Selasa, 15 Januari 2013

Episod Debaran : Seorang Aku...

Tiga belas tahun yang lalu.. saat-saat genting melahirkan seorang manusia .. "puan... denyutan jantung baby semakin lemah.. kami tak boleh tunggu.. puan terpaksa melahirkan melalui pembedahan"

Terdiam, perkara yang cuba dielak akhirnya menjelma... "Saya ikut jer doktor .. janji baby saya selamat".dalam keadaan lemah sebab sangat lama menahan kesakitan nak bersalin.. namun jalan masih belum buka lagi...

Semua berjalan dengan lancar.. Muhammad Aiman selamat di lahirkan tepat pukul 11.45 malam..10 August 2000.  Syukur di ucapkan berkali2...

Bila dah sedar dari bius... dan badan terasa sedikit segar... tiba2 terfikir untuk bertanya pada suami.. "apa doktor cakap ngn abang tadi... kenapa nor tak boleh bersalin normal?". Suami diam jer.. setelah di ajukan soalan banyak kali.. akhirnya dia bersuara "nor.. masa pembedahan tu.. doktor jumpa ketumbuhan dalam rahim.. di pintu rahim.. fibroid tu laa yang menyebabkan pintu rahim tidak terbuka"...

Itulah saat2 pertama kali akak di khabarkan dengan berita itu... dalam rahim ada fibroid... namun selepas itu fibroid tu kejap ada... kejap tak ada... ada masa besar.. ada masa mengecut... jadi akak selalu berharap akhirnya dia tiada langsung..

Namun pada tahun 2009.. dia masih lagi wujud.. doktor pakar diHUKM membenarkan akak untuk mendapatkan seorang lagi zuriat.. alhamdulillah.. Muhammad Amir muncul menjadi juara.. ;)

Selepas itu fibroid masih ada walaupun ia tidak mengganggu proses kelahiran.  Namun setiap kali datang bulan.. akak akan menanggung kesakitan yang amat sangat.. macam sakit nak bersalin.. menurut doktor senggugut akan berkurangan selepas berkahwin dan melahirkan... namun ia tidak terjadi pada akak.. malahan kadang2 kesakitan lebih hebat dari masa bujang...

Pada tahun 2010, doktor telah mencadangkan pada akak untuk membuang keseluruhan rahim atas alasan ... fibroid yang berada di dalam rahim ada risiko pendarahan yang teruk dan boleh berlaku kematian sekiranya di buaang.. jadi jalan lebih selamat ialah membuang semuanya... kerana itulah akak menangguhkan keputusan itu hingga ke hari ini.. alasan akak.. aduhai takutnya...

Tapi akak dah tak boleh lagi memberi alasan yang pelbagai sebab ianya mempengaruhi kesihatan sendiri..

Esok akak ada appointment di HUKM.. apa cerita akak tak tahu.. yang pasti akak menyerahkan diri sepenuhnya.. andai perlu buang.. akak akur.. kalau tidak.. syukurlah ...

Doakan yer kawan2.. semoga yang terbaik menanti akak.. aminnn.. ;)



6 ulasan:

  1. Setelah segala usaha tidak lagi memberikan hasil yang diinginkan, lalu berserahlah kepadaNYA. Dan biarlah mereka yang pakar mengendalikan. Selebihnya tawakal dan redha.

    Semoga semuanya baik-baik sahaja, dan urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. KAK... touching la pulakk.. good luck kak appointment hari ni ye.. semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.. Ameenn..

    BalasPadam
  3. Nak masuk hospital......
    Terpaksakan.... nak buat macamana.... banyakkan doa yeh!Insyaallah semuanya OK

    BalasPadam
  4. saya mendoakan yg terbaik utk akak :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakizan...berdoa dan moga Allah memberikan ketabahan yg diharapkn...:(

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...