Isnin, 27 Mei 2013

It's Monday..Again...huhuhu


Salam Isnin kawan2..  ada lagi 4 hari nak ke Jumaat.. hahahaha... pagi tadi nak pergi kerja macam nak kena hukum bunuh.. setelah 4 hari duduk rumah rasa cam nak sambung cuti macam anak2 yang tengah cuti sekolah nie.  Best nyer jadi cam diorang.. ada time untuk cuti rehat lama2.  Tapi peliknya.. masa bebudak dulu tak sabor2 nak besar nak kerja.. cuber tanya anak2 kita  sekarang.. diorang seronok tengok kita kerja .. tapi kita pulak seronok tengok diorang belajor.. takyah nak fikir urusan dunia (cewahhhh.. banyaklah nak fikir puuunnn)..

Yer lah.. campur tolak bahagi.. dah hampir 23 tahun akak berkerja.. itu campur2 kerjalah.. start lepas SPM.. akak dah mula bekerja... Kilang...Opis Girl...Kedai... macam2 laaa... serius macam dah penat jer...hari Isnin satu hari yang fuuhhh.... tak leh nak bayangkan.. hihihi lebih2 plak..

Tapi Alhamdulillah... yer laa.. sekurang2 nyer bekerja.. tak nganggur... boleh bantu mak ayah.. dan sekarang Suami.. (En. Bos.. dengar tu.. hihihi )

Oklah.. nak gi work nie.. ehh.. dah kul 1230 dah.. cepat masa berlalu...best nyer Hari Senin.... :DDDD

2 ulasan:

  1. haah,btol tu kak..masa sekolah dulu, selalu xsabar nk habis sekolah...xsabar nk kerja,, sekarang ni..rasa nk smbung study jer..huhu..jd budak sekolah

    BalasPadam
  2. salam izan..
    restoren lempeng tu kita akan jumpa on the way nak balik dr kuala terengganu.. tak jauh sangat dr bandar KT.. restorennya terletak disebelah kiri (on the way nak balik). lokasinya berhampiran/ bersebelahan pantai laut (takdelah dekat sgt.. tp mmg boleh nampak laut lah).. kalau dah boleh nampak pantai tu.. tengokl2ah signboard restoren tu ya... besar tulisannya dari jauh dah nampak.. mcm2 menu dari pantai timur ada kat situ.. termasuk lempeng tu sendiri.. hehe.. antara yg feberet akak kat restoren tu mestilah nasi dagang, ketupat sotong & rojak kateh..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...