Khamis, 7 Februari 2013

Mendidik Anak-Anak...

Mendidik anak bukan perkara yang boleh dianggap mudah.  Serahkan segala pada pihak sekolah.. guru2, ustaz/ustazah.. dan persekitaran.. kadang2 kita sendiri pun belajar dari kesilapan yang kita lakukan.. kita kena belajar memberi mereka peluang dan ruang untuk membetulkan apa pun kesilapan yang mereka lakukan.  Dan sebenarnya kadang2.. kesilapan akan berlaku berulang kali.  kadang2 kesilapan yang sama..kita juga perlu mempersiapkan diri dengan tahap kesabaran.. sebab bukan mudah berhadapan dengan mereka..  Anak-anak zaman ini mempunyai pengetahuan.. dan pergaulan luas di sekolah.  Janganlah kita terus menghukum tanpa menDENGAR.. dengar dahulu sebelum kita membuat komen atau hukuman.

Sehingga sekarang.. setiapkali anak2 melakukan kesilapan .. akak selalu terfikir.. kita dulu pun waktu zaman mereka... kita juga melakukan kesilapan.. kalau dulu di rotan atau di hukum.. kita tak pandai nak melawan.. tapi sekarang sudah berubah.. kita perlu tahu tektik yang sebenarnya.. marilah sama2 kita belajar.. :D
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...