Rabu, 13 Februari 2013

Kasih di Hujung Rindu..



Kasih..
Bukan mudah untuk mendapatkanMu
Bukan mudah mencariMu
Bukan mudah mendekatiMu

Kasih..
Betapa aku begitu ingin menjadi yang teristimewa disisiMu
Betapa aku ingin sentiasa diperhati olehMu
Betapa aku ingin dimanja dan dibelai olehMu..

Kasih..
Layakkah aku meletakkan diriku untuk mencintai Mu
Layakkah aku memohon untuk dikasihi oleh Mu
Layakkah aku meminta itu dan ini dari Mu

kerana..
Aku rasa begitu hina untuk memanggilMu kekasihku..
Aku rasa begitu kecil untuk merasa diri istimewa di sisi Mu
Aku rasa begitu jauh untuk meminta itu dan ini dari Mu

Namun .. 
Aku tahu Kau lah Yang Maha Mengasihi
Aku tahu kau lah Yang Maha Menyayangi
Aku tahu Kau lah segala-galaNya

Oleh itu..
aku buang maluku untuk menagih kasihMu..
aku buang rendah diri ku untuk meminta sayangMu
aku buang egoku untuk merinduiMu..

Semoga..
Aku masih mendapat rahmatMu
Aku masih menerima rahmanMu
Aku masih lagi diakui sebagai hambaMu..

Kasihku di hujung Rindu..

nukilanku..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...