Jumaat, 14 Jun 2013

Misteri Tapak Kaki...

dari Mr. google

Emmm.. nak cerita skit.. cerita misteri.. yang berlaku emm... lebih kurang 2 atau 3 minggu sudah kat kampung... 

Hari Ahad.. kami sekeluarga balik ke kempung (tak jauh pun.. dalam 1 1/2 jam perjalanan jer)..Nak di jadikan cerita salah satu daripada bilik tidur kat kampung tengah ada major renovation .. jadi bilik tu memang tak der orang pun yang dibenarkan masuk .. dan kebetulan masa kami sampai (dekat waktu zohor dah) .. bilik tu baru jer di bubuh simen ..  akak n En. Bos adalah orang yang last sekali pi bilik tu kononnya nak tengok perkembangan bilik tu... memang simen masih basah lagi..

Dan sedia maklumkan bila dah tengahari camtu.. masing2 tengah sebuk dengan urusan masing... dan akak lak tengah layan anak kat depan sambil tengok TV.. mak mertua sedang baring2.. anak2 kat berandah rumah sambil main buaian..

Bila azan jer akak pun bangunlah nak bersiap sedia kan.. sambil tu akak pun pi lah jengah bilik tu (sebab dekat ngn bilik air).. kemudian tu terperasan .. eh eh... ada bekas tapak kaki laa.. pelik nya tapak kaki nie... kebetulan masa tu En. Bos baru balik dari rumah makcik dia (kat belakang).. akak pun panggil dia ajak dia tengok sekali.. serius .. masa first time akak nampak bekas tapak kaki tu.. meremang rasa tengkuk nie.. macam scary jer.. sebab tapak sebijik tapak kaki kucing.. tapi size nya besar tau.. (besar genggam tangan lelaki dewasa).. dan pada akak confirm bukan kucing...  kami pandang jer satu sama lain... En. Bos siap snap gambar lagi... dalam 3 hingga 4 keping..

Emmm... bila tanya kat sumer orang ada tak sesiapa yang masuk kat bilik tu.. masing2 kata tak... huish pelik tu.. misteri tuu... area rumah kampung nie memang lah ada gak belukar tapi tak memungkinkan binatang yang ada tapak kaki sebesar tu merayau2 apatah lagi dalam rumah kan?.. 

sehingga kini masih lagi misteri.. sebab bila kami nak tengok balik gambar yang En. Bos snap tu.. memang blank..hitam tak nampak aper.. lagilah misteri...

Sekarang simen tu dah di betulkan semula strukturnya.. dah tak der bekas pun..

itulah kan.. ada pelbagai makhluk ciptaan Allah SWT.. hanya Dia yang tahu apa sebenarnya terjadi..
Remain misteri.. :D

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...