Rabu, 20 Februari 2013

"Aku Senang MelihatMu..."




Rasullullah SAW sangat mengambil berat tentang insan2 penting dalam hidup baginda. Cara baginda melaksanakannya dapat dihalusi melalui banyak hadis.

Terhadap seorang sahabat bernama 'Ata' seperti diriwayatkan oleh Ibn Mardawih.  'Ata' bercerita: "Saya, Ibn Umar dan 'Ubaid bin Amir pergi ke rumah Aisyah r.ha, saya berkata kepada Aisyah:"Ceritakan kepada kami perkara paling mempersona  daripada semua yang pernah engkau saksikan pada diri Nabi."

Aisyah menarik nafas panjang, kemudian berkata dengan nada hiba menahan tangis :"Semua perilakunya menakjubkan bagiku."

Aisyah memberitahu lagi:"Suatu malam, ketika Baginda tidur bersama-samaku dan kulitnya bersentuhan dengan kulitku, Baginda berkata:"Wahai Aisyah, izinkan aku beribadah kepada Tuhanku."

Aku berkata: "Sesungguhnya, aku senang berada dekat denganmu, tetapi aku lebih senang melihatmu beribadah kepada Tuhanmu."

Lalu Baginda bangkit mengambil bekas air, lalu berwuduk.  ketika berdiri untuk solat, aku mendengar Baginda menangis teresak-esak hingga airmatanya membasahi janggutnya.  Kemudian, Baginda sujud dan menangis sehingga lantai basah dengan airmata.  Selepas itu, Baginda berbaring dan menangis hingga Bilal memberitahu telah tiba waktu subuh."

Inilah contoh Baginda menghargai keberadaan seorang isteri di sisinya.  Walau untuk solat malam sekalipun, Baginda tetap meminta izin dan tidak meninggalkan Aisyah begitu sahaja.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...