Selasa, 15 Januari 2013

Episod Syukur : Catriona Ross

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup. Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.


Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupannya pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikitpun rasa syukur dalam hati sanubari. Bukan terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak penting pun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan
penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakej lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu, yakni Allah SWT.

Mati Hidup Semula
Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.

Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.

"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.

Untuk mendapatkan artikel sepenuhnya, sila dapatkan ILUVISLAM Bil 74 : PELIHARA AURATMU DI DUNIA PASTI TERPELIHARA DI AKHIRAT NANTIyang berada di pasaran.

Akak dapatkan artikel ini dari ILuvIslam Website.. :D.. semoga kita mendapat iktibarnya.

3 ulasan:

  1. AJ ada baca pasal dia.....
    Cara hatinya terbuka tu betul2 menginsafkan.....

    BalasPadam
  2. mmg pernah trbaca kisah dia..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Syukur ..... mahukah kita tersedar setelah ditimpa musibah.... dijauhkan hendaknya...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...