Jumaat, 27 September 2013

Segmen : Cuba Teka Apakah Ini?

Ok... sesiapa yang jawap dgn tepat akak diberi hadiah... 
serius nie..

Khas untuk follower akak jee tau... ;)

Rabu, 25 September 2013

Matahari.. Matahati Dunia..


Tanpa Matahari.. Gelaplah dunia
Tanpa Matahari.. Tiadalah pandangan Mata
Tanpa Matahari... Tiadalah nampak cantiknya
Matahari.. Indahnya kamu
Bukti kekuasanNya


Cantiknya Dunia..


Besarnya Perananmu..
Namun ada juga mendapat keji dan caci
Walau kau hanya menjalankan tugasmu... Amanah dariNya


Namun.. bila tirai mu di labuhkan..
Manusia pasti mencari dan merindui kehadiranmu..
Terima Kasih Allah.. atas kurniaanMu
Matahari.. Matahati Dunia

Isnin, 23 September 2013

Hidup Ibarat Putaran..

Ada masa di atas dan  ada masa di bawah..  bila kita di atas.. kita mengintai2 yang di bawah.. kita lihat sekeliling..pemandangan yang indah.. keluar di mulut memuji2.... dan kita mungkin juga terbit di hati rasa takut.. ngeri... gayat... dan sangat teruja.

Tapi bila kita di bawah... kita rasa kurang teruja... lansung tidak memandang keliling.. seolah tiada kepentingan untuk melihat.. itulah lumrah hidup...

padahal.. kita perlu melihat sekeliling samada kita di atas atau di bawah.. supaya kita belajar tentang kesilapan diri.. Wallah hu'alam... 





Jumaat, 20 September 2013

Mudahkanlah.. In Shaa Allah.. diPermudahkan..

Marilah kawan2.. kita cuba untuk memudahkan urusan orang lain dan semoga urusan kita dipermudahkan Allah SWT.

Ataupun sekurang2nya kita cuba untuk tidak menyusahkan orang lain.  



Serahkan segalanya pada Allah SWT.  Dia lah sebaik2 Pelindung.. dari segala buruk sangka manusia dan fitnah.
Semoga kita kuat menghadapi hari2 mendatang.

Rabu, 18 September 2013

Sambungan .. Buah Amla

Alhamdulillah. . Akhirnya kami terima dah jawapan.. En.Bos tanya2 ngn kawan2nya... rupanya nama buah itu adalah buah AMLA.. atau MALAKA...

betul laa kak Radziah nya jawapan tu.. dan dapat di cari di Pasar Rawang.. boleh laa bawak balik kpg untuk mak.. :)

Siap beli jus lagi.. cur tengok gambar...

Selasa, 17 September 2013

Tahu Tak Ini Buah Apa?



Baru2 nie akak balik kampung sebab atuk sedara tak berapa nak sihat (darah tinggi).. Tok Cik (yang tak sihat tu).. bercerita.. dia dapat buah nie dari MIL akak.. MIL akak dapat dari adik ipar akak.. adik ipar lak dapat dari kawannya yang berbangsa India.. akak pun tak pernah tengok buah nie.. memang rasanya agak kelat dan masam2 skit.. 

Menurut kawan baik adik ipar akak tu.. buah nie baik diamalkan oleh mereka2 yang ada darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan batu karang.. dan Tok Cik akak pun trylah makan masa dia di serang darah tinggi.. katanya memang menjadi.. darah nya kembali normal setelah 3 hari dia memakan buah nie 2 kali sehari..

Masalahnya sekarang.. buah nie kami tak tahu apa namanya.. kawan adik ipar tu pun tak tahu nama buah nie.. tu yang bertanya kat kawan2 blogger .. kalau2 ada yang tahu.. 

ada sesiapa yang tahu dan kat mana nak dapatkan buah nie yer?.. :D

Sabtu, 14 September 2013

Makhluk Allah...

Dia pun makhluk Allah cam kita sumer.. singgah sebentar di rumah akak melepaskan lelah..

Jumaat, 13 September 2013

Antara Miskin dan Kaya..





Yang miskin rasa sedih.. susah hati... Yang kaya rasa gembira... rasa senang..
Itulah klishe masyarakat.. betul tak?.. tanggapan kita semua..
Siapa yang tahu hakikat sebenar .. semua tak tahu..
Tapi kita saling lengkap.. melengkapi..
Tanpa si miskin.. si kaya akan lupa diri
Tanpa si Kaya.. si miskin akan terus berserah..
Kita di mana?,,. antara kaya dan miskin.. 
Bila bersama si miskin.. kita rasa bersyukur dengan apa yang ada..
Bila bersama si kaya.. memotivasikan diri untuk menjadi mereka..



Khamis, 12 September 2013

Orang Mengidam..

Emmmm... nampak sedapkan.. teringat zaman akak preggi 13 tahun lalu.. masa Aiman.. akak teringin sangat nak makan Candy Kelapa.. memang susah nak cari.. tapi Alhamdulillah dapat juga.. tapi masa tu dah nak terberanak dah.. hehehehe..

Jadi baru2 nie.. ada kawan kat opis yang sedang preggi anak sulung.. kebetulan sebut menda yang akan pernah ngidam dulu.. akak yang beria2 minta En. BOS tolong belikan.. dah dapat.. dan bagi kat member tu.. semoga hajatnya terkabul dan dia berpuas hati dgn rasa Candy Kelapa tu..

BEST tak Nadrah?.. ;)

Rabu, 11 September 2013

Bila Hati Gundah...


Doa Tatkala Dirundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu



اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ

 حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ

 أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي 

عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي

 وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي


Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii


Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."

Selasa, 10 September 2013

Projek Sang Suami....

Weekend baru En. Bos menyebukan dirinya dengan projek membuat ampaian sendiri.. ampaian besi kalau nak beli memang agak mahal laa.. dalam RM80-150.. bukan tak boleh nak beli.. tapi dah En. Bos nak buat kan .. akak ok jer..

Maka bermulalah projeknya itu.  Siapdah.. tapi akak pulak lupa nak snap gambor.. nak snap sekarang tak bolehlah sebab dah ada baju bersidaian.. nanti korang ternampak pulak menda yg tak sepatutnya.. ;)..

Tahniah abang.. nanti bolehlah buat mende lain plak..

Isnin, 9 September 2013

Hasil Pertamanya..

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu..akhirnya kami menerima hasil pertama pokok pelam kami.. walaupun taklah banyak.. tetapi dapat juga dikongsikan bersama jiran tetangga berdekatan. Harap lepas nie dia akan berbuah lagi.. agar dapat kami kongsikan kesedapan nya lagi.. :)

Ahad, 8 September 2013

Kelebihan Minum Kopi... Kegemaran akak.. :)

Akak memang sangat suka minum kopi.. dari kecik memang hidup dgn kopi.. sebab atuk sedara akak pembuat kopi kpg... jadi setiap bulan stok kopi memang selalu ada.. tak pernah miss.. tapi sekrg kalau nak kopi kpg kenalah beli.. Jom kita tengok apa kelebihan minum kopi nie..

1.Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.7. Mencegah Penyakit GoutThe Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Jumaat, 6 September 2013

Senyum...

Ada pelbagai makna.. senyum kambing .. sumbing.. sinis.. .. semua ada maksud tersirat..
Boleh tak kalau kita senyum dgn ikhlas.. tapi macamana yer?.. sebab orang yang berprasangka.. suka membuat kesimpulan sendiri.. senyum kita di pertikaikan.. walaupun memang sesungguhnya tiada yang tersirat.. ;)

Khamis, 5 September 2013

Apabila Hujan...

Amiinn.. Ya Rabb

Terkenang zaman kanak2.. bermandi hujan tanpa memikirkan apa2

Ada yang sangat bersyukur dengan hadirnya Hujan...

Ada yang rasa sangat segar bila Hujan

Namun.. hujan tidak selamanya.. pasti ada matahari yang di hiasi pelangi untuk menyerikan bumi.. :D

Selasa, 3 September 2013

Inilah Impian ... Mungkinkah Tertunai?

Akak memang ada impian nak ada mini library kat umah..
Akak selalu teruja bila pergi perpustakaan...
Bau buku boleh membuatkan akak rasa hidup.. sungguh..
Kalau gi kedai buku time ada duit.. memang jahanam lah poket.. hihihi
Sebab tu En. Bos kalau lalu kat kedai buku.. dia wat tak tahu jer kat akak nie.. sebab kalau masuk confirm ber jam2 lamanya kat dalam tu.. 

Agak2 koranglah kan.. boleh tak kalau impian akak kat bawah nie jadi kenyataan.. 
Tolong doakan ekk.. :D
Koleksi buku.. memang banyak.. tapi tempat nak letak takder
Buku2 ku akhirnya menghuni kotak2 sajer..
Harapan agar mereka mendapat tempat yang sepatutnya.. huhuhuhu









Isnin, 2 September 2013

Ahad, 1 September 2013

September Sudah...

Pejam celik.. pejam celik.. dah pun september.. rasanya baru jer sambut tahun baru.. dah pun hampir ke tahun yang lagi satu.. sekarang nie masa sangat pantas berlalu kan.. Hari Raya Aidilfitri yang kita tunggu ketibaannya.. sudah pun hampir melabuhkan tirai Syawal...hari ini 25 Syawal.. tinggal lagi 5 hari jer..

Tiba2 pagi nie.. akak terkenang zaman akak kecil.. tinggal bersama atuk.. budak2 sekarang. sarapan paginya.. Kelog... Roti... biskut.. Pan Cake.. macam2 lagi.. tapi pada zaman akak dulu.. sarapan pagi dah berat dah.. subuh2 hari lagi atuk dah masak nasi.. paling popular.. telur mata kerbau goreng bercili..itu lah lauk yang dibuat untuk sarapan pagi.. disediakan pulak dengan Kopi Panas.. waahhh rasa hidup pagi itu... perut rasa sangat selesa.. untuk meneruskan aktiviti seterusnya.. takder pulak istilah penat.. malas.. letih.. tapi sekarang.. walaupun menu dah cukup sihat.. kita masih bermalas2 di waktu pagi... emmm...

TQ Mr. Google.. malas nak snap gambor

ni pun sama... kepada pemilik gambar nie. trima kasih ekkk
Apa2 pun.. selamatlah bersarapan pagi... Hari nie ada yang nak gi open house ker.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...