Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Hilang...Sila Sebarkan..

Imej
Inilah salah satu usaha yang dapat di lakukan... sebarkanlah berita ini kawan2..

Hafal Sampai Ingat?

Imej

Nak Cari Wil Ca..

Imej
Salam kengkawan... sebuk pulak ari rabu nie.. terkejar2 sana dan sini.. nak settle banyak mender.. tapi nak post jugak satu N3..

Akak dah lama berhajat nak belikan Wil Ca untuk mak akak.. Puan Marhaini kat umah nie.. almaklumlah.. lututnya dah tak kuat... nak bawak jalan2 kesian lak kat mak.. sebab tak larat nak jalan jauh dan lama sangat berdiri... tapi hajat di hati nak bawak dia berjalan2.. ada tak saper2 tak nak jual Wil Cha 2nd hand.. atau pun baru tapi harga tak naklah yang ribuan... setakat RM100 - RM200 tu  In Sya Allah.. akak mampulah... Ada saper2 tak? bolehlah reply jer kat message nie.. nanti akak contact...atau pun email jer kat akak.. izzanor21@yahoo.com atau norizan@iium.edu.my... TQ kengkawan.. :D


Demam Melanda..

Imej
Semalam masa pergi ke klinik.. punyalah ramai orang.. bawak anak.. demam, batuk, selsema dan sebagainya.  Masa jumpa doktor.. dia terus tanya "Demam ?..".. akak terus senyum dan angguk.. Doktor kata sekarang memang ramai yang bawak anak demam dan diri sendiri tak sehat... paling banyak batuk dan selsema..
Memang sangat tak larat semalam.. dah makan panadol pun still tak kebah2.. last2 jumpa Doktor..
Hari ini Alhamdulillah.. dah OK.. :D
Anak2 pulak.. dah tunjuk tanda2 nak demam... cepat2 kasik makan ubat bekalan..  harap2 diorang tak apa2..

Mereka Yang Menghuni Hati...

Imej
;D

Merenung luar Jendela...

Imej
Selama berurusan dengan manusia yang luar nir.... kadang2 kita boleh bersabar.. ada nmmasa kita sangat bertimbang rasa.. ada masa kita jadi sangat positive... tetapi srmakin peluang diberi.. yang sepatutnya diambil dengan baik.. pihak satu lagi mrngambil kesempatan.. dengan alasan "aku tak mampu...aku tak tahu... aku memang tak boleh".. kata2 itu di iringi dengan perbuatan yang tidak boleh diterima dengaan akal yamg waras...bukankah kita dikurniakan akal untuk berfikir..?.. tapi bukan mudah kita hendak melentur manusia lain...apatah lagi bila dah jadi buluh... sabar sahaja yang menjadi mengubat jiwa ini....

Rasa Macam...!?!?

Imej
Tak dapat nak di ungkapkan dengan kata2.. perasaan kala ini.....

Apa lagi Flush laaa...

Imej
Macam nie laa.. korang sumer gi tandas kan... kita sumer suka tandas yang bersih kan.. tapi masalahnya kalau dah masuk tandas.. susah sangat ker nak flush.. tak pandai ker?.. atau terlupa?.. tapi takkan tak pandai .. sebab rasanyalah.. zaman2 sekarang nie.. takkan lah ada juga yang tak pernah guna tandas.  Mungkin ada kot.. tapi bukannya ramai..
Sebab apa akak tulis pasal tandas kali nie.. sebab masih ada lagi manusia yang suka tak flush bila selesai berhajat... tak kira laa yang besar atau kecil.. belajarlah bertanggung jawap pada kemaslahatan orang lain.. dapat pahala apa.. kalau jaga kebersihan nie...
Tak kiralah tandas awam atau persendirian.. pada akaklah.. tandas adalah cermin keperibadian kita.. sama ada pembersih atau tak.. fikir fikir kan laaaahh...



"Aku Senang MelihatMu..."

Imej
Rasullullah SAW sangat mengambil berat tentang insan2 penting dalam hidup baginda. Cara baginda melaksanakannya dapat dihalusi melalui banyak hadis.
Terhadap seorang sahabat bernama 'Ata' seperti diriwayatkan oleh Ibn Mardawih.  'Ata' bercerita: "Saya, Ibn Umar dan 'Ubaid bin Amir pergi ke rumah Aisyah r.ha, saya berkata kepada Aisyah:"Ceritakan kepada kami perkara paling mempersona  daripada semua yang pernah engkau saksikan pada diri Nabi."
Aisyah menarik nafas panjang, kemudian berkata dengan nada hiba menahan tangis :"Semua perilakunya menakjubkan bagiku."
Aisyah memberitahu lagi:"Suatu malam, ketika Baginda tidur bersama-samaku dan kulitnya bersentuhan dengan kulitku, Baginda berkata:"Wahai Aisyah, izinkan aku beribadah kepada Tuhanku."
Aku berkata: "Sesungguhnya, aku senang berada dekat denganmu, tetapi aku lebih senang melihatmu beribadah kepada Tuhanmu."
Lalu Baginda bangkit mengambil bekas air, lalu berwud…

Mati itu Pasti..Hidup In Sya Allah...

Imej
Akhirnya .. selesailah sudah cerita trilogi Laksamana Sunan.. Lelaki Berduka dari Tanah Rencong...Saifudin.
Banyak yang dapat dipelajari dan dicontohi.. keyakinan yang tinggi terhadap Pencipta dan Sunnah Rasullullah SAW.. betapa sebenarnya kita juga wajib meletakkan Sunan sebagai motivasi atau inspirasi untuk menjadi terbaik dan sentiasa cuba meraih cinta yang tertinggi.. Cinta Abadi... Cinta Allah SWT.. melebihi segala sesuatu di dunia yang hanya bersifat sementara ini...
Akhirnya terjawablah sudah segala persoalan.. Alhamdulillah
"Mati itu Pasti.. Hidup In Sya Allah"..

Ole2 dari Kedah

Imej
Baru2 nie en. Bos telah mengizinkan dirinya ke Kedah kerana urusan tugas... jadi bila balik bawaklah ole2 untuk anak2 terunannya yang sebuk nak jersi pasukan masing2...Jangan tanya akak jersi pasukan mana... sebab memang enggak ada jawapannya.. den tak tahu dek oiiii..  tengok jerlah diorang pakai... Kalau dah kaki bola tu... tak leh nak wat aper... layan jer laaa.. yer tak...;)

Hari ini ada Kursus

Imej
Hari ini akak ada kursus.. best sangat sebab cikgu dia sangat sporting n relaxs.. anyway memang best.. kursus publisher... sajer jer join.. padahal dah lama dah guna.. hehehehe...

tu jer nak hupdate tau.. jangan maraaa....


Besarnya Ikan Tu...

Imej
Ish ish ish... besarnya ikan tu...
Ikan apa tu ibu?...
Itulah ikan kaloiiii...
Yang bawang putih nyanyi tepi perigi...
Itulah mak bawang putih...Kesian bawang putih kan bu...

Siapa Kita?

Imej
Siapa kita untuk menilai perbuatan seseorang..dan siapa kita untuk bertanya itu dan ini tentang sesuatu yang terjadi.  Setiap ketentuan itu pasti ada sebab musababnya..ia adalah hasil dari perbuatan sendiri ataupun peringatan dariNya..Dalam perjalanan menuju kematangan hidup susah tentu kita di datangi dengan dugaan yang hebat mengikut tingkat kehidupan kita... kalau kanak2.. dgn dugaan waktu itu.. bila remaja .. dugaan yang datang juga semakin pelbagai.. dan bila semakin dewasa... dugaan juga semakin hebat.. itulah hakikat yang perlu kita tempuhi..Dan yang pasti setiap kali kita di dugaNya.. kita lupa dengan ribuan Nikmat yang telah diberi pada kita sebelum ini.. waktu itu kita merintih... menangis..sedih.. kononnya hidup sudah hancur.. punah... dan tidak indah lagi.. padahal dugaan itu adalah ujian buat kita.. dariNya yang mempunyai hak mutlak terhadap kita... itulah manusia.. sering lupa.. kita hanya ingat pada Allah bila kita sedih... susah hati... kecewa.. tapi bila kita bahagia.…

Santapan Pagi..

Imej
Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Kami Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Kami Turutkan...
Berfikirlah dahulu sebelum membuat apa2 keputusan yer adik2.... jangan ikutkan perasaan... nanti binasa badan...

Pokok Belalai Gajah..

Imej
Tapi masa borak2 ngn kengkawan.. dapat satu info baru.. korang pernah dengar tak pasal pokok belalai gajah..
info ini yang akak dapat : -Pokok ini dikatakan boleh merawati kanser, apa-apa kanser. Tumbuhan ajaib ini adalah keanugerahan tuhan untuk meringankan kesakitan pesakit kanser dan yang bernasib baik mungkin boleh sembuh 100 %. Pokok ini dikatakan berasal dari negara Thailand. Ia biasanya bertumbuh di ikhlim tropikal. Ia mula dikenali orang-ramai sejak beberapa bulan dahulu kerana didapati ada beberapa orang dapat pulih daripada kanser yang doktor katakan tiada dapat boleh buat apa lagi.



jadi akak pun surf kat internet.. dapatlah gambar2 seperti di atas.. memang nak cari... ingat nak amalkan .. yer laa kan amalan mencegah lebih baik dari mengubati  .. ye tak.. kawan akak cakap dia ada pokok nie..  jadi akak pun nak lah beli dari dia... tengah tungguuuuuuu....
:D

Kata Hikmah Pagi Jumaat..

Imej

Aku Bercerita...

Imej
Ini buku terbaru koleksi akak.. karya Ramlee Awang Murshid.. belum start baca lagi... baru baca depan kulit dan bahagian belakang..  berangan nak banyak membaca untuk tahun 2013 nie.. sekurang2nya.. 2 buku sebulan.. hehehe.. boleh ker?.. tak per kita cuba dulu..
Akak memang suka sangat baca novel2 thriller camni..  memang menunggu2 karya terbaru En. Ramlee nie.... Agaknyer ada lagi tak karya baru beliau.. Tunggu jer laaa...


Hari Velentino Rossi?.. pulak dah..

Imej
Hari nie... ERA radio istiharkan pulak hari Valentino Rossi.. serius akak mana kenalkan..tapi akak faham kenapa Radio Era wat camtu... rasanya sumer orang faham kan... Terutama kita yang mengaku Muslim nie.. :D
Siapa Valentino Rossi nie... 




Mat Motor GP rupanya budak nie... ramai2 mat dan minah yang minat ngn motor nie kenal ngn Mamat Valentino nie... :D  melalui Era di beritahu yang mamat nie lahir pada 6 Feb.. jadi diorang celebrate lah hari nie.. sebab sabtu kan cuti... 
Apa2 pun selamatlah mengenali Valentino Rossi... tak salahkan mengenali salah seorang yang hebat macam nie.. mungkin boleh jadi pencetus semangat pada anak2 muda supaya nak lumba motor melalui jalan yang benar... hihihi :D

Kasih di Hujung Rindu..

Imej
Kasih.. Bukan mudah untuk mendapatkanMu Bukan mudah mencariMu Bukan mudah mendekatiMu
Kasih.. Betapa aku begitu ingin menjadi yang teristimewa disisiMu Betapa aku ingin sentiasa diperhati olehMu Betapa aku ingin dimanja dan dibelai olehMu..
Kasih.. Layakkah aku meletakkan diriku untuk mencintai Mu Layakkah aku memohon untuk dikasihi oleh Mu Layakkah aku meminta itu dan ini dari Mu
kerana.. Aku rasa begitu hina untuk memanggilMu kekasihku.. Aku rasa begitu kecil untuk merasa diri istimewa di sisi Mu Aku rasa begitu jauh untuk meminta itu dan ini dari Mu
Namun ..  Aku tahu Kau lah Yang Maha Mengasihi Aku tahu kau lah Yang Maha Menyayangi Aku tahu Kau lah segala-galaNya
Oleh itu.. aku buang maluku untuk menagih kasihMu.. aku buang rendah diri ku untuk meminta sayangMu aku buang egoku untuk merinduiMu..
Semoga.. Aku masih mendapat rahmatMu Aku masih menerima rahmanMu Aku masih lagi diakui sebagai hambaMu..
Kasihku di hujung Rindu..
nukilanku..

Hari Radio Sedunia..

Imej
Pagi nie di maklumkan oleh Radio Era bahawasanya hari ini adalah hari Radio Sedunia... Emmm.. korang start dengar radio biler ekkk.. kalu yang muda2 tu mesti dah hebat .. macam mini compo ... ntahlah yang latest editiion lagi yang canggih2 kan...



Sekarang radio dah canggih dah.. tak payah lagi besar2... itulah peredaran zaman kan... dan serius sekarang nie akak sendiri tak der radio.. kalau nak dengar pun melalui channel Astro.. ada cadang nak beli radio tapi belum ada kesempatan lagi.. hehehehe...
rupa2nya besar juga peranan radio dengan manusia nie kan...
kalau nak tahu boleh rujuk kat sini

Review : JUVANA the Movie..

Imej
Akak baru jer dapat tengok citer nie... mana best?.. yang siri atau movie... pada akak siri best sebab kita selalu suspen apa yang bakal terjadi minggu selanjutnya... tapi movie nie kita dapt tahu ending nya cepat sikit...;)
Overalll... cerita nie macam banyak sangat yang peliknya.. tak tahulah kan.. tak pernah masuk juvana nie.. tak pernah dengar life diorg kat dlm camana.. jadi payah nak komen...betul ker bila ada kes2 kematian.. family lambat di maklumkan....entahlah kannnn... dan pengetuanya pulak selalu jer ada masalah.. yang siri ngn movie.. samer jer .. ada masalah ngn pelajar...
Yang melakonkan watak memang hebat.. terutama Sharnaz Ahmad.. karektor psiko memang menjadi.. sampai mak akak komen "budak nie macam betul2 jahat yer"... opsssss... tak nak komen apa2...
Tengoklah kawan2.. kadang2 perbuatan kita hari ini akan menyumbang akibatnya pada diri kita nanti...3.8 bintang untuk juvana...

Komen?...

Imej
Kita hidup kat dunia nie sebenarnya tak habis2 nak beri komen kan... ada masa komen membina.. namun ada juga yang menjatuhkan..  tapi untuk blogger.. komen nie membantu juga.. sekurang2nya kita tahu ada juga hamba Allah yang membaca buah fikiran kita kan?.. tapi kadang2 nak komen pulak tak reti.. ikut sedap mulut jer... kan orang kata .."kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan merana.."
Tapi ada orang berpendapat... yang dia kononnya bercakap secara jujur.. nak terima atau tak terpulang laaa kat orang yang kena tu... tapi bukankah Rasullullah SAW pernah berpesan supaya kata2 kita perlu berhikmah...dan tak kasar sehingga menyinggung orang lain..
Apa2 pun .. tepuk dada tanya iman.. kita kat mana?.. komen jgn tak komen.... Hihihihhi... komenlah yang boleh membina dan bukan menjatuh... ;D.. agar kita sama2 berdiri tegak dan selamat....
(gambar x ada kena mengena... sajer jer..suka suki...)

Bila Hari Jumaat..

Imej
Hari ini hari Jumaat.. penghulu segala hari.. Hari yang di ramalkan Kiamat akan berlaku.. takutkan.. bagi orang biasa macam kita nie.. bila tiba jer hari jumaat.. satu kelegaan rasanya.. maknanya esok bakal hari cuti.. sabtu dan ahad.. masa untuk rehat? masa untuk melangsaikan kerja yang tertangguh di hari biasa.. atau masa untuk bersama dengan anak2.. wah memang seronok kan?
Ada yang pergi bercuti... balik kampung atau bercuti ke mana2 ceruk yang di hajati.. itu pun best kan?.. emmmm...



Dan kali ni.. cuti agak lama.. 4 hari.. di sambung pula dengan cuti diberi kepada sekolah kebangsaan..  jadi ibu2 dan ayah2 terpaksalah plan sesuatu untuk anak2 kan.. sebab ibu ngn ayah tak dapat bercuti kerana nak simpan cuti... tahun nie masih panjang kan..nie baru jer bulan Februari.. ada 10 bulan lagi untuk di habiskan...
Kepada kawan2 yang bercuti.. selamat bercuti.. :D..

Mendidik Anak-Anak...

Imej
Mendidik anak bukan perkara yang boleh dianggap mudah.  Serahkan segala pada pihak sekolah.. guru2, ustaz/ustazah.. dan persekitaran.. kadang2 kita sendiri pun belajar dari kesilapan yang kita lakukan.. kita kena belajar memberi mereka peluang dan ruang untuk membetulkan apa pun kesilapan yang mereka lakukan.  Dan sebenarnya kadang2.. kesilapan akan berlaku berulang kali.  kadang2 kesilapan yang sama..kita juga perlu mempersiapkan diri dengan tahap kesabaran.. sebab bukan mudah berhadapan dengan mereka..  Anak-anak zaman ini mempunyai pengetahuan.. dan pergaulan luas di sekolah.  Janganlah kita terus menghukum tanpa menDENGAR.. dengar dahulu sebelum kita membuat komen atau hukuman.

Sehingga sekarang.. setiapkali anak2 melakukan kesilapan .. akak selalu terfikir.. kita dulu pun waktu zaman mereka... kita juga melakukan kesilapan.. kalau dulu di rotan atau di hukum.. kita tak pandai nak melawan.. tapi sekarang sudah berubah.. kita perlu tahu tektik yang sebenarnya.. marilah sama2 kita …

Wordless25..Jangan Biarkan Ia Terus Hitam...

Imej
Jangan biarkan kesilapan kita menjadi biasa.. takut2 nanti bila kita nak berubah sudah terlambat.. nak berubah pun sebenarnya perlukan kekuatan hati.. kena istiqamah... namun manusia kan mudah lupa dan lalai.. namun bila teringat.. cepat2lah bersihkan hati .. takut2 nanti bila dah berubah hitam.. kita akan terus terlupa..


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

Sudah Sampai Waktunya...

Imej
Hari ini kami kehilangan seorang lagi ibu saudara..mak uda adalah seorang penghidap kanser payu dara... mak uda menderita dengan penyakit tu hampir 13 tahun.. tapi akhir2 nie keadaannya semakin teruk... mak uda meninggal dunia pada pukul 545ptg 3 Feb 2013.. 
Jadi mak tinggal 3 adik beradik jer lagi... daripada 7 orang.. semoga ikatan semakin kuat dan kita sebagai manusia kena menerima segalanya sebagai satu ketentuan dariNya... dan supaya kita semakin dekat denganNya... amiinnn

Renung dan Berfikir

Imej
Allah menjadikan alam ini di sekeliling kita untuk kita berfikir... Siapa Kita?.. Di mana Kita?.. Tujuan Hidup Kita?..
Semoga kita mendapat manafaatnya...
"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Al-Hasyr: Ayat 24

Kerja Keras...

Imej
Semua perkara kita kena buat sungguh2.. tak kira laa.. belajar ker... main ker... seronok2 ker.... apatah lagi kerja.. sebab ia punya rezeki yang bakal kita beri pada anak2 dan keluarga... takkan jadi apa kalau tidak berkat... itu yang kerja habis peluh tapi gaji cepat habis.. tak pernah cukup.. pinjam sana sini.. gali lubang .. tutup lubang... 
Semoga kita sentiasa diberkatiNya... Amiinnn