Selasa, 30 April 2013

Dendam... hapuskanlah..

Kita sebagai manusia.. ada kalanya tak dapat nak elakkan daripada perasaan dendam kan.. kalau kita terus meletakkan dendam tu di dalam hati, pasti kita rasa tak tenteram... kita jadi orang yang pemarah.. yang sentiasa tidak berpuas hati... akhirnya tidak tenang.
Sebenarnya.... untuk mengelakkan dari perasaan dendam itu kita kena belajar memaafkan.. walaupun maaf itu sukar.. namun jika belajar dan memulakan kemaafan.. ianya akan jadi mudah dan kita akan sentiasa berlapang dada...Akhirnya kita akan sentiasa tenang tanpa prasangka... in Sha Allah... apa2 marilah kita mencuba untuk jadi manusia yanh terbaik... ;)

Isnin, 29 April 2013

Migrane Menyerang...

Dah agak lama dah tak di serang migrane.. tapi malam tadi mata akak sebelah kanan rasa macam nak tersembul keluar .. punyalah sakit.. sakit sebelah jer.. sebelah mata kanan hingga ke kepala..
Makan ubat sakit kepala pun tak rasa ok... nak gi klinik pun macam tak larat.. yang pasti hari nie tak gi kerja...
Redha jerlaa kan... mungkin ini salah satu cara Allah SWT nak tambah pahala... Amiinnn....

Sabtu, 27 April 2013

Percubaan Pertama.. Berjaya..

Alhamdulillah... percubaan pertama menggunakan magic pan ... berjaya ... ;D.. dapat pujian lagi... hihihihi.... boleh wat lagi pasni.. ;) sipu2 malu..

Akhirnya Tertunai Juga...

Alhamdulillah.... akhirnya tertunai juga hasrat hati... magic pan yang di impikan dulu.. tertunai untuk memilikinya melalui seorang sahabat.. Noorasyikin Asrorie... suaminya ke Langkawi atas urusan tugas... terbuka hati untuk membelikan dahulu tanpa ada kiriman khas dari akak... niat mulianya untuk membelikan untuk isterinya .. membuatkan shikin teringat kat akak.. Alhammdulillah sekali lagi.. sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mendengar.. tanpa sedar Dia kabulkan hajat hati ini... Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah...
Dan terima kasih buat Shikin n hubbynya tercinta Mohd Fitri.. terima kasih banyak2.. semoga kalian dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya... amiiinnnn.....  ;)
Berbalik pada magic pan nie... walaupun tak dapat yang Ori.. tapi yang ni pun Ori gak dari Langkawi ;) fungsinya semua sama.. mungkinlah ada sedikit kekurranngan .. namun pada akak ... ok jer...
Bila nak rasmikan yer.. emmm apa lagikan .. dah alang2 dapat hari ini akak akan rasmikan penggunaannya... heheeheh... semoga akak berjaya hahahah... In Shaa Allah.. ;D

Jumaat, 26 April 2013

Kad Jemputan Unik...

Baru nie terima kad undangan kahwin dari opismate.. majlisnya 1 jun nie... first time dapat kad unik cam nie... berbentuk passport.. siap ada gambar pengantin lagi.. hebat... hebat
Zaman akak dulu kat jemputan sangat simple.. kalu nak canggih confirm mahal... jadi wat simple2 jer... Alhamdulillah majlis lancar.
Harap2 majlis sahabat di permudahkan Allah SWT dan berkekalan hingga ke Syurga.. pergi ker tak akak nie?... emmm... harap2 bole pergilaaa.... ;)

Makan di D'Arab di Malam Jumaat

Seronok rasanya membawa anak2 makan di D'Arab.  Lama rasanya tak makan kat luar akhir2 ini.  Al maklumlah ayah sebuk.. ibu pula buat2 sebuk.  Hehehehe...  Jadi bila ayah ajak .. tak payah nak buat banyak alasan... ikut jerlaaa..

Bilik Terakhir Yang Menyeramkan....




Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Jangan maraaa aaaa.... :D

Khamis, 25 April 2013

Ummahatul Mukminin...

Siapa kah dia... Mereka adalah pendamping Perjuangan Rasulullah SAW...
1.   Saiditina Khadijah Khuwailid r.a.
2.   Saiditina Saudah Zam'ah r.a.
3.   Saiditina Aisyah Abu Bakar as Siddiq r.a.
4.   Saiditina Hafsah Umar al Khattab r.a.
5.   Saiditina Zainab Khuzaimah r.a.
6.   Saiditina Ummu Salamah Umaiyah r.a.
7.   Saiditina Raihanah Amru r.a.
8.   Saiditina Zainab Jahsy r.a.
9.   Saiditina Juwairiah Al Harith r.a.
10.  Saiditina Ummu Habibah Abu Sufyan r.a.
11.  Saiditina Sufiah Huyai r.a.
12.  Saiditina Mariah al Qibtiah r.a.
13.  Saiditina Maimunah al Harith r.a.
Jika nak dapatkan cerita yang lebih lagi .. boleh dapatkan Majalah Anis keluaran Mei 2013.. kenali isteri2 baginda supaya kita faham dan semakin menyayangi baginda.. In Shaa Allah... ;)

Solat Terganggu.. Camaner?


 
 
Sekadar berkongsi dari facebook.. :D.
 
Bagaimana pula jika anak lalu lalang depan kita,anak duduk atas sejadah kita,duduk atas riba kita,apatah lagi anak menangis ketika kita solat.

Ustaz Ismail Kamus pula,ada mengatakan Allah tak pandang pun solat kita kalau mata kita merayau ketika solat.Mata je merayau pun Allah tak pandang.Lagi lah, kalau ada gangguan sudah tentunya solat kita tidak kusyuk.Tips bila mahu bersolat,beri anak benda untuk melekakan dia supaya dia tidak menganggu solat kita.Biar dia buat projek,mengemas pun takpe.Asal dia leka.Jika solat itu menganggu kekusyukan kita,haruslah kita mengulangi solat semula.

Bagaimanapun,Solat kita sah,bila solat kita diganggu anak kecil kecuali jika kita menanggung atau mendukung anak yang bernajis.
Di bawah ini artikel berkenaan dengan anak ketika solat bersentuh dengan anak bernajis.Hukum Feqah mengenai bersentuh dengan anak bernajis ada penjelasannya juga.Bagaimanakah dan cara kita menyentuh anak mentukan solat kita sah atau tidak.

Merujuk kembali kepada sebuah artikel oleh ustaz zaharuddin di laman web beliau:

Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?

Soalan
Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini? Terima kasih. - Ibu musykil -

Jawapan
Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat. Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : "

Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm).

a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr ) Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal .

Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)
 
Amacam ibu2, bapa2 dan bakal menjadi ibu dan bapa sekalian.. ok tak dengan pencerahan tersebut...:D.. marilah sama2 kita perbaiki mana2 yang kurang...

Air Yang Jernih..

"Engkau bagaikan air yang jernih... di dalam bekas yang berdebu... hadirnya kotoran itu terlihat... kesucian terlindung jua"...

Sebenarnya hari ini di pejabat tengah ada audit... bila ada audit jer saspen... itu jerla selalunya terjadi.. bukan akak sorang tapi satu opis stresss.... tapi biasalah kan.. 

Ini bukan cerita pasal opis... tapi cerita pasal perkara yang bermacam2 berlaku akhir2 nie.. sempena nak PRU nielaa... ada jer cerita itu tak betul.. ini tak betul.. adoyaiii ...pelik sangat... yang sebelum nie tak nampak.. sekarang baru nampak batang hidung..hihhih.. jalan kmpung baru berturap.. padahal mintaknya dah lama.. bikin pengundi jadi keliru daaaa...

Apa2 pun kepada semua pengundi ... kita bertenang... yang menang adalah mereka yang Allah pilih untuk memimpin... sebab ingat... pemimpin adalah orang2 yang awal akan di soal kelak di sana... kita pengundi jalankan kewajiban kita... JOM NGUNDI....

Rabu, 24 April 2013

Takut Lagi????


Takut..Saspen... Gemuruh.. rasa cam mana ekkk nak sebut.. tak tahu lah.. hadapi jer lah dua hari nie... hari ini dan esok.. penantian yang penuh dengan kegemuruhan.. yang tak dapat nak digambarkan..

Padahal dah bertahun dah buat menda yang sama..

Kawan2.. Doakan agar segalanya di permudahkan buat kita semua yer... 

Selasa, 23 April 2013

Hari Buku Sedunia..

Hari ini Hari Buku Sedunia pulak.... akak elergik ngn buku nie.. rasanya ada pesta buku kan kat PWTC.. 
Selalunya bila ada pesta buku jer .. memang angan2 nak gi .. tapi selalunya angan2 jer laa.. mesti tak ada kesempatan nak pergi... ada jer menda yang menghalang.. memang kena halang kot sebab kalau gi confirm ratus2 duit abis beli buku.. huhuhuhu.. :D

Selamat Hari Buku Sedunia kawan2.. :D

Isnin, 22 April 2013

Rumah Pokok...

Amacam ada berani tak duduk kat rumah di atas pokok... akak dulu masa kat kampung, pernah ada pondok2 atas pokok jambu.. tapi bukanlah pondok cantik pun... cuma kepingan papan yang disusun2... itupun dah seronok dah.. taklah tinggi pun... sebab pokok jambu tu rendang...
Bila anak2 tengok cerita Cerita Laksamana Do Re Me .. diorang tanya.. ada ker rumah atas pokok ni bu.. ibu pun godeklah google.. jumpalah gambar2 rumah pokok yang tak terlintas pun di fikiran...;)

Hari Bumi Sedunia...


Hari ini hari Bumi Sedunia... kalaupun kita bukanlah manusia hebat yang sangat mampu menjaga Bumi.. tetapi sekurang-kurangnya.. bukan kitalah yang menjadi penghancur dan perosak Bumi.. In Sya Allah..

Jadikanlah Bumi ini tempat yang selamat dan indah untuk anak.. cucu .. cicit dan semua keturunan kita nanti..

Jom kawan2 kita selamat Bumi kita dengan izin Allah SWT... :D

Sabtu, 20 April 2013

Tulisan Jawi...

Bila membantu Aini dngan kerja sekolah agamanya... akak terfikir kalaulah tulisan jawi nie tak di ajarkan pada anak murid islam...,, maka rugilah anak bangsa melayu.. akak ingat lagi masa zaman akak akak belajar dulu..kawan2 yang bukan melayu pun belajar tulisan jawi.. malahan ada yang lebih hebat tulisannya daripada orang melayu sndiri.
Andai tulisan jawi ni tidak dimartabatkan .. rugilah bangsa melayu .. kerana tulisan jawi adalah tulisan bangsa melayu... sayang seribu kali sayang... amacam kengkawan... masih mampu membaca tulisan Jawi dengan lancar?... ;)

Tanyalah Ustaz Hari Sabtu....

Hari nie belajar cara menghargai isteri... dengan mencontohi Rasulullah... sebaik2 suami...

Khamis, 18 April 2013

Menantu dan Mertua...Dulu, Kini dan Selamanya..

Isu nie sebenarnya dh lama dah... akak terbaca kat majalah Aniqah lama tahun 2007.  Isu yang saling salah menyalahi... ada menantu yang ok tapi mertua yang wat hal... dan sebaliknya juga.. akak n mertua ok jer... up n down... biasalah kita ni kan muda dn dia yang lebih tua... apa2 pun sebagai menantu jagalah adab dan tutur bicara dengan mertua.. untuk pengetahuan kita semua ..ibu mertua kita (bagi perempuan) lebih tinggi kedudukannya dari ibu kita sendiri... jadi pandai2 lah bawa diri yer...

Menyukakan Hati Orang Lain...



Saya menerima rawatan dengan seorang doktor.
Ketika memeriksa saya, beliau mendapat panggilan yang kelihatan perlu disegerakan untuk menjawabnya. Ia panggilan yang salah. Saya terdengar beliau berkata:
“Tuhan tidak menjadikan panggilan ini tanpa sebab. Saya gembira dapat bercakap dengan tuan. Saya doakan tuan selamat”.

“Bagus PR Doktor,” komen spontan.
Beliau tersenyum dan memberi jawapan, “jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.
Sekali-sekala, cuba lakukan ini, bila sampai di tol yang tidak mahal harganya, misalnya RM1, bayarkan kepada kereta yang di belakang kita. Lihat betapa seronoknya mereka.
Saya suka lakukan begitu di hadapan anak-anak bagi menunjukkan bagaimana mudahnya untuk menggembirakan hati orang lain. Ia suka-suka sahaja”.
Dengan sedikit senyuman, kita boleh menyukakan hati orang. Tidaklah terlalu sukar.
Petang semalam saya berada di PWTC. Singgah sekejap untuk melihat lokasi dan suasana bilik Johor, tempat pelancaran buku 50 tips Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Lalu saya ternampak kedai Pink Ain Maisara.
“Ain di mana booth PTS?”
“Biar Ain bawakan prof ke sana”
Tindakan kecil yang memberi kesan besar kepada penerimanya. Terima kasih Ain!

Saya pernah menulis, bila kita membuka pintu, lihatlah ke belakang, mungkin ada orang yang memerlukan bantuan. Berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu”.
Mungkin ada mereka yang membawa anak-anak kecil, ibu yang mengandung atau orang tua yang memerlukan bantuan. Alahai… tidak kira sesiapa pun di belakang kita, bukalah pintu untuk menyukakan hati mereka. Ia melatih diri sendiri.

Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.
Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.....dipetik dari http://muhdkamil.org/blog/

Rabu, 17 April 2013

Teman Baik Kala Malam Menjelmaa...

Sejak kesihatan terganggu nie... bila malam jer akak akan berteman lotion mustajab nie... Sib baik En Bos pun suka bau lotion nie... hihihi dah banyak umur nie... macam nie laa... sapu kat kaki... badan... tapi memang selesa bila nak tidur... rasa nyaman bangat... korang camner plak... yang muda2 tak lagi lah berlotion berangin ni kot.... ;)

Anda Yang Mana?

TQ Mr. google... and yang buat cartoon nie...i like..

Selasa, 16 April 2013

Ubat Duka...


Benarlah kata orang pengubat segala duka adalah senyuman... walaupun pada mulanya kita rasa sedih, pilu dan sebagainya.. bila sekeliling kita di penuhi dengan wajah2 ceria dan senyuman.. hati pun terubat dan hati rasa tenang.. 

Kalau pagi tadi.. pembukaan hari rasa sempit .. Alhamdulillah semua dah kembali normal.. biasalah kan kawan2.. hidup nie kalau tak ader ujian.. mesti kita tak hargai ketenangan... 

Paling penting.. bila kita lihat kekurangan orang lain... janganlah rasa diri ini hebat..malah kena selalu muhasabah diri.. mana tahu sebenarnya kita lagi kurang dari orang yang kita nilai itu...

Pada kita yang rajin bersosial di laman2 popular sekarang nie.. berhati2 lah mengeluarkan peryataan..
sebab kita semua bukan manusia yang sempurna... :D

Cukup Sampai di Sini Saja....


Nak tahu apa yang nak tutup... Nak tutup Blog?... Nak tutup FB?.. Nak tutup haper nie?... tak kiralah... cukuplah sampai di sini saja... Dah tak mampu nak menghadapi nya lagi... Hari2 terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sama.. Dah tak mampu bertahan.. Sakit sangat... Hati rasa sangat terhiris... Jadi lebih baik tutup jer... (versi meluahkan perasaan).. kawan2 mampu baca yer..

Tutup apa nie?... nantilah ada rezeki akak citer yer...

Isnin, 15 April 2013

Virus Melanda Lagi...

Alhamdulillah... 
Demam melanda lagi... rasa macam baru jer demam.. rupa2nya tahun lepas.. 
Semalam dia menyerang lagi.  
Hari ini paksa diri ke opis mengenangkan kerja2 yang banyak.. dan memandangkan hari Jumaat nie hendak bercuti... Khamis ada program .. Ahad depan pun ada program.. 
jadi kena datang jugak menguruskan apa2 yang patut.  
Kepala pun dah mamau nie... hidung dah pedih kena picit.. mata pulak.. asyik mengalir airmata.. kalau inform 
Encik Bos.. dah pasti kena bebel.. sebab dia kata tak payah lah gi kerja... hhihihi dapat isteri degil nie.. nak pegi jugak... sampai opis macam boleh wat kerja.. (update blog sempat plak)... :D


Ahad, 14 April 2013

Perkara Yang Mudah Tapi Susah?..

Memang kadang2 perkara mudah sangat untuk di lakukan... tapi sangat susah nak istiqamah... mudah sangat kita terpengaruh dengan bisikan2 syaitan yang direjam... aduhai hati.. mengapalah kau mudah sangat didustai... Ya Allah Yang Maha Mengasihani... Kau kasihanilah aku... kuatkanlah hati dan iman ku untuk terus istiqamah dalam mendekatiMu Ya Allah... sesungguhnya aku hambaMu yang lemah...

Sabtu, 13 April 2013

Buku Baru Belum Baca Lagi...

Beli lagi... harap2 sempat khatamkan...

Semakin Lama Semakin....

Bila kita semakin dewasa... kita semakin berubah.. begitu juga dengan anak2 kita.. mereka mula membentuk perasaan sendiri, pendapat sendiri, kepercayaan sendiri.. dan pendek kata sudah mula berani menyuarakan rasa tidak puas hati, marah dan sebagainya. 
Seingat akak laa... masa akak muda remaja dulu laa... nak kata tak nak atau tak boleh pada atuk (sebab dijaga oleh atuk)... amatlah takut dan payah.  Bukan kena pukul pun.. tapi perasaan tidak puas hati itu rela di pendam dan di biar dari di suarakan.... tetapi anak2 sekarang ... mereka lebih berani dan terbuka menyatakan isi hati mereka... bukan dididik cara begitu tetapi pembawaan mereka yang begitu...
Dan ibu bapa pula sekarang.. kena mencari ilmu mendidik agar tidak salah cara yang menghasilkan anak2 yang negatif... bukan apa... kalau dulu kita dengar orang lain bercerita tentang susah payah mereka mendidik anak2 sehingga berjaya dan kita hanya dengar dan kadang2 mengkritik... tetapi bila diri sendiri merasainya... baru lah kita sedar maksud susah payah ibu bapa kita terdahulu dan kawan2 yang sudah merasainya.
Dan sekarang giliran akak pula... anak lelaki yang meningkat dewasa.. sedang mencari identiti diri.. sedang berkecamuk memilih mana satu betul dan salah... ibu dan ayah berusaha sedaya boleh memberi yang baik ... memberitahu yng benar... memperlihatkan yang realiti.. semoga anak2 ini faham dan mengerti yang ibu dan ayah mereka tidak pernah terfikir untuk memusnahkan hidup mereka bahkan sentiasa berdoa agar mereka Bahagia di Dunia dan Akhirat yang Utama.... ;)

Jumaat, 12 April 2013

Khamis, 11 April 2013

Tips Bila Anak Demam...


Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Sangat setuju dengan tips di atas.. :D

Kisah Asiah..Isteri Fir'aun

 Di Mesir terdapat sebuah keluarga Imran yang amat dihormati.Imran mempunyai puteri bernama Asiah di mana ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Kisah Asiah ini sampai ke telinga Firaun lalu Firaun ingin memperisterikan Asiah ini.Namun hajat Firaun itu ditolak oleh Asiah hingga menyebabkan ibu bapanya diseksa dengan kejam oleh Firaun.

Setelah kedua orang tuanya diseksa,maka hari itu juga Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah sampai di istana ia tidak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...

Maka setelah Siti Asiah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."


Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.


Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan memerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.


Ibnu Athir berkata, "Asiah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.

Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'


Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."


Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."


Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."


Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.


Ketika Asiah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:


"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."


(Surah At-Tahrim (66):11)


Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati!"

Semoga kita mengambil iktibar dengan kisah ini... sesungguhnya ujian dan dugaan Allah SWT pada kita sangat kecil jika dibandingkan dengan Asiah.. Jadi berhentilah kita merungut.. tapi terus mencari kekuatan diri agar kita terus di bawah Rahmat Allah SWT.. In Syaa Allah..

Rabu, 10 April 2013

Rasulullah SAW dengan sebiji limau...





"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Betapa mulianya akhlak Rasullullah.. cuba kalau kita yang dapat limau masam tu.. kecoh kot  dengan memek wajah yang mencuka.. :D.. fikir-fikirkanlah..

Siapa Yang Bakhil?...


Selasa, 9 April 2013

Hasil Tangan Amir...

Lampu dah tutup baru dapat amik gambar budak tecit tu dengan kerja tangan dia yang dia buat kat nursery.  Puas pujuk nak amik gambar.. akhirnya dah nak tidur baru berjaya... ;)

Jom Ngundi Jom!!!

Wat saspen jer NST nie... ingat dah confirm... rupanya baru tarikh yang diorang ramal.. tapi best gak sebab boleh balik kampung lama skit untuk ngundi.. yer laa kan pd yang kpg jauh2 tu kena kira gak waktu nak balik dan pulang daru ngundi... apa2 pun selamatlah ngundi kat sumer ... jalankanlah tanggungjawab .. semoga kita di pihak yang benar... amiiiinnnn....

Isnin, 8 April 2013

Ain dan Omar di Katalog Avon...

Waaaahhhh ain n omar kat katalog Avon... comel anaknya macam ibunya jugak.. tul tak kengkawan.. ;)

Jumpa Lagi di Isnin Baru... :D



Alhamdulillah.. panjang lagi umur kita.. dipertemukan di minggu yang baru,.. Isnin.. aduhai.. segala2nya menjadi cabaran bila Hari Isnin.. sebab jadual yang longgar menjadi ketat semula.. itu yang bercinta jer bila nak jumpa balik ngn hari Isnin.. walau macamana pun kita semua tetap bersyukur... :D

Ahad, 7 April 2013

Sabtu..Ahad yang sebuk...

Sebuk sangat ker?.. ke hulu ke hilir .. dengan urusan hantar anak ke sekolah.... ke kem bola... urusan rumah tangga... sempat lagi balik ke kampung menjenguk mertua dan atuk saudara yang kurang sihat... dan teka?... semua dilakukan seorang diri tanpa suami tercinta... mungkin orang lain rasa ... elehhh itu pun nak kecoh... tapi serius memang akak kecoh sebab biasanya cik abang sselalu ada.. bila dia kena kerja extra.. isteri pun kena extra bertugas... sebenarnya dah lama dah macam nie.. tapi kali nie extranya.. memang sangat extra... hihihiho.... ;)

Jumaat, 5 April 2013

Segmen Bloglist Bulan April Lelaki Ini... Jom join


Akak dah lama dah follow blog Lelaki Ini.. sebab..  Lelaki ini ada pandangan dia sendiri... seorang anak muda yang berwawasan dan ada pendirian sendiri.. tahniah kat Mak Ayah dia .. :D

Jom kawan2.. kita beri sokongan sesama kita..

Mari..mari kita berdoa pagi...


mari kita amalkan sama2... 




Khamis, 4 April 2013

Amir takut ngn imoussss...

Apa?... imoussss... apa tu amir?.... pastu tunjuk patung belakang ayah.... laaaa harimau ker?... hohoho... amir...amir... imouss pun imousss laaa.....

Hidup Kita Yang Sementara...



Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara.. Marilah kita sama2 mencari kebahagian akhirat.. sebab di sana lah yang kekal dan abadi.  Buatlah sesuatu yang boleh menyumbang kepada saham akhirat.  Yakinlah Allah SWT akan membalas setiap perbuatan kita samada kecil atau besar.  Setiap hari adalah dugaan buat kita .. samada kita sedar atau pun tidak.  Sebagai manusia kita pasti akan lalai dan lupa.. tapi bila kita ter 'ingat' cepat2 lah kembali ke jalannya.. janganlah bertangguh .. takut2 nanti peluang yang Allah beri pada kita sebenarnya adalah peluang yang terakhir.. Peringatan untuk diri ini ...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...