Sabtu, 23 November 2013

Hari Gaji 2014

Selalunya bila dah sampai akhir bulan... akan ada orang yang bertanya "hari ni berapa hari bulan yer".    Akak adalah salah seorang darinya.. hihihi
Sangat tak sabor nak tunggu tarikh 25hb... itulah rata2 tarikh gaji untuk kakitangan kerajaan. .dan dengan yang sama waktu dengan nya..
Yang ni akak dapat dari FB... ada hamba Allah yg share.. sharing is caring. . :)

Jumaat, 22 November 2013

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI...



1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3.  Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana  kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4.  Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5.  Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6.  Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7.  Wanita yang taat pada suami,  semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)

8.  Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.(Riwayat Muaz bin Jabal)

9.  Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

10.  Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosadarinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Khamis, 21 November 2013

Berdebar2 Hati Ini...

Berdebar2 hati ini.. bila mengenangkan esok ada program besar yang centre kami organize.  Peserta yang mendaftar sangat memberansangkan.. tapi takut esok yang muncul .. tak ramai.. 



Perkara begini memang selalu dan kerap berlaku.. setiap kali buat program besar.. perasaan berdebar2 tu pun muncul.. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua dalam melancarkan perjalanan program.  Kami dah buat persiapan sebaik mungkin dan harap ia berjalan seperti yang dirancangkan.... Ameenn

Program Ilmu nie.. macamana nak tahu tanda2 seseorang itu ada alami Schizoprenia.

Selasa, 19 November 2013

Cuti Sekolah Akhir Tahun..


Cuti sekolah lagi... dah 4 hari akak tak update blog.. anak yang perempuan satu2nya tu tengah demam.. sambut cuti sekolah dengan demam.. ubat dah tinggal sikit tapi demam tak kebah2 lagi.. hari nie akak start kerje jugak.. terpaksalah tinggalkan anak dekat mak ciknya (sib baik dekat skit ngn umah)... walaupun hati rasa tak seronok.. kalaulah ada cuti banyak memang akak akan amik cuti jaga dia.. tapi apakan daya kan...

Apa ekk rancangan kali nie?.. masih ada dalam pemmikiran.. nak laksanakan... masih menunggu waktu2 yang sesuai... :D..

Doakan anak akan cepat sembuh yer.. dan Selamat Bercuti ekk sumer... :D

Khamis, 14 November 2013

Kelambu... Ada Tak?




 Dulu2 masa kat kampung... kami selalu tidur guna kelambu.. wajib tuu... kalu dak esok bangun pepagi.. penuhlah bintat2 satu badan kena gigit ngn nyamuk.. Lepas aruah atuk meninggal,.. kelambu2 yang ada (dalam 4 helai) tak tahu saper yang dah ambik.. adalah tu.. tapi susah nak cari dah kelambu2 maca gambar di atas nie.. best tidur dalam kelambu nie.. rasa selamat jer.. tak panas tau..




Baru2 nie.. masa balik kampung .. ada juga kelambu fesyen terbaru (pada akak laa)...  tapi tak bestlaa tak macam kelambu dlu2.. hehehe..korang pernah tak tidur dalam kelambu.. biasanya kat kampung laa.. ada tak?





Rabu, 13 November 2013

Antara Hitam dan Putih..


Hidup di dunia nie.. selalunya kita kena memilih antara yang baik atau buruk.. yang cantik atau hodoh.. yang hitam atau putih.. ada masanya kita sendiri tak tahu yang mana satu sebenarnya terbaik untuk kita.. tak semestinya yang buruk itu kesudahannya buruk juga... adakalanya.. permulaan yang buruk itulah yang membawa kita ke arah yang lebih baik dan cantik.. kita sebenarnya tidak tahu apa2pun selain dari berserah segala pada Allah SWT.




Menyesal???... sebenarnya tiada apa yang perlu untuk kita sesalkan... segala sesuatu yang terjadi sama ada dengan niat kita atau tidak adalah perjalanan yang Allah SWT telah tentukan untuk kita.  Sebagai manusia yang bergantung sepenuhnya pada Allah SWT tiada sesalan sepatutnya wujud dalam kamus hidup kita.  Mari kita perbaiki iman kita dengan memahami sepenuhnya rukun Iman yang wajib kita percaya.. In Shaa Allah dengan kekuatan yang ada itu kita akan benar2 memahami.. tiada sesuatu pun yang pernah terjadi di muka bumi Allah ini tanpa keizinanNya.. cuma kita perlu memikirkan nya... adakah ia satu teguran dari Allah SWT atau pun ianya satu Hukuman dariNya..


Selasa, 12 November 2013

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat


1- Makan harta anak yatim secara haram.
(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.)
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

"Ya Allah .. jauhilah kami dari perkara2 di atas.. ameennn"

Isnin, 11 November 2013

Jenaka atau Mengena?

Pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yang dikenali di kalangan para sahabat sebagai seorang yang suka bergurau dan membuat mereka ketawa. Adakalanya gurauan lelaki itu dianggap keterlaluan,tetapi dia tetap diterima baik oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat.

Nama lelaki itu adalah Nu'ayman Ibnu 'Amr dari Bani Najar di Madinah.. Nu'ayman mempunyai keperibadian yang sangat menarik.Beliau bukan sebarang sahabat,tetapi seorang yang sama turut berjuang menegakkan Islam dalam peperangan-peperangan besar bersama Nabi s.a.w seperti Perang Badar,Uhud,Khandak dan lain-lain.Beliau juga adalah seorang sahabat Nabi s.a.w , berkahwin dengan saudara perempuan Abdul Rahman bin Auf r.a.



Sungguhpun begitu personaliti Nu'ayman sedikit berbeza,beliau amat gemar berjenaka dan mengusik para sahabat lain. Malah Rasulullah S.A.W sendiri 'dikenakannya',tetapi mengenali keperibadian Nu'ayman, Baginda s.a.w tidak sedikitpun memarahinya,malah turut ketawa dengan usikan lelaki itu.

Pada satu hari tiba satu kabilah dari luar Madinah yang membawa buah buahan eksotik dan mahal.Nu'ayman mengambil dan berjanji akan membayar harganya kemudian. Selepas itu dia memberikannya kepada Rasulullah s.a.w sebagai hadiah,dan Baginda memakan buah-buahan itu dengan enaknya. Tetapi kemudian apabila penjual itu datang bagi menuntut wang mereka, Nu'ayman berkata, " Aku tidak menjamahnya, Rasulullah s.a.w yang memakannya, jadi mintalah bayaran darinya."

Penjual buah itu kemudian menemui Rasulullah s.a.w dan meminta wang mereka. Nabi s.a.w terkejut dan berkata, " Ia diberikan kepadaku sebagai hadiah." Lalu Baginda memanggil Nu'ayman dan bertanya. " Ya Nu'ayman bukankah kamu katakan tadi ini adalah hadiah daripada mu ? ".

Dijawab oleh Nu'ayman dia mahu Baginda s.a.w menjadi orang pertama merasa buah buah itu dan merasakan Baginda s.a.w paling layak merasainya,tetapi dia tidak mempunyai wang. " Jadi ya Rasulullah! bayarlah kepada orang itu" kata Nu'ayman. Lalu Rasulullah s.a.w ketawa mendengar kata-kata Nu'ayman dan membayarnya.

Begitulah Nu'ayman yang suka mengusik dan 'mengenakan Rasulullah s.a.w. Dalam satu kes yang lebih ekstrem, seorang tetamu Rasulullah s.a.w mengikat untanya di luar rumah Baginda s.a.w. Para sahabat yang kenal benar dengan sikapnya memberitahu Nu'ayman ada seekor unta di luar..Lalu Nu'ayman menyembelih unta tetamu tersebut dan memberi dagingnya kepada orang ramai.

Apabila tetamu itu keluar,dia menjerit "dimana untaku!!! dimana untaku!!. Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat mengenainya dan mereka memebritahu Nu'ayman mengambil unta itu dan telah menyembelihnya. Mereka juga memberitahu kepada Baginda s.a.w dimana Nu'ayman berada ketika itu.

Rupanya Nu'ayman bersembunyi di dalam parit dan menutup dirinya dengan pasir serta daun,dan Rasulullah saw kemudiannya mengangkatnya,menyapu pasir dari mukanya sambil ketawa bersama-sama sahabat yang lain. Kemudian Nabi saw membayar harga unta tersebut kepada tetamunya dan kemudian memakan daging unta yang telah disembelih oleh Nu'ayman tadi.

Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw terhadap Nu'ayman menunjukkan Baginda saw boleh menerima gurauan,turut sama ketawa dan menghargai personaliti seperti sahabat ini yang gemar berjenaka dengan niat yang baik.


"itu adalah jenaka dan gurauan Nu'ayman kepada Baginda dan sahabat.. Baginda boleh ketawa dan tersenyum tanpa terasa hati atau memarahi Nu'ayman.. cuba kita muhasabah diri... agak2nya.. kalaulah kita di kenakan seperti itu.. adakah kita mampu tersenyum atau terus marah?... emm... cuba fikir2kan... betapa hebatnya Baginda SAW.."

Jumaat, 8 November 2013

Sunnah Hari Jumaat...



Semua di atas nie kita boleh buatkan.. terutama pada kaum lelaki.. mereka diberikan keistimewaan setiap hari jumaat.  Tapi tak salah pun kalau kita muslimat nak join sekali.. jom kita solat jumaat.. :D

Khamis, 7 November 2013

Fadhilat Surah Yasin



Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”

Itu adalah antaranya... ada banyak lagi... marilah kita amalkan sama2... in shaa Allah.. :D

Rabu, 6 November 2013

*_*






masa berlalu begitu pantas.. pejam celik sudah 7 hari kami kehilangannya..
dan ia masih terasa...

"Hanya pada Mu Ya Allah ku mohon ketenangan hati ini..."

Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah...

Maaf Zahir dan Batin... semoga kita mendapat peluang untuk menjadi bertambah baik... amiinnn

Sudah sampai waktunya...

Mak mertua akak adalah yng terbaik buat akak.. dia tidak pernah mencampuri urusan anak2 dalam mentadbir rumahtangga sendiri.. sebagai manusia sudah tentu pelbagai perasaan timbul bila berhadapan dengan karenah anak menantu.. tetapi dia terus bersabar..

Cuma apabila kesihatannya tidak berapa stabil kebelakangan ini... perasaannya sering terganggu... sangat memerlukan kehadiran anak2nya selalu... sebagai menantu adakala kita rasa sedikit terusik namun kerana tanggungjawab dan juga amanah.. kita redha dan menerima segala ketentuan Allah SWT.. mak (panggilan untuknya) sangat beruntung kerana mempunyai anak2 yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dia..

Dan akak juga sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat bertanggung jawab ada ibunya .. dan akak sangat berharap agar anak2 akak juga mengikuti contoh baik yang ditunjukkan.  Mak juga beruntung kerana anak perempuannya yang seorang ini (Ina) telah berhempas pulas menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada ibunya yang satu satunya ini.

Sampai lah ketika dia di jemput Allah SWT pada 30 October malam.. di saat dia sedang nyenyak tidur..dalam keadaan yang sangat tenang.. Aruah mak dikebumikan pada pagi khamis pada pukul 1030 pagi.. segala urusan di permudahkankan Allah... syukur Alhamdulillah. ..

Kami kehilangan.. tempat bercerita... tempat rujukan.. tempat bergurau senda... dan paling penting sumber pahala yang sangat berlipat kali ganda... kami kehilangan itu..terutama buat suami tercinta... biarkanlah dan redhalah dengan pemergiannya... doakan agar dia sentiasa tenang di Sana... sambil menunggu kedatangan kita nanti...

"Ya Allah Ya Rahim. . Kau yang maha pengampun lagi maha mengasihani... kau ampunkan segala dosa2 kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil.. ya Allah ... Kau lapangkanlah kuburnya dan jadikanlah ia tempat yang paling tenang untuknya.. dan berikanlah ia kesudahan yang baik... Ampunkanlah kami ya Allah..."

Al Fatihah....

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...