Jumaat, 30 November 2012

Untuk Malam Ini...

Semoga kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati malam2 indah seperti ini.. Amiiinn...

Jangan Berani2 Nak Tegur !!!...


 Jangan berani2 nak tegur.. bukan sumer orang suker di tegur... ada orang anggap bila kena tegur maknanya orang benci.. bukankah bila orang tegur kesilapan kita bermakna ada lagi orang yang masih lagi mempedulikan kita.. bukankah elok begitu?

Sebagai ibu dan ayah kepada anak2 kita.. agak2 nya kita sanggup ker membiarkan anak2 kita di tegur oleh orang lain selain kita jika mereka melakukan kesalahan.... Ada orang OK.. tapi ada orang sangat sensitif bila anak2 mereka di tegur sedangkan dengan terang dan nyata kesalahannya..

Pernah terjadi masa akak baru2 berpindah di kawasan perumahan yang akak duduk sekarang nie... kebetulan itu kawasan baru.. memang tak ramai lagi yang duduk kat situ... jadi ada banyak lagi rumah kosong kat area akak tu.. berhadapan dengan rumah akak juga waktu tu belum ada lagi penghuni... korang bayangkanlah.. bila rumah tak ada penghuni.. dah tentulah semak samun dengan lalang yang panjang.. kalau budak umur 2 atau 3 tahun masuk.. confirm jenuh nak carik...

Jadi satu hari tu kebetulan sedang akak menyapu laman kat depan umah..masa tu anak sulung kecik lagi dalam 4 tahun gitu.. akak nampak lah beberapa orang bebudak sedang bermain2 di kawasan rumah yang penuh dengan semak tu.. jadi rasanya tak salahlah kalau akak tegur bebudak tu.. dengan melarang mereka bermain kat area situ .. manalah tahu kot2 ada haiwan2 liar cam ular ker.. kala ker... lipan ker.. kan.. hish kan ker naya...

Rupa2nya teguran itu didengari oleh salah seorang ibu bebudak yang tinggal berdekatan dengan umah akak tu...  Apa lagi dengan segera si ibu itu datang ke arah anak2nya.. dan terus menarik tangan anaknya sambil mulutnya membebel.. memarahi anaknya supaya jangan lagi bermain didepan umah orang.. nanti orang marah... dan si ibu tadi pergi tanpa sedikit pun menoleh kearah akak yang sebenarnya macam confuse.. tak faham kenapa dia bertindak begitu...


Salah ker ayat nie.. "adik-adik oiiii... jangan main kat semak samun tu... nanti kalau ada lipan ker... ular ker.. kan susah..".. sambil berdiri dihadapan rumah dan memandang kearah budak2 tu...

bebudak tu siap menjawab lagi.. "OK.. acik..."...

tapi tu la kan... anak2 ok.. ibu pulak yang tak ok.. takperlah.. akak rasa akak tak buat apa2 salah pun... demi keselamatan anak2 tu jugak.. tapi itu jadi pengajaran jugaklah kat akak... cakap siang.. pandang2... hihihihi,.....

Korang camner?.. boleh ker kalau orang lain tegur anak2 korang bila mereka melakukan kesalahan... yelah kan lain padang lain belalang... lain orang lain yang di pandang (betul ker peribahasa tu...kalau salah.. sori ekkk )...

p/s:  jiran tu dah lama dah pindah.. sebab bergaduh ngn jiran sebelah umah dia.. dapat umah baru..

Khamis, 29 November 2012

Isi Sahaja....




Inilah dia... kita beli kuih ketayap nie (korang panggil kuih ni apa yer?).... kalau ibu nya memang habis sumer masuk perut..  tapi dapat kat si tecit nie... isi jer jadi tumpuan...

Cuba teka... saper yang habiskan?.....


Of coz laaa.  ...  ibu dia laaa kan... camnerlah ibu tak sihat sejahtera... tul tak?.. ibu2 lain camner... samer tak?... akak rasa mesti samer kan?.. hihihi....

Jom wat kuih ketayap... yerlah tu kak izan oiii... yang betulnya..... jom beli kuih ketayap... hihihi...

Selasa, 27 November 2012

Ini Jer Yang Termampu Buat Masa Ini...


Dalam proses untuk cuba menghafalnya... in sya Allah.. mari kita sama2 cuba mengamalkannya.. sekurang2nya, kita juga cuba melakukan sesuatu untuk mereka...

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja selepas solat.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Isnin, 26 November 2012

Tewas Malam Pertama...





Sedih sangat... Malam pertama dan tewas... tak dapat nak bayangkan perasaan waktu tu.. dan akak tahu bukan akak sorang jer yang rasa cam tu...


Especially my hubby... En Bos sangat sedih...


Plus my sons.. Aiman n Amin....


Penyokong Kuat Harimau Malaya... 0 - 3 .. di tewaskan oleh Singapura... Musuh tradisi kita.. hihihihi..

Semoga ini bukan pengakhiran Harimau Malaya..

Harap Hero Malaysia boleh kekalkan kejuaraanNya..

Kami masih lagi menyokong walaupun kesedihan masih terasa...

Isk isk isk....



Jumaat, 23 November 2012

Review bloglist+segmen:Jom up Follower beramai- ramai


Dah lama dah tak join segmen nie.. lepas join KA punya segment ari tu... ari nie akak nak join this segmen plak.. pakat cari follower ramai2 ye tak... Biar Ramai Kawan.. Tapi Jangan Ramai Musuh... hihihihi

Saper nak join.. boleh lah gi blog Cik NurHidayah nie... akak pun baru kenal dari blog mama maszul... :D.. dan bacalah terma dan syaratnya..

Jom Join Ramai2 Kawan2... :D

Harimau Malaya II...

Emm.. nie saranan dari KA..hihihi... kena wat post untuk Harimau Malaya sekarang... well sempena perlawanan pembukaan AFF yang akan berlangsung hari Ahad nanti...akak dengan berbesar hati buat post pasal Harimau Malaya "kita".. post semalam nak kenalkan harimau malaya yang asal.. yang telah menang dengan british.. tapi post kali nie... 

Malaysia VS Singapura

Nak ajak kawan2 sumer sokong Harimau Malaya kita agar dapat menewaskan Singa Singapura dan agar seterusnya kita dapat menpertahankan kejuaraan Piala AFF di tempat sendiri dan tanah tumpah darah kita Malaysia (waahhh ..tetiba rasa patriotik... :D)
Barang yang lepas jangan di kenang... harap2 harimau2 ini dapat semangat baru dan terus berjuang hingga mendapat kejayaan.. amiiinnnnn

Barisan Hero kita... Harimau Malaya.. Semoga Berjaya

Semoga kita dapat mempertahankan hingga akhir...




Di samping kita bersemarak memberi sokongan kepada Malaysia tercinta - Harimau Malaya "kita".. apa kata dalam masa yang sama kita panjatkan Doa untuk saudara kita di palestine agar mereka sentiasa di lindungi Allah SWT dan agar mereka sentiasa kuat dan bersemangat untuk memusnahkan Israel Laknatullah ... Allah hu Akbar...


Khamis, 22 November 2012

Harimau Malaya...

Inilah dia harimau malaya... seorang pemimpin Jepun yang berjaya mengalahkan tentera British yang jauh lebih ramai bilangannya dari tentera Jepun sendiri...

Info ini akak dapat ketika melawat Muzeum Tentera di Port Dickson baru2 ini... sangat bagus jika bawa anak2 kesana.. sekurang2nya memberi kesedaran kepada generasi muda kesusahan dan kepayahan mendapatkan kemerdekaan...

Jom pergi!.. :D



Rabu, 21 November 2012

Wordless20... Kembalilah kepadaNya...

Bila kita...


kita akan...


Hati kita akan

Jadi kita kenalah...


Dan akhirnya kita kena kembali padaNya...



Dan berdoa agar semua kawan ....


Amiiiinn...Amiiiinnnn...Ya Rabb...


Selasa, 20 November 2012

Tahniah Sayang...:D

Alhamdulillah... walaupun ibu dia yang menggelabah gila semalam... tapi akhirnya kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Nya...
Tahniah Aiman... bersyukur dengan keputusan UPSR nya.. berbaloi segala penat lelah guru2 sekolah... kata2 semangat sebelum menduduki peperiksaan.... dan yang paling penting usaha yang dilakukan... dan juga doa kepada Nya... yang merestui segala usahamu...
Tahniah sekali lagi... ;D terima kasih juga di atas doa dan kata semangat dari kawan2 sumer...

Ahad, 18 November 2012

Rindu....??? Betul ker nie???

...emmmm.... macam tak percaya pulak... betul ker kak izan nie... ker dia nie merapu jer.... rasa saper pun tak percaya... ada ker dalam kotak fikirannya rinduuuuuu... rindu sangat... rindu rindu rindu sangat... rasanya ramai yang tak percaya.... tapi betul ker kak izan nie sangat... setelah dia meninggalkan tempat ini...
APA????... kak izan rindu opis?????.. hahaha... memang pelik nie....biarkanlah dia layan diri sendiri....


Rabu, 14 November 2012

Selamat Ma'al Hijrah...

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

 
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.



 Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wordless19...Lidah Berbelit?




Whatever U Do... Don't ever said the Forbidden Words..  (berbelit lidah akak cakap omputih)

Isnin, 12 November 2012

Cuti Sekolah Dah Start....

Cuti sekolah dah start.. make nyer start laa jugak kefeningan mak ayah nak tinggalkan anak kat mana... Kalu tak der maid.. officelah jadi tempat letaknya.. ada yang ikut mak.. ada yang ikut ayah.. kalu anak ramai .. berbahagi2 lah...



Tapi ada jugak dikesempatan nie.. antor jer anak balik kampung... bagi pening wan ngn atok... lama tu.. 52 hari kan?... mau wan ngan atuk seminggu sekali gi klinik .. cek tekanan darah.. hahahahaha....



Tapi ada gak yang hantar anak gi kem ibadah laa... kem motivasi laaa... kem tahfiz laaa.. kem cuti sekolah dan macam2 kem lagi... bila anak2 dah sekolah.. dan tak mahu lagi di hantar ke nursery... option diorang ialah nak duduk kat umah jer.. kalau dah besar panjang.. ok jugak.. tapi kalau baru darjah 1, 2 , 3... takkan nak tinggal umah kot... mak ayah percaya ker?... atau boleh ker percaya kat diorang nie?... stress betul kan?...

 Tapi ada jer mak ayah yang tinggalkan anak2 kat umah.. walaupun kecik lagi... memang beranikan...korang camner?.. apa yang korang dah rancangkan untuk anak2... Akak?.. setakat nie.. setiap sabtu ahad.. memang dah ada plan... buat atau tidak.. tuu tunggu jer laaa... cuma hari kerja... diorang tinggal kat umah dengan pengawasan adik (rumah berhampiran)... Tapi memang pening laaa... (normal kan?... hihihi )

Ahad, 11 November 2012

Koleksi FM Terbaru....

Tq to Sr. Zainab kerana mengingati akakmu dikejauhan sana....I Like it Very Much... koleksi dari Turki pulak..  susah nak dapat tu....

Sr. Zainab pergi Turki kerana pembentangan kertas kerjanya.. mewakili universiti kesayangannya.  boleh baca kisah dia di Turki kat blognya.. mana tahu ada rezeki boleh kita pulak ke sana... hehehehe


TQ sekali lagi Dik... :D

Jumaat, 9 November 2012

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara....

Layak ker akak nak cerita pasal tajuk kat atas tu kan... emmm... memang tak laa... tapi rasanya jika memberi pandangan peribadi ok kot.... terpulanglah kat kawan2 yang lain samada nak terima atau tak pandangan akak nie...

Kenapalak tetiba nak cerita pasal matlamat2 nie kan.. bukan apa akhir2 nie.. selalu terlupa yang kadang2 dalam kita terlalu ghairah nak dapat kan sesuatu atau pun nak memenuhi permintaan orang lain .. kita korbankan kepercayaan kita.. atau kita korbankan prinsip kita.  

Contoh yang paling senang... ada orang jumpa kita dan express masalah hidup dia pada kita.. dia mengadu yang dia tak der tempat nak mengadu... kita lah sorang manusia yang sanggup bantu dia.. dan yang paling penting dia adalah opposite sex dari kita.. kalau kita perempuan .. yang mohon bantuan tu lelaki... kita dengar rintihan hati nya... kita fahami masalahnya.. cerita pasal rumahtangga... pasal isterinya.. pasal anak2nya... Akhirnya kita simpati.. empati ... dan cuba memberi solusi kepada dia.. Dia dengar... dia mula rasa senang dengan kita ... dia mula rasa selesa dengan kita... dan di hatinya sudah mula ada ruang untuk kita...

Kita pula sebagai perempuan.. bila lelaki itu share masalahnya.. kita pun start pulak share rahsia kita pada dia... Akhirnya kononnya.. kita dan dia rasa sangat serasi.. sangat memahami.. dan paling hebat ... KITA SERUPA... masalah dia dan kita kononnya serupa.. Aku memahami kamu Dan Kamu memahami Aku...
Akhirnya dari simpati...empati.. kasihan... bertukar menjadi.... Kasih...Sayang...Cinta...tapi Cinta yang Terlarang... 

Matlamat yang pada mulanya.. hanya ingin membantu....akhirnya menjadi DOSA yang AMAT BESAR... Aduhai... kejadian ini bukan sedikit tetapi dah banyak sangat berlaku... Keterlanjuran yang tidak sepatutnya berlaku.. 

Macamana nak elak yer....?... emmmm....

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Sebenarnya, kita kena cuba untuk tidak mengadakan ruang langsung untuk mereka2 yang berlainan jenis dengan kita untuk berkongsi masalah2 mereka dengan kita... jika mereka ada masalah jumpalah dengan yang pakar... contohnya seperti Kaunselor... Ustaz2 yang bertauliah... tapi bukan kita yang tidak ada kemahiran... kerena dikhuatiri nanti.. kita akan dimainkan oleh emosi kita sendiri... terbawa2 dan akhirnya menjerumuskan kita ke jalan yang salah.. Syaitan sangat bijak memanipulasi fikiran kita... itulah yang terjadi Matlamat tidak Menghalalkan Cara kita... takut kita tersalah langkah...

Sebenarnya ada banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan tajuk kat atas tu... Tapi akak berminat nak share tentang contoh yang sangat hampir dengan kita... Oklah kawan2 itu jer.. Korang setuju tak?... :D

Selasa, 6 November 2012

Sudah 13 Tahun kan..:D





Hari nie.. dah pun 13 tahun usia perkahwinan kami.... Alhamdulillah.. segala cabaran dan dugaan yang di beri oleh Nya.. sama2 kami hadapi.... suka..duka..turun... naik.. semuanya telah di rasai...

Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan hidayahnya terhadap kita sekeluarga...
Semoga kasih sayang kita terus utuh...
Semoga cinta terus tumbuh mekar mewarnai kita... 
Semoga segalanya menjadi lebih baik...insya Allah
Love U forever... :D

Jumaat, 2 November 2012

Sabarnya Dia.. tapi kita?


Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya, dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Mintalah padaNya bersungguh-sungguh...
 
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.

Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."

Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.

"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."

SubhanaAllah!

Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur, Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.

"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)

Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci, berdendam dan sangat kecewa.Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.

Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"

Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."

Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.

Tidak putus asa walau apa jua sekali pun, kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.

Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."

Iblis tetap tidak putus asa lalu, dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suaminya, mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.

Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s.
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang, kita dikellingi dengan anak-anak yang soleh, kita dikurniakan kesenangan harta benda, kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku, agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."

Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya, berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"

" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.

Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"

"7 tahun." jawab Rahmah.

Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.

"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."

"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."

"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."

Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."

Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi.  Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..

" Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."

Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.

 "Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)

Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.

Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

 - Artikel iluvislam.com


Mampukah kita menjadi sesabar dan setabah nabi Ayub kawan2... marilah sama2 kita renungkan... 


Khamis, 1 November 2012

Horoskop dan Ramalan?.. Boleh ker?




Soalan
As-salamu `alaykum. Apakah hukum jika seseorang percaya pada ramalan? Saya tidak mempercayainya, tetapi saya mendengar bahwa mengatakan ramalan perkawinan saya akan terjadi pada usia 29 dan suami saya akan mati bila saya berumur 52. Walaupun saya tidak percaya, ia masih menggangu dan merunsingkan fikiran saya.

Nama mufti – Sano Koutoub Moustapha, IIUM


Jawapan

Wa `alaykum as-salamu wa rahmatullahi wa barakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Semua pujian dan terima kasih kepada Allah, dan selawat dan salam kepada Rasul-Nya.

Saudari SeIslam, terima kasih untuk pertanyaan Anda. Semoga Allah Maha Kuasa melindungi Anda dan kita semua terhadap segala bentuk kejahatan.

Bahkan, tidak tepat sebagai seorang yang bernama muslim untuk diganggu oleh kerana ramalan. Anda tidak perlu memberikan apapun perhatian kepada perkara khurafat dan tahyul; ia anda akan membawa anda untuk praktek haram atau kepercayaan. Jadi, Anda bebaskan fikiran anda daripada di belenggu, carilah ampunan Allah, dan membuat banyak dhikr dan du `aa. ‘Allah Maha Kuasa untuk membantu Anda untuk tetap sabar di sebelah kanan jalan.


Menanggapi pertanyaan anda, Dr Sano Koutoub Moustapha, timbalan ketua International Fiqh Academy dan profesor fiqh dan prinsip-prinsip dari Universiti Islam Internasional, Malaysia, berkata;


Terima kasih atas pertanyaan Anda. Awalnya, adalah dilarang dalam Islam percaya horoscopes. Ia juga dilarang menghubungkan apa pun yang terjadi dengan ramalan yang di sebut. entu saja hal perkawinan atau hal lain dalam hidup Anda tidak tergantung dengan cara apapun pada ramalan; semuanya sudah sesuai dengan Tuhan yang Maha Kuasa.


Oleh karena itu, Anda harus memperkuatkan kepercayaan kepada qadar (takdir) dan melakukan apa yang baik dan menghindari apa yang buruk. Horoskop Anda tidak mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan Anda, apakah itu baik atau buruk bagi Anda. Hanya Yang Maha Kuasa tahu apa yang akan terjadi kepada Anda di masa mendatang.


 Selalu ingat berkata Nabi saw. kepada Ibnu Abbas: Jagalah Allah, Allah akan melindungi kamu, Jagalah Allah dan Anda akan menemukan Dia selalu ada untuk Anda. When you seek assistance seek it from Him; you must know that nothing will happen to you except what fate has decreed. Bila Anda mencari bantuan, carilah daripaNya. Anda harus tahu bahwa apa yang akan terjadi kepada Anda adalah apa yang telah di tentukan Allah kepada anda. Jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan manfaat atau kepentingan yang tidak yg diperuntukkan bagi Anda, Anda tidak akan mendapatkan. Jika mereka berkumpul untuk mencabut kamu dari sesuatu yang baik yg diperuntukkan bagi Anda, Anda juga tidak akan mendapatkannya melainkan dengan izin Allah.

 
Dengan demikian, Anda harus yakin bahwa semuanya telah dan tidak ada seorangpun yang tahu apa yg ditakdirkan untuk dia. Kerana itu, jangan buang waktu anda dalam mencari apa yang horoskop memberitahu Anda; sebaliknya, Anda harus menyerahkan diri sendiri kepada ilahi.

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...