Isnin, 7 Januari 2013

Lelaki VS Perempuan...


Perbezaan ketara antara anak lelaki dengan anak perempuan :

Lelaki

• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.

• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.

• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.

• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.

• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.

Perempuan

• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.

• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.

• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda.

• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain.

Perbezaan mereka nie sebenarnya sejak dari kita mengandungkan mereka lagi.. betul tak kengkawan (pada yg dah ada pengalaman laa)... pada yang belum tu.. sabar ekk.. in sya Allah .. the time will come.. :D

2 ulasan:

  1. Mungkin jugak tu Izan....tapi OKje tak perasanlah pulak walaupun ada dua -dua anak boleh di buat perbandingan...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...