Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

Jalan2 ke Fraser Hill

Ok kali nie hajat si Amin ditunaikan... beria2 benar nak ke Fraser Hill... akak pun rasanya dah banyak kali dah .. dalam 4 atau 5 kali gak laa... tpi suasana dah berbeza skit.. sejuk still sejuk.. cuma dah ramai dah pengunjung yang datang.. sebab sebelum nie kalau pergi macam tak ramai orang.. kali nie ramai.. cuma banyak tempat di tutup untuk proses pengubah suaian...
Seronok sebab pergi ngn anak2.. abihkan masa melayan kerenah diorang... masing2 teruja dengan suhu sejuknya... masa ke masjid .. nak amik wuduk.. rasa cam tak sampai hati nak hulur tangan.. sejuk gediik airnya...
Nak pergi tak?... bole pergi tapi tak boleh harapkan kepuasan hati laa sekarang.. sbab banyaak tempat tutup.. nak jelajah sangat pun tak boleh.. tahun depan jerlaa.. sebab Tahun Melawat Malaysia kan... mesti semua dah settle.. harapnya laaa...
Jom jalan2 Jom... ;D

Isnin, 28 Januari 2013

Magic Pan Impian...

Dalaam zman serba senang sekarang nie.. sejak akak tengok kat satu rancangan tv pasal magic pan nie... akak sangat terbekenan.. bole grill ikan..ayam..daging... siap boleh bake cake lagi... senang pulak nak guna...
Baru2 nie ada kawan offer dia nak belikan .. harga dalam RM290.. rasannya laaa. Tapi oleh kerana tak ader dalam wish list untuk tahun nie... maka akak ketepikan dulu hasrat nya.. tapi in sya Allah.. ada rezeki nanti akan akak sambar jugak.. hihihi.. aminnnn...

Ahad, 27 Januari 2013

Kerja Sekolah Detik 11 Malam..

Kerja sekolah... memang banyak.. tapi bila takder .. memang takder langsung.. tapi akak suka jugak bila ada kerje sekolah nie.. sekurang2nya nampak laa jugak belajarnya.. kalu tak.. tengok timetable jer pastu tidor sebab penat.. sian kan bebudak sekolah dua aliran nie.  Masa akak dulu sekolah kebangsaan jer... petang dah boleh buat kerje sekolah...
Dah lah tu amin.. jom tidor.. esok sambung.. kan cuti lagi.. huhhihhu..

Breakfast: Maggi and Teh Tarik...

This morning we would like to introduce all of you with my "Teh Tarik" and "Maggi Rebus"... hihihi.. the malas menu... but we enjoyed it... come frenzssss... join us... at my teratak with lots of love... ;)

Jumaat, 25 Januari 2013

Cuti?.. Akak Tak...

Dah mula dah... oleh kerana kerja kat Gombak.. Jadi memang confirmlaa akan lalu kat area Batu Caves..

Jadi akak memang lalu depan Batu Caves dan memang setiap tahu akak akan bercuti satu hari selepas Thaipussam.. Tapi kali nie akak tak cuti.. sebab Thaipussam hari Ahad.. automatik hari Isnin public holiday.. yeehuuuuuu... Tapi hari nie pun akak tak cuti... perayaan Tahipussam dah hangat dah... jalan pun dah banyak kena tutup.. Bila jalan dah tutup .. agak2 laa kan mesti dah jem kat area situ.. rempuh jer laa walaupun tak seronok.. :D.. Pernah terjadi terperangkap traffic jam masa tahipussam hampir 3 jam dalam kereta.. kalau boleh tak mahu berulang lagi.. :D

Petang nie masa nak balik nanti pun.. sekarang dah saspen.. mesti jem kan... Baiklah selamat bercuti kawan2... (pada yang cuti laa)..

bukan keadaan sebenar.. tapi lebih kuranglah..

Rabu, 23 Januari 2013

Durian Crepe in d house...

Hari nie beli durian crepe untuk bagi anak2 kat umah merasa.... En. Bos suka.... n anak2 pun suka...
Jadi apa maknanya.. hihihih... bole laa beli lagi... ;)
Baiklah kngkawan... Selamat Menyambut Maulidur Rasul...  semoga semakin hari semakin subur...rindu kita pada Nabi Muhammad SAW...

Baju Sekolah...aduhai...

Balik2 dari kerje tadi.. aduk taska buat report kat akak.. "kak izan.. tadi baju kakak (aini).. penuh dengan kesan conteng.. pensil rasanya.. jenuh tu kak.. kena berus tu..."..
Reaksi akak... aduhai aini... jenuh laa Ibu... sebelum nie kena sambal .. bila tanya.. camner boleh kena sambal nie.. jawapannya senyum lebar2...
Kawan2 ada cara tak camner nak hilangkan kesan2 degil nie yer.. almaklumlah kekadang ibu tak perasan baju tu ada kesan sambal.. masa nak gosok baru perasan... apalah punya ibu kan... kalau kawan2 ada cara.. sharelah kat akak nie.. anak2 dan besar2 pun belum jumpa lagi cara yang senang... ;).. tq..

Selasa, 22 Januari 2013

Sebuk Siapkan Meeting..

Kononnya sebuk laaa.. esok nak meeting yer tuan2 and puan2 .. :D

hihihihi.. ada rupa i tak... konon2 multi tasking la tuuuu.. :D

Isnin, 21 Januari 2013

Saperlaa Punya Kerje nie...

Bila belek2 kat imej.. tetiba tengok ada gambor camni.. rasanya x pernah snap gambar theme nie.. tak sengaja kot.. tapi entahlah cam takperasan jer ada biat kerje camni...
Ini sebahagian jer yang akak share .. sebeenarnya banyak .. adalah dalam 20 imej camnie... dengan segera akak delete.. buat menyemak space jer.. ;)

Majlis Bertemu Keluarga - Aqiqah Farid Carl Amir

Aqiqah untuk anak buah.. Farid Carl Amir di rumah Pak Lang akak... di Puncak Alam, Shah Alam.. seronok sangat sebab dapat berjumpa sanak saudara... yang tua dan muda berkumpul dan berseronok...:D

Farid Carl Amir - yang di raikan
Dari kiri.. Tok Cik.. Tok Ngah and My Pak Lang..
Dari kiri ... Qari.. Yana and anakku Aini
Aini .. Mak and Tok Cik - 3 dari 5 Generasi..Alhamdulillah
Kumpulan Berzanji dari Puncak Alam
Adik ku ..Nora.. Yana.. and Mak Usu

Jumaat, 18 Januari 2013

Kuku...

Payahnya nak suruh amir potong kuku.. berkejar-kejaran nak potong kuku dia... anak2 yang lain dulu sangat suka potong kuku.. tapi yang nie payah sungguh.. macam2 cara dah.. akhirnya masa tidur jer laa yang boleh...
Jap agi bila dia dah tidur.. akak akan mulakan misi memotong kuku amir.... ;)
Tapi gambar bawah nie buka kuku amir tau... aakak pun takut tengok gambornya.. kengkawan jangan bela kuku sampai camnie ekk... ;)

In Sya Allah....


Khamis, 17 Januari 2013

Sambungan Debaran Seorang Aku...

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah... segala debaran telah terungkai.. perkara yang selama ini membebankan hati dan perasaan telah selesai.. fibroid yang selama ini bersarang di dalam rahim telah hilang sama sekali... walaupun macam pelik tapi itulah hakikatnya.. Doktor pun macam tak percaya.. memang sangat bersyukur.. rancangan untuk membuat pembuangan rahim pun di batalkan.. syukur lagi...

Sebab setiap kali berjumpa dengan mak dan atuk di kampung soalan itu sering diajukan... jadi sekarang semua nya selesai.. cuma doktor kata.. firboid tu boleh berulang semula.. dan doktor telah mengesyorkan akak untuk memakan beberapa jenis ubat.. untuk tempoh 3 bulan lagi.. rawatan susulan paad April nanti.. dan seandainya ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan menses...

Itulah perempuan kan... banyak yang ditanggung... sebelum kahwin ada yang senggugut... kalau tak period pulak .. dah saspen lagi... ada masalah nie.. bila period .. sakit senggugut..mulalah ada suara mengatakan.. kalau selalu senggugut .. ada kebarangkalian tak subur atau susah nak dapat anak... bila dah anak dara.. orang sebuk pulak tanya .. tak ade pakwe ker?... hah jenuh nak mengelak... bila dah ada pakwe... orang tanya pulak... bila nak kahwin?.. bila dah kahwin... orang tanya pulak... bila nak dapat anak?... tak dapat anak.. ada gak yang menyebuk.. korang nie ada masalah kesuburan ker?... bila anak pertama dah keluar... sebuk pulak tanya bila nak dapat nombor dua?... perempuan nie selagi tak habis nyawa.. selagi tulah soalan bertubi2 di tanya... kalau yang tanya tu lelaki..ok gak... tapi yang tanya tu perempuan jugak.. Aduhai.. perempuan sendiri tak faham masalah perempuan.. pastu sebuk nak suruh lelaki faham masalah perempuan...

betul tak kawan2... apa2 pun akak sangat bersyukur dengan situasi sekarang.. sebab itu yang akak harap dan doakan.. pada kawan2 yang mendoakan .. terima kasih bebanyak.. :D


Selasa, 15 Januari 2013

Episod Debaran : Seorang Aku...

Tiga belas tahun yang lalu.. saat-saat genting melahirkan seorang manusia .. "puan... denyutan jantung baby semakin lemah.. kami tak boleh tunggu.. puan terpaksa melahirkan melalui pembedahan"

Terdiam, perkara yang cuba dielak akhirnya menjelma... "Saya ikut jer doktor .. janji baby saya selamat".dalam keadaan lemah sebab sangat lama menahan kesakitan nak bersalin.. namun jalan masih belum buka lagi...

Semua berjalan dengan lancar.. Muhammad Aiman selamat di lahirkan tepat pukul 11.45 malam..10 August 2000.  Syukur di ucapkan berkali2...

Bila dah sedar dari bius... dan badan terasa sedikit segar... tiba2 terfikir untuk bertanya pada suami.. "apa doktor cakap ngn abang tadi... kenapa nor tak boleh bersalin normal?". Suami diam jer.. setelah di ajukan soalan banyak kali.. akhirnya dia bersuara "nor.. masa pembedahan tu.. doktor jumpa ketumbuhan dalam rahim.. di pintu rahim.. fibroid tu laa yang menyebabkan pintu rahim tidak terbuka"...

Itulah saat2 pertama kali akak di khabarkan dengan berita itu... dalam rahim ada fibroid... namun selepas itu fibroid tu kejap ada... kejap tak ada... ada masa besar.. ada masa mengecut... jadi akak selalu berharap akhirnya dia tiada langsung..

Namun pada tahun 2009.. dia masih lagi wujud.. doktor pakar diHUKM membenarkan akak untuk mendapatkan seorang lagi zuriat.. alhamdulillah.. Muhammad Amir muncul menjadi juara.. ;)

Selepas itu fibroid masih ada walaupun ia tidak mengganggu proses kelahiran.  Namun setiap kali datang bulan.. akak akan menanggung kesakitan yang amat sangat.. macam sakit nak bersalin.. menurut doktor senggugut akan berkurangan selepas berkahwin dan melahirkan... namun ia tidak terjadi pada akak.. malahan kadang2 kesakitan lebih hebat dari masa bujang...

Pada tahun 2010, doktor telah mencadangkan pada akak untuk membuang keseluruhan rahim atas alasan ... fibroid yang berada di dalam rahim ada risiko pendarahan yang teruk dan boleh berlaku kematian sekiranya di buaang.. jadi jalan lebih selamat ialah membuang semuanya... kerana itulah akak menangguhkan keputusan itu hingga ke hari ini.. alasan akak.. aduhai takutnya...

Tapi akak dah tak boleh lagi memberi alasan yang pelbagai sebab ianya mempengaruhi kesihatan sendiri..

Esok akak ada appointment di HUKM.. apa cerita akak tak tahu.. yang pasti akak menyerahkan diri sepenuhnya.. andai perlu buang.. akak akur.. kalau tidak.. syukurlah ...

Doakan yer kawan2.. semoga yang terbaik menanti akak.. aminnn.. ;)



Episod Syukur : Catriona Ross

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup. Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.


Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupannya pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikitpun rasa syukur dalam hati sanubari. Bukan terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak penting pun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan
penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakej lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu, yakni Allah SWT.

Mati Hidup Semula
Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.

Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.

"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.

Untuk mendapatkan artikel sepenuhnya, sila dapatkan ILUVISLAM Bil 74 : PELIHARA AURATMU DI DUNIA PASTI TERPELIHARA DI AKHIRAT NANTIyang berada di pasaran.

Akak dapatkan artikel ini dari ILuvIslam Website.. :D.. semoga kita mendapat iktibarnya.

Isnin, 14 Januari 2013

Kerja Sekolah...

Kadang2 ada.. kadang tak ada... ada masa banyak sangat sampai dekat kul 12 mlm baru abis... mana sekolah kebangsaan..mana sekolah agama lagi...  kadang ibu ngn ayah jadi bingung ngn cikgu nie... time weekend tak der pulakk kerja sekolah... ish ish ish... layan jerlaa selagi boleh.. ;)

Tengah layan Amin buat kerja sekolah...hehehehe...


Mode : M.Nasir..

Naper laak.. tetiba jer ari nie mood dengar lagu M. Nasir... dia nie memang akak minat zaman muda2 dulu.. lagi satu sebab aruah abah pun minat dengar lagu dia masa dia dengan kembara dulu...


Masa umur akak dalam 7.. 8.. tahun akan diperkenalkan dengan radio transistor kecik.. ada tempat record lagi.. kalau dengan lagu2 m nasir.. abah akan record.. dan akak akan berkali2 dengar lagu yang sama.. sampai hafal.. hihihihi..

sampailah abah beli sati kaset kembara.. yang ada lagu keretapi senandung malam.. tu... wahhh kenangan menusuk jiwa laa,,, rindunya...


















:D... tiba2 rasa..sayu jer...

Ahad, 13 Januari 2013

Percubaan ke dua... ;)

Hihihi... suuka suka suka dengan application nie...  orang lain dah hebat.. akakk baru jer jumpa n baru try.. sronok pulak... kak aziezah.. nama application nie PicsArt... try laaa kawan2.. best tau.. (nampak sangat kan.. hihiu)


Sabtu, 12 Januari 2013

Jumaat, 11 Januari 2013

Rasa Aman....

Rasa aman bila kita lihat suasana camni kan... hari nie hujan.. jadi dah tentu awan mendung kan.. dulu masa kecik2.. akak sangat rajin mendongak ke laangit melihat awan.. sebab awann akan terbentuk dengan pelbagai rupa... dan akan mengingatkan kita dengan kebesaranNya ... betul tak kawan2..



Semoga Kita Sentiasa Kuat..



Kadang2 kita kalah dengan kata2 hinaan dan kejian orang... bila kita buat baik.. orang kata kita menunjuk2.. bila kita buat jahat pulak.. dah confirm oorang kutuk dan maki kita... bila kita berubah... orang kata kita berubah untuk seketika jer.. bila kita mencuba untuk mencari kebaikan.. jarang2 orang yang bersama kita memberi sokongan malahan memberi senyuman sinis.. yang hanya kita mengerti.. jadi sebenarnya tak perlu lah kita terpengaruh dengan cakap2 orang.. sebab kadang2 dengan cakap2 orang nie lah kita terus menjadi orang yang tidak pernah berubah... yakinlah pada diri dan berusaha untuk berubah.. kerana hanya kita sendiri mampu mengubah destinasi hidup kita.. :)..

"Kuat dan Tabahkanlah Hatiku Ya Allah..dengan dugaan dan cubaan yang Kau berikan...
Ya Allah.. kau kuatkan dan tabahkanlah Hati-hati semua sahabat2 ku yang juga di duga dan di uji olehMu Ya Allah .. agar hati-hati kami masih terus dan terus mengingati dan melakukan perintah dan suruhanMu Ya Allah... Amiiin... Amiiiiinnn... Ya Rabbal Alamin... "

Khamis, 10 Januari 2013

Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Pilihan 1 - Kota Kinabalu

Atau

Pilihan 2 - Kundasang, Sabah

Atau
Pilihan 3 - Johor Bharu, Johor

Tawakkal jer laa.. Kalau ada rezeki adalah kan kawan2... :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...