1.Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,
nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah
yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara
daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah.
Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya
dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di
dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang
mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim,
kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang
beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain
membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh
Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji,
hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat
penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi
ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang
musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain
dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk
menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama
menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan
sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
share dari sini.. Terima Kasih UAI dengan ilmu di beri..
Terima kasih atas perkongsian .. tapi masalahnya masing2 sudah sebati dengan membaca Yaasin pada malam Jumaat di surau atau masjid. Kalau dapat digantikan dengan surah ini alangkah bagusny.
BalasPadamAl-lavendari - sangat benar tuan... jadi kita yg menerima ilmu ini cuba2lah mengubahnya..
BalasPadamDunia dah dekat akhir zaman.. Sepatutnya umat islam semuanya dah hafaz 10 ayat terakhir surah ni.. Betapa besarnya fitnah dajjal nanti..
BalasPadammmg betul tu, mmg kena diamalkn selalu !
BalasPadamnak sangat konsisten dpt baca al-Kahfi setiap Jumaat..
BalasPadam