Khamis, 17 Januari 2013

Sambungan Debaran Seorang Aku...

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah... segala debaran telah terungkai.. perkara yang selama ini membebankan hati dan perasaan telah selesai.. fibroid yang selama ini bersarang di dalam rahim telah hilang sama sekali... walaupun macam pelik tapi itulah hakikatnya.. Doktor pun macam tak percaya.. memang sangat bersyukur.. rancangan untuk membuat pembuangan rahim pun di batalkan.. syukur lagi...

Sebab setiap kali berjumpa dengan mak dan atuk di kampung soalan itu sering diajukan... jadi sekarang semua nya selesai.. cuma doktor kata.. firboid tu boleh berulang semula.. dan doktor telah mengesyorkan akak untuk memakan beberapa jenis ubat.. untuk tempoh 3 bulan lagi.. rawatan susulan paad April nanti.. dan seandainya ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan menses...

Itulah perempuan kan... banyak yang ditanggung... sebelum kahwin ada yang senggugut... kalau tak period pulak .. dah saspen lagi... ada masalah nie.. bila period .. sakit senggugut..mulalah ada suara mengatakan.. kalau selalu senggugut .. ada kebarangkalian tak subur atau susah nak dapat anak... bila dah anak dara.. orang sebuk pulak tanya .. tak ade pakwe ker?... hah jenuh nak mengelak... bila dah ada pakwe... orang tanya pulak... bila nak kahwin?.. bila dah kahwin... orang tanya pulak... bila nak dapat anak?... tak dapat anak.. ada gak yang menyebuk.. korang nie ada masalah kesuburan ker?... bila anak pertama dah keluar... sebuk pulak tanya bila nak dapat nombor dua?... perempuan nie selagi tak habis nyawa.. selagi tulah soalan bertubi2 di tanya... kalau yang tanya tu lelaki..ok gak... tapi yang tanya tu perempuan jugak.. Aduhai.. perempuan sendiri tak faham masalah perempuan.. pastu sebuk nak suruh lelaki faham masalah perempuan...

betul tak kawan2... apa2 pun akak sangat bersyukur dengan situasi sekarang.. sebab itu yang akak harap dan doakan.. pada kawan2 yang mendoakan .. terima kasih bebanyak.. :D


3 ulasan:

  1. Betul kak... Macam2 soalan perempuan ni dapat, macam2 masalah dalaman perempuan.....
    Apapun, AJ doakan semoga akak sihat2 je.... =D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Syukur.

    Mudah2an fibroid itu tak 'muncul' lagi. :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. hlg dah fibroidnye.. syukur..

    org kita nimmg rmah sbb tu asyik brtanye je kan hihi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...