal mengenali antara satu dengan lain... menerima seadanya manusia lain.. tidak mementingkan diri sendiri..

Mungkin kebanyakan manusia yang introvert.. kurang ingin berinteraksi dengan manusia lain.. dia memilih orang yang dia rasa selesa.. tidak ada kekuatan untuk memulakan sesuatu .. tidak ada keberanian untuk memulakan bicara.. tapi percayalah mereka bukan sombong atau anti sosial.. cuma itulah kekurangannya..

Hari ini manusia yang terlalu introvert suatu ketika dulu... sentiasa belajar untuk lebih positif dalam kehidupan.. walau tidak semua namun masih berusaha.. maafkan kami jika kami memilih perkataan untuk berkata2.. atau kekadang memilih kata2 yang kami rasa betul.. yang mungkin kekadang mengguris hati atau perasaan yang lain.. 

Kami mengakui manusia tidak sempurna... itu bukan sifat seorang manusia.. kami tidak mampu menjadi orang lain selain diri kami sendiri.. dan yang pasti saya memang seorang introvert.. dan saya tidak perlu meminta maaf.. :D

Jumaat, 17 Oktober 2014

Melapangkan Hati.. Menenangkan Jiwa

Salam Saiyyidul Ayyam Sahabat...


 Bukan setiap hari kita di uji Allah SWT.  Ada hari2nya kita rasa sangat tenang.. ada hari2nya kita rasa cemas dan mendebarkan.. Kita berusaha untuk mencari waktu dan ketika untuk mendapatkan ketenangan.. berdoa banyak2.. merendahkan diri serendah2nya di hadapan Maha al Khalik.. Kerana siapa kita.. hanya Dia yang mampu memberi kekuatan dan ketabahan pada diri kita.. Selagi kita ini namanya manusia.. selagi itu Dia punyai hak untuk melakukan apa sahaja atas kehendakNya...


Marilah kita cari ilmu sebanyak2nya di dalam Universiti Kehidupan ini.. setiap ujian itu adalah pengajaran buat kita.. ada teguran buat kita.. ada kekuatan untuk kita.. itulah hidup... Jika semuanya mudah.. kita tidak akan jadi kuat.. kita tidak akan menjadi tabah... kita tidak akan menjadi berani...



Mari kita pandang jauh di kaki langit.. pasti ada sesuatu yang menunggu.. sesuatu yang indah bakal menanti.. jika bukan di sini.. pasti di akhirat kelak.. semoga kita semua mendapat kesudahan yang baik.. Ameen

Isnin, 13 Oktober 2014

Mereka semakin dewasa...

Aduhai... cepat sungguh masa berlalu.. semakin hari semakin banyak kenangan.. yang pahit.. yang indah.. yang menyenangkan... semua telag menjadi sejarah.. pada mereka yang telah tiada... rindu semakin menebal..

Paling ketara.. anak2 semakin membesar.. tidak.mampu lagi di timang2.. di dodoi2 menidurkan mereka.. ditepok2.. ketika menenangkan mereka.. mereka semakin dewasa.. di kala ini hanya Doa dan teguran yang mampu dititipkan.. teguran jika mereka mahu menerima... tapi Doa .. hanya pada Dia Yang satu.. sudah pasti Allah mendengarnya.. Selamat kanlah mereka Ya Allah dari tipu daya syaitan yang direjam... Ku mohon Ya Allah Jagalah mereka Untukku... Mohon pada Mu ya Allah..

Selasa, 30 September 2014

Amin dan UPSR lagi..

Hari nie.. Amin menduduki peperiksaan UPSR untuk kali ke 2.  Untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.  Buat jer laah kata Amin.. 

Betul kan.. kita manusia nie hanya sekadar merancang.. berdoa dan berharap.. namun yang mengesah dan menerimanya hanya Allah SWT sahaja.  Walau sehebat mana pun perancangan.. di akhir garisan nanti pasti Dia juga yang boleh menJADIkan atau TIDAK.

Itulah hakikat hidup.. Allah mengajar kita untuk tidak bergantung pada suatu apa pun kecuali DIA.. nak tunjuk pada kita manusia nie.. yang kita sangat lemah dan tidak sempurna.. pasti ada lompong dan copak capik di mana-mana.  Tak payahlah nak perasan seolah kita seorang sahaja yang sempurna dan lengkap.. pasti itu bukan kita.

Buat Amin, serahkan segala pada Allah SWT.. Dia Maha Tahu.. Maha Hebat.. Maha Mengetahui.. tak perlu risau atau stress.. pasti ada sesuatu yang istimewa menanti.. in Shaa Allah..


Isnin, 22 September 2014

UPSR Bocor ...... Lagi?





KUALA LUMPUR - Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.
“Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.
Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor. 
Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. - Bernama




Aduhai.. Rasa akak kali ni memang melampau... anak2 dah lega dah dengan hanya perlu mengulang dua matapelajaran sains dan bahasa Inggers... tiba2 hari nie dikejutkan dengan satu lagi berita yang sedih dan memeranjatkan. Pada akak baik lah ditetapkan terus tarikh baru untuk kesemua mata pelajaran tu secepat mungkin,, supaya tak tertekan.. mungkin ada orangkata.. alaaa UPSR jer.. tapi anak2 yang serius menduduki peperiksaan tu pasti sedih dan tertekan.. 

Mak ayah pun sama gak.. cuti dah diambil untuk UPSR lepas.. dan kali nie.. Aduhai,,,

Untuk anak2 yang menduduki PSRA bermula hari ini... lupakan UPSR buat seketika.. itu semua dunia sahaja.. PSRA adalah amalan sehari kita jika mengikut Islam.. yang ini lebih penting dari UPSR sebenarnya.. serahkan pada Allah yang punya Kuasa.. pasti ada hikmah besar menunggu kalian.. Ameenn

Jumaat, 19 September 2014

Jumaat...

Salam Jumaat... semoga hari ini memberi keberkatan kepada kita semua.. ameen...

Khamis, 18 September 2014

Nasi Lemak Emak...

Dulu2.. mak akak jual nasik lemak... masa aruah abah masih ada.. abah bawak nasik lemak tu ke opis dia dan jual.. memang laku.. confirm habis.. sambal tumis mak lah yang power.. nak jual 50sen sebungkus... yang basic punya.. tapi kalau nak tambah ayam ker.. sambal udang ker.. kenalah ekstra bayarnya.. tapi taklah sampai RM2 pun.. agak2 sekarang nie ada tak orang jual nasi lemak 50sen.. kat kampung 2 mungkin ada kot... tapi kat lembah kelang nie janganlag nak mimpi...

Apa2pun kat area rumah akak di Serendah.. ada satu gerai nie.. dia jual nasi lemak RM1 jer.. takder tambah2 lauk.. memang sedap.. tapi akak masih rindu nasik lemak emak.. sejak mak dah kurang sihat nie.. mak jarang masak2 sangat.. memang dah lama tak makan nasi lemak emak.. lama sangat.. selalunya bila anak2 balik.. anak2 yng tolong masak.. walaupun arahan datang dari emak.. tapi nasik lemak dari air tangan mak.. memang dah lama kami tak rasa...huhuhu... rindu arrr....

Rabu, 17 September 2014

UPSR2014 ... AMIN... BOCOR PULA

Berita dah basi nie.. semua orang tahu soalan upsr untuk sains dan bahasa inggeris.. BOCOR.. aduhai.. betapa haru birunya bila berita ini sahih dan benar.. tahun ini.. di saat2 ada ramalan mengatakan upsr bakal berakhir tahun ini.. benar atau tidak ... tidak dapat dipastikan lagi...
Anak akak Amin.. salah seorang calon UPSR2014.. anak sedih.. ibu pun turut sedih juga.. sepanjang hari UPSR .. akak amik inisiatif untuk bercuti untuk memberi sokongan pada Amin.. hari ke tiga.. hari terakhir UPSR... kami dikhabarkan berita yang kurang menyenangkan.. UPSR bocor.. Amin frust.. akak pun frust jugak.. dan akak pasti calon2 lain juga sangat sedih.. ingat dah lega satu bab.. rupanya masih lagi belum selesai..
Dan minggu hadapan mereka berhadapan dengan satu lagi peperiksaan besar.. PSRA.. sekolah agama pula...dua tiga hari sebelum UPSR bermula.. kami ada menerima soalan2 dari aplikasi wassup.. tapi kami sangkakan.. ianya soalan ramalan sahaja.. dan bila soalan sebenar keluar.. kami masih lagi bersangka yang ianya kebetulan yang tepat.. Rupa-rupanya. . Hmmmmm
Kesian mereka2 ini.. bebanan masih lagi di bahu.. suka atau tidak mereka terpaksa hadapi juga.. ibu ayah.. tetap memberi sokongan. . Dan sudah pasti kali ini.. kami tidak lagi memberi desakan pada Amin (bebel suruh study ☺)..
Hadapi jer Amin.. sudah usaha.. jadi ini masa kita doa dan tawakkal... 30 sept ini penentu kedua.. semoa peluang kali ini tidak lagi dirosakkan oleh manusia2 yang tidak bertanggungjawab ini.. mungkin manusia ini lupa.. yang doa orang teraniya ini tidak berhijab..

Sabtu, 13 September 2014

Pujuklah Hati. ...

Salam sahabat sekalian...

Dalam urusan seharian, pelbagai keadaan kita hadapi.. ada masanya menyeronokkan.. ada masa menyakitkan.. urusan dengan rumahtangga.. suami.. anak2..ibu.. ayah.. adikberadik... urusan dengan pejabat... kerja.. kawan2 pejabat.. bos.. pihak pentadbiran.. urusan dengan diri sendiri.. fikiran.. rasional.. emosi.. semua perlu diurus sendiri.. tanpa bantuan.. tapi bila kita rasa BerTuhan... kita tahu pada siapa wajib kita serahkan segala keputusan...

Bila kita buntu.. tiada penyelesaian.. rasa tertipu.. rasa bodoh.. rasa hina diri.. rasa tak mampu nak buat apa.. kita pujuk hati kita .. yang Allah sentiasa ada bersama kita.. bukan sekadar memujuk.. malahan kita percaya dan yakin.. in shaa Allah.. hati terubat.. jiwa rasa tenang.. hidup rasa tersusun..

Namun kita manusia biasa.. yang sentiasa melakukan kesilapan.. silap cara memujuk hati .. kekadang terlanjur juga perbuatan.. Tetapi jika hati masih rasa BerTuhan.. sudah tentu langkah yang terlanjur itu akan terhenti.. memohon keampunan.. memohon belas dan rahmat dariNya.. sudah tentu Dia Sentiasa memaafkan hambaNya..

Janganlah kita cepat melatah.. membuat konklusi tanpa berfikir.. membuat rumusan tanpa memahami.. akibat nya mungkin memakan diri sendiri... pandai2lah memujuk hati dengan akal dan ilmu.. agar jalan pilihan kita .. bukan jalan yang menuntut kita memohon keampunan... sebab hidup itu satu pilihan.. kita yang memilih.. kita patut bersedia dengan akibatnya.. Dengan keyakinan di hati.. Allah tidak akan meninggalkan aku seorang diri... Pujuklah Hati agar sentiasa.. Rasa BerTUHAN..

Rabu, 10 September 2014

Fenomena Awan... Allah menunjukkan kehebatanNya

Fenomena Alam yang berlaku di Virginia.. menggemparkan penduduknya.. apatah lagi kita.. takut melihat suasana itu walau hanya di gambar.. apatah lagi jika berlaku di depan mata sendiri... Allah Hu Akbar !!!

Jumaat, 15 Ogos 2014

Suara ke Laut.. tapi ada Hati...

Salam Sayyidul ayyam sahabat sekalian...

Sempena bulan kemerdekaan yang ke 57 tahun ini.. Opis kami ada menganjurkan pertandingan koir kemerdekaan.. dah lama dah anjur.. sejak tahun 2010 rasanya.. tapi selama nie tak pernah amik pot pun.. dah tahu suara memang ke laut..

Aduhai.. bila staf muda2 lela kat opis akak nie semangat sangat nak  turut serta .. kami yang dah kategori kertu nie pong kenalah join sama bagi cukup korum.. Nasiblah kengkawan.. suruh join.. akak ok jer.. tapi jangan harap sangat ekk.. takut nanti korang frust jer..  hehehehe.. suara nak kasik ujan pun tak tentu lagi.. tapi hujan lagi segan nak turun.. tapi akhir2ni hujan pulak kan... alamat baik lah tu.. hahahaha 😁. .

Gambor yang ada nie.. masa kami pulun pi carik baju untuk pertandingan tu... suara ke laut pun semangat yang nie memang ada.. carik baju. . Oklah tu kan.. ada....gak semangat... Rempuh jerlah izan oiii.. ke laut pun ke laut laaa...

Selasa, 12 Ogos 2014

Tiada yang pasti...

Tiada yang pasti dalam hidup ini.  Mungkin kita telah merancang sebaik-baik nya namun.. sampai satu saat dan ketikanya.. Allah jualah segala penyerahan.   Minggu lalu dan minggu ini kami sekeluarga di kejutkan dengan pemergian orang2 yang pernah menjadi cerita kehidupan kami.. Mereka2 yang kini menjadi sejarah.  Ada yang telah diagak.. kerana sakitnya.. umurnya dan ada yang masih kuat dan berdaya .. tiba2 diambil tanpa sebarang amaran dan ingatan..

Namun kami redha.. itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa dan Memiliki.. kami serahkan mereka2 ini pada pemiliknya.. dan sudah tentu suatu hari nanti kami juga mengikuti jejak mereka.

MH370 dan MH17 tetap diingatan kami .. yang hilang atau yang sudah pasti perginya. . Semua sudah menjadi cerita dan kisah dalam memperkasakan iman dalam diri.. GAZA.... ROHINGYA... SELATAN THAILAND. . Islam akan bangkit.. in shaa Allah...

Sabtu, 9 Ogos 2014

Bila Seorang Diri...

Bila kita berdiri seorang diri... di suatu jalan berseorangan... dengan beranggapan kita betul... adakah kita betul?.. tak perlukah kita bertanya ... betulkah jalan yang kita ikut tu... Adakah kita perlu terus yakin dgn tindakan kita tanpa panduan dan pandangan orang lain.  Tidak kah itu bermakna kita mementingkan diri sendiri .. membiarkan sahabat handai.. insan2 yang hampir dengan kita di jalan mereka yang kita anggap salah itu.

Marilah kita fikir2kan... takkanlah kita mahu sendirian di Syurga tanpa membawa mereka2 yang kita sayang...

Khamis, 7 Ogos 2014

Cerita 2 Syawal... di hari ke 11

Raya kali ini akak beraya bersama emak di Ampang.. Mak suarakan hasrat hatinya untuk melawat saudara sebelah aruah abah di Taiping, Perak.  Jadi kami bertolak ke Taiping pada hari raya ke 2 lebih kurang jam 9 pagi.  Jalan?... memang sesak.. bermula di terowong Menora (kalau salah sori ekk) sehingga tol Changkat Jering.. kami sampai Kampung Jana, Matang Jambu dalam jam 3 petang.

Kami sempat ziarah satu rumah jer.. lepas tu kami cari tempat penginapan.. pada asalnya nak balik KL semula tapi en. BOS dah penat.. sib baiklah senang jugak nak cari penginapan di Taiping  nie...

Esoknya kami teruskan ziarah ke Bagan Serai... rumah sepupu.. sahabat.. pulang semula KL dengan perasaan senang hati sebab dapat tunaikan hajat mak. Alhamdulillah. .

Balik KL emak mula tak sihat.. hati sudah mula rasa kurang enak.. moga mak cepat sehat.. boleh kita jalan2 raya lagi.. ☺

Rabu, 6 Ogos 2014

Syawal 10 1435 - Cabaran

Jom kita ingat mengingati.. jangan terus lakukan tindakan tanpa ada ilmu yang betul.. takut nanti sesat barat...  atau takut islam di anggap paksaan dalam ibadat.. peringatan ubtuk kita semua..

Sabtu, 2 Ogos 2014

Salam Aidilfitri..

Petang Aidilfitri yang ke 6 ini baru ada kesempatan nak update blog.. itu pun tak boleh nak  lelama.. tak tahulah .. rasa masa semakin pantas berlalu.. pejam celik.. dah habis Ramadhan. . Syawal pun dah 6 hari dah..

Apa2 pun akak nak ucapkan selamat Aidilfitri dan semoga Ramadhan kita kali ini penuh dengan keberkatan..Ameen.. Maaf Zahir Batin semua.. ☺

Isnin, 30 Jun 2014

Sahur..




1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

 2. Pada sahur itu ada keberkatan

Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur.

Sabtu, 28 Jun 2014

Rabu, 25 Jun 2014

Pagi2 dah Ngantuk....

Bila Ngantuk nak kongsi waktu apa yang Rasulullah SAW larang kita tidur.. supaya tak memudaratkan badan sendiri...zzzzz

Selasa, 24 Jun 2014

Jangan pada mereka..

Ya Allah... Maha Penyayang.. Penguasa seluruh Alam....
Mohon padaMu wahai Maha Pengampun Dosa...
Mohon kasihMu Wahai Maha Pengasih...
Mohon rahmatMu Wahai Pemberi Rahmat...
Wahai Maha Besar... Maha Hebat.. Maha Lembut..

Janganlah Kau balas dosa2 ku ke atas anak2 ku ya Allah...  hanya kepadaMu aku bermohon... Ampunkanlah dosa2ku...

Isnin, 23 Jun 2014

Hari Sukan Sekolah...

Aiman.. Amin.. dan Aini..  sejak hari jumaat hingga ahad... berturut2 hari sukan.. dan diraikan bersama2 walaupun sekolah dan sessi berbeza.. tahniah anak2ku... Aiman mendapat anugerah Olahragawan Harapan 2014.. itu yg dikejar.. itu yang dapat.. Amin dan Aini dapat hadiah atas permainan yang disertai... tahniah sekali lagi sayang2 sumer... Amir kongsi kejayaan abang2 dan kakak... yeay...

Rabu, 18 Jun 2014

Isnin, 16 Jun 2014

Akhiri Cuti Sekolah..

Alhamdulillah. . Dapat juga menghabiskan masa bersama anak2 pada akhir2 cuti sekolah.. tak pergi jauh pun.. kami ker shah alam.. tujuan utama I-city Shah Alam,  sempena hari keluarga kilang tempat En. Bos bekerja.  Tapi sehari sebelum itu kami bermalam di Shah Alam.. dan hotel yang kami pilih adalah Hotel Tree Boutique.  Oklah untuk sekadar bermalam..

Sampai di Shah Alam.. kami berjalan di Tasek Shah Alam.. sehingga hampir maghrib. . Berbaloi meluangkan masa bersama2 anak2... Alhamdulillah

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...