Selasa, 30 Oktober 2012

Bila Rasa Ini Datang...


Sangat tak suka bila rasa nie datang... Bila kerja tengah banyak... Bila tanggungjawab masih belum diselesaikan... dan rasa ini datang...

Rasa nak berehat lagi... walaupun baru jer bercuti raya ... dan sambung pulak dengan anak tak sihat... tapi bila pergi kerja... rasa ni  tetap nak menyinggah...

Tiba-tiba rasa letih...penat ... tak mampu nak berfikir... malas... dan rasa itu amat sangat... terukkah kalau kita rasa macam tu?

Kalau cuti banyak... memang rasa nak sambung cuti... nak rehat puas2... tapi kalau duduk rumah.. rehat ker?

Rasa cam tak jer kan... macam kerja kat umah lagi banyak.. betul tak kawan2?... Mesti betul kan.. tapi sekurang2nya kita buat ikut schedule kita sendiri... takder amanah dari orang lain... 

Emmm... nak buat cam ner nie?... macamana nak hilangkan rasa yang ada nie.. emmmmm?

Isnin, 29 Oktober 2012

Bedak Sejuk..

Bila gi umah mak... bedak sejuk nie memang akak sangat suker... dahlah wangi pastu kalau pakai waktu tengahari .. memang sangat nyaman dan dingin... wahhhh promote giler nie...hihihihi
Bukan apa... mak memang guna bedak sejuk nie dah lama..mak kata since dia anak dara... bayangkan lah lamanya tu..sebab mak pun dah 63 tahun dah... walaupun kadang2 mak try gak gunak produk2 yang lain.. tapi bedak sejuk nie mak tetap maintain gitu...
Bila akak belek2 bedak nie... made in thailand... since 1922... dah berapa tahun dah tu.. alamak math tak terer laa korang kiralah sendiri....
Dan yang pasti kalau akak ada jerawat masa nak menses kan.. akak bubuh jer sikit kat jerawat tu.. pasti kering esoknya... Mak pulak memang susah nak tengok jerawat kat muka nak.. maintain bersih gitu...tapi kedut2 dia tak preventlaa... agaknya ada ker produk yang boleh halang kedut yer... kalu ada tentu mahallkan...
Akak pakai apa?... hahaha... no product yang maintain kekal kat muka nie... jap tukar itu..jap tukar ini... agaknya nanti akak sambung mewarisi mak punya legasi kot... pakai bedak sejuk jerlaaa..murah pun.murah... janji tak mudaratkan kulit yer tak...hihihihhi...
Korang pakai bedak sejuk tak?...;)

Ahad, 28 Oktober 2012

Sudah cukup ikhlas kah kita?

Dalam hidup nie... manusia ada pelbagai jenis. Ada mengejar kesenangan tetapi tidak menyedari yang dia tertinggal sesuatu yang sngat berharga. Contoh... ada manusia yang ingin rezeki lebih untuk kesenangan diri.. tetapi ibu atau ayahnya tidak diberi perhatian. Diri jadi kemaruk dengan duit sehinggakan tanggungjawab yang Allah bri cuba diagih2kan kpd orang lain dgn alasan aku dah cukup berkorban. Setiap titis peluh dikira supaya lebih adil kononnya. "Aku dah jaga ayah dan mak, kini giliran adik atau abang pula. " itulah kata2 alasan yang di cipta agar tidak ketara dosanya..

Aduhai takutnya kita jika itu pernah terdetik dihati kita. Kita cuba menjadi anak yang terbaik tetapi kadang2 kita berkira2 pula dihati. Yang ikhlas jadi kurang ikhlas pabila ada dkalangan adikberadik yang tidak ambil pusing. Perasaan marah bercampur baur dgn perasaan tidak puas hati.. akhirnya kita merungut. Pahala yang menanti..akhornya di penuhi dengan dosa. Ish ish ish.. takutkan sekiranya itu yang terjadi.

Bukan mudah menjadi ibu bapa terbaik ubtuk anak2 kita... dan bukann juga mudah mennjadi anak2 yang terbaik untuk ibu bapa kita.
Dugaan dan hasutn syaitan terus menerus menjadi halangan untuk membuat kebaikan. Ada masa kita menang tetapi masa kita kecundangan. Namun pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita semua.  Andainya terlanjur cubalah perbetulkan... sebab kita hanya manusia yang tak sempurna.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam AidilAdha...

Salam AidilAdha kepada semua rakan bloggerku
Semoga kita dapat memahami erti pengorbanan
Dan semoga Pengorbanan kita di terima disisi NYA...
Amiiinnnnn

Khamis, 25 Oktober 2012

Menghayati Erti Korban..


 
 
SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.

Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
 
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.

‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.

‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). 
 
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.
 
Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
 
Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
 
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.
 
Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 
Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia. 
 
Berpandukan daripada kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah.
 
 Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana Ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan. Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan-Nya. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan baik amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa.
 
Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai oleh sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. 
 
Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
 
Oleh Mohd Shauki Abd Majid
Pengurus Penyelidikan YADIM.

Selasa, 23 Oktober 2012

Dah Nak Raya Lagi...:D

Emmm... lagi 2  hari kita akan sambut Raya Korban.. korang korban tak?.. akak tahun nie tak lah nampaknya... insya Allah tahun depan sambung balik... tiba jer raya horban kali nie.. sudah cukup setahun permergian Allahyarham Ayah Mertua ku.. sebab dia pergi betul2 pagi hari raya korban tahun lepas.. Sudah tentu raya kali nie akan sedis2 kan... sebab baru jer setahun berlalu... luka akan berlalu insya Allah di bawa oleh masa...emmmm

Aruah abah pulak bila nak tiba Ramadhan.. sebab tu bila dekat2 nak puasa jer .. mak akan syahdu .. emmm... yer la kan .. mana boleh lupa dengan orang yang kita share suka duka dalam kehidupan kan...

Oklah.. stop citer sedis nie... sebab nak raya kan... cukuplah dengan sedekahkan al-fatihah kepada mereka yang telah mendahului kita.. insya Allah kita juga akan menyusul kemudian...

So korang kali nie turn balik mana?.. umah mak sendiri ker mak mertua... Akak?... of cozlah umah mak mertua sebab raya aidilfitri ari tu dah turn mak sendiri... kenalah adil kan... sebab nanti kita pun ada anak .. satu hari nanti diorang pun akan wat camana kita buat kan... harapnya laaa...

Mak akak ok jer.. mana2 pun boleh... tapi sebagai anak kita faham hati mak ayah kita kan... selagi kita mampu fullfill kan harapan dan impian mereka... kita cubalah sedaya mana yang mampu..


Seronoklah mereka yang dapat menunaikan rukun islam yang ke lima... menyermpurnakan iman mereka... macamana ngn kita kan?... sampaikah kita ke sana?... mampukah kita lakukan seperti mana mereka?... dah pasang niat ker nak ke sana?...

Semoga kita juga akan dijemput dan diberi peluang oleh Allah SWT untuk menziarahi satu2 tempat yang menjadi impian semua umat Muhammad SAW... amiiinnn...

Isnin, 22 Oktober 2012

Ada Orang Kata...

Ada orang kata... bila mata kanan terkedip-kedip .. itu tandanya... kita nak jumpa orang jauh, nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa, nak jumpa dengan orang yang kita rindu....

dan bila mata kiri terkedip2... itu tandanya, kita nak menangis, kita nak tengok bende2 tak elok.. conclusionnya mende2 negatif laa...


Ada orang kata bila dengar burung murai bising2 depan rumah.. itu tandanya nak terima khabar sedih... orang meninggal ker, orang sakit ker... negatif jugak laa...

Ada juga orang kata bila burung hantu bunyi tengah2 malam... sama cam atas... ada orang meninggal kat kampung kita... kawasan perumahan kita...


Ada juga orang kata,  kalau kita dalam perjalanan.. tetiba jumpa kura2 nak melintas.. kita kena tunggu sampai kura2 tu dapat seberang jalan ... (sabar ker kita?...) maknanya nasib kita akan bertambah baik... tapi kalau kita langgar jer... nasib kita disebaliknya... 

Ada orang kata juga.... kalau habis makan... jangan ketuk tangan kita atas pinggan tu... tak baik... mahal rezeki...

sebenarnya banyak betul pantangnya... kalau dengar apa orang kata... nak buat itu tak boleh ini tak boleh kan... kadang2 tu sampai sendiri rasa risau bila tanda2 di atas tu berlaku kat kita.. 

Apa2 pun... segala perkara yang berlaku pada kita itu adalah kehendakNya.. saperlah kita untuk menidakkannya... 

betul tak?..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Koleksi FM Akak....;D

Korang jgn gelak tau... orang lain kongsi awak pun nak kongsi.. macam banyak kan....hiihihihi... adalah sikit... itu belum kira yang anak2 masa kecik hambik wat main...
Koleksi dari mana? .. emmm dari Korea...Venice... Ostoli....Thai...dan yang banyak nyer dalam negara laa... Kawan2 bagi... Bos bagi... dan belu sendiri... Memang kalau diorng tanya nak apa... akak kirim FM jer... last2 kawan2 opis pun dah terikut.. snang kan diorg gak nak fikir apa nak bawak ole2 untuk kami... ;D...
Tengok jer tau... hihihhui...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Salam Jumaat...:D


Solat jom... sebab kita selalu lalai... marilah kita perbetulkan apa yang silap... takut2 tak sempat... siapa yang tak tahu solat.. belajar lah solat...  yang dah tahu solat... cuba lah praktiskan.. dah praktis .. sempurnakan lah solat.. dari satu waktu ke dua.. tiga..empat dah akhirnya 5... dah sempurnakan.. marilah kita cuba lengkapkan dengan bacaan yang betul... bacaan yang di fahami... dan yang paling penting... di awal waktu ... lepas tu... kita tambahkan pula dengan solat2 sunat.. agar nanti taman kita penuh dengan bunga-bungaan indah dan wangi... insya Allah... -peringatan untuk diri  dan akak kongsikan ngn kawan2 lain...:D


Khamis, 18 Oktober 2012

Buaya ker biawak...?

Emmm citer nie dah lama dah.. tapi akak nak citerlah jugak sebab pagi tadi masa lalu kat sungai air teh yang kat tempat kerja akak nie... dan kebetulan akak nampak satu makhluk Allah sedang berenang2 dengan relakxnya,,, hihihihih...

begini kisahnya... masa akak lalu kat jambatan nie beberapa tahun yang lalu... akak terserempak dengan 3 atau 4 orang bangsa kulit hitam nie (samada sudan/nigeria atau apa2lah.)... masa akak lalu tu... kebetulan ada jugalah makhluk Allah yang sama akak lihat hari nie sedang bercanda2 bersama rakan2 nya dalam 2 atau 3 ekor..jadi akak terdengar perbualan mereka



lebih kurang begini perbualan diorang... (pedulikan grammarnyua tau...:D)

jejaka A   :  look at the river,  there were an alligator, waahhh its so big...

(masa nie akak cam terkesima.. dan melihat ke dalam sungai itu)

jejaka B   :  yaaa... you are right...

(tetiba ada satu lagi suara yang menegur kesilapan mereka)..

jejaka C    : thats not an alligator man... 

(dalam hati akak.. waahhhh nasib baik ada yang tahu... bagus kawan dia tegur kesilapan kawan dia tu)...

jejaka C   :  thats a CROCODILE...MALAYSIAN CROCODILES....

mak aiii... biar betul diorang nie... akak cepat2 berlalu.. sebab takut kena tanya... tapi siyus.. jejaka C tu jawab dengan penuh confidennya... :D


amacam buaya ker... tak lahhh... sebenarnya biawak jer... cuma memang besar tapi tak lah sebesarnya buaya... hahahaha

Takutnya dia ... tapi kita?



Pernahkah mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
 Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
 

Rabu, 17 Oktober 2012

Buku Baru

Emmmmmm dekat depan opis akak ada jualan buku... jadi akak rembat jugaklah 2 buku hasil pengaruh kengkawan...ish ish ish
Diorang memang tahu yang akak ni hantu buku... buku yang tajuknya 10 orang sahabat syurga tu cam best jer... buku budak2 tapi kita yang tua nie pun boleh jer kalau nak baca... jom baca


Wordless16..Damai Pagi Ini...

Semoga Damai Terus Menghuni Hati dan Jiwa Ini...

Selasa, 16 Oktober 2012

Bahagia Bersama...

Mungkin post terkini nie.. kawan2 boring kot..  sorilah .. tolonglahh layan jer akak nie... bukan nak sho off tau tapi niat dihati nak kongsi keseronokan... kepada kawan2 yang ucap tahniah tu ..terima kasih dan Alhamdulillah...

Memang benar.. kebahagian anak2 adalah kebahagian kita juga.. bila anak2 seronok.. kita pun tumpang seronok kan... selagi boleh memberi kebahagian kepada mereka... kita akan terus memberi...

Meniti hari bahagia bersama... menempuh segala dugaan bersama... semoga kami akan terus bersama menghadapi apa sahaja.. ;D





Isnin, 15 Oktober 2012

Akhirnya.. Alhamdulillah...

Ini kisah hari jumaat ari tu.. Alhamdulillah.. impian untuk memiliki kereta baru terkabul.  Setelah sekian lama tu.. sejak malaysia keluarkan MPV sendiri.. kalu tak silap ALZA kan.. akak dah angan2 nak dapatkan satu..
Korang janganlah tanya kenapa tak beli MPV yang ada.. kenapa nak tunggu Malaysianya keluaran... hihihihi kononnya patriotik laa... Boleh lah jugak.. tapi sebenarnya ialah .. itu yang akak mampu .. :D ngaku jerlaa...




ini bukan akak punya tau... tapi samer dengan akak punya.. hihihihi :D

Walaupun pelbagai rintangan yang datang masa kami bercadang nak cari MPV nie.. namun segalanya dapat di tempuhi bersama.. apa2pun kenderaan yang ada sekarang pun masih lagi menjadi POJAAAN HATIKU.. sebab susah senang dia lah bersama ku.. chewwah...

Tapi siyus .. memang kami sangat bersyukur.. sebab bukan mudah untuk mendapatkannya.. akhirnya doa dan harapan di makbulkan NYA....

Sebab tu laa hari jumaat ttu akak cuti.. sebab nak pi amik kenderaan baru kami.. yang bakal membawa kami kemerata tempat... balik kampung... sana dan sini.  Semalam akak dan family sempat lagi pergi Nilai 3.. nak test drive jauh skit.. pasni mungkin lagi jauh kami nak jalan... semangat kereta baru tu...  :D

Nanti akak share gambar yang akak amik.. yang atas tu akak cari kat google jer... 

Sebab seronok sangat ... kami tunggu kedatangan nya sejak bulan 7 lepas... akhirnya bulan 10 kami terima kedatangannya...  Terima Kasih atas pemberianMu Ya Allah... Syukur Alhamdulillah

Jumaat, 12 Oktober 2012

Yehaaa... Akak Cuti...

Selamat pagi sumer.... haahaha..camla tak pernah cuti.... kecoh semacam... heboh semacam... bukan apa cuti kali nie  nak menyelsaikan sesuatu yang dah lama di tunggu2... sejak raya puasa ari.. hajat tak kesampaian.. hari ini adalah hari yang dijanjikan... akak harap segalanya berjalan lancar... harap segala yang diimpi dipermudahkan Allah SWT... walaupun telah dijanjikan... namun perasaan saspen ... gementar ... takut ... semuanya ada...

Kawan2 mesti nak tahukan apa yang kak izan bebelkan nie.... insya Allah .. nanti akak akan update special untuk korang sumer... bila sumer dah di depan mata .. barulah sronok nak citer kan... ;D..

Doakan akak ekkk.... supaya semuanya OK... ;D


Khamis, 11 Oktober 2012

Alangkah Indahnya...


Minggu nie memang havoc skit.. nak gi BW kengkawan pun tak sempat.. sebab kekangan kerja dan kesibukan menguruskan rumah tangga (camlah orang lain tak sebuk... hihihi).. yang pasti memang tak sempat nak update blog selalu.. 

Hari nie lak.. sebuk nak siapkan report meeting.. sebab esok nak cuti.. susah nak gather report dari orang lain dan kita pulak yang mengkompailkan.. dan membuat rumusan.. pecah rasa otak nak pikir dan kira.. bukanlah nak kata kita jer yang buat kerja... tapi sebab kelambatan orang lain.. kita pun terbabit sama..

Tapi itulah lumrahnya... meeting demi meeting... kesusahan yang sama jugak akak dapat.. merungut ker..?.. tak .. cuma merenung nasib.. :D..

Tapi kan ujan2 camnie.. best tak kalau dapat makan ais krim.. emmm best kan... kata orang ais krim nie dapat meredakan sedikit ketegangan.. betul ker?.. kawan2 cuka tak makan eskem (bak kata amir..)

Selasa, 9 Oktober 2012

Payahnya ....

Hush... lama dah tak update blog nie... kesempatan tak der bila anak2 tak berapa sihat... hari nie start duty cam biasa.. terkejar2 kesana dan kemari...


Dulu akak pernah buat statement yang kita nie perempuan apatah lagi yang telah bergelar ibu... sentiasa rasa kuat berdepan dengan pelbagai kerenah anak2... bukan sahaja kerenah anak.. kerenah ayah kepada anak pun sekali :D... Tapi itu lah hakikatnya... kita kuat dalam kelembutan kita.. kita bersemangat dalam kelemahan kita... apatah lagi jika semua pengorbanan kita terbalas.. tentu kita rasa sangat berbaloi... atau sangat dihargai.. sebagai ibu kita hanya mampu berdoa agar.. anak2 kita tidak lupa diri...

Mampukah kita jadi tenang.. setenangnya jika kita di uji dengan pelbagai dugaan yang tidak di sangka2.. ada masa kita jadi takut nak buat keputusan sebab kita takut nak menanggung risikonya .. tapi sebenarnya kita telah pun membuat keputusan... dengan tidak membuat keputusan apa2..

Apalagi bila kita meminta...berdoa agar permintaan kita dikabulkan... kita minta agar diberikan sesuatu sebagai ganjarannya... namun doa dan permintaan kita masih lagi tidak diperkenankan... mampukah kita menerima keadaan itu selamanya.. tentu ada juga rungutan dihati.. tentu ada rasa putus asa terbit... namun sebenarnya... Allah telahpun memberi sesuatu yang lain tanpa kita sendiri sedari... kerana itulah sebenarnya.. kita kena bersyukur... belajar bersyukur ... mencari syukur itu sebenarnya...

Aduhai... payah nya menjadi manusia...
:D

Sabtu, 6 Oktober 2012

Santan....

Kalau dulu2... akak ingat lagi ..atuk akak kait kelapa..pagi2 lagi... pastu atuk akan kopek sabut kelapa tu...bila dah bersih... atuk akan belah kelapa tu.....maka nampaklah isi kelapa yang putih bersih....
Masa akak kecik2 dulu... atuk akan duduk kat satu bangku.. dan start kukur kelapa tu untuk dapatkan isi kelap yang dah siap di sagat... pastu barulah boleh dapatkan santan kelapa tu...
Barulah boleh di buat masak kari ker... masak lemak ker.... masak kurma...atau nak buat bubur... memang payah sangat... sebab tu dulu2....bila dapat makan yang bersantan nie...maknanya waktu tu... cuti ker...atau waktu keluarga ramai bertandang kat umah atuk....macam nakk kenduri atau nak celebrate apa2...macam hari raya... susah nak dapt makan mende2 bersantan..sebab nak daptkan santan...prosesnya sangat panjang....
Tapi sekarang....semua dahh berubah... ada santan segera...tk payah nak gi belakang umah cari kelapa dah... gi jer kedai..boleh beli banyak buat stok...
Kalau nak jaga kesihatan lebih sikit... boleh guna susu sejat.. banyak dah kat pasaran... rasa pun lebih kurang sama jer...
Tapi...kalau mak akak ada...dia lebih prefer santan tradisional dari instant nie.. pada dia rasanya berbeza...
Ituulah kan.... hidup semakin mudah...cuma rajin atau tak jer nak masak... hiihiihihihh....
Korang camner?...yang mana satu pilihan korang?.... ;D

Jumaat, 5 Oktober 2012

Penawar Hati...

from iluvislam

samer cam atas gak

Jangan berputus asa dengan ujian yang Allah beri ... Mari kawan2 kita berbaik sangka dengan NYA...

Khamis, 4 Oktober 2012

Beransur Sihat...

Alhamdulillah....mereka beransur sihat... antibodi Aini masih kuat ..syukur sangat... Ari nie akak EL... sebab 3 anak bujang..tumbang demam..tapi masih nak gi sekolah.... si Tecit Amir jer yang perlu dijaga kat umah... Aini gi... Tadika...

Ibu still maintain gagah..insya Allah demi anak2 tercinta... En. Bos.....TQ sebab sentiasa memberi semangat... ;D



Mereka juga ujian...

Hari ini.. akak di uji lagi... sebagai ibu kita selalu rasa kuat demi anak2 kan...sebagai ibu juga..kita selalu abaikan diri sendiri demi mereka...kita tidak mengharapkan apa yang kita buat dibalas oleh mereka..sebab mereka adalah amanah dari Allah SWT...

Jadi izan....bersyukurlah walau apa pun ujian yang diberi olehNya...(peringatan untuk diriku sendiri..)...

Kerana mereka juga adalah ujian untuk kita.....


Rabu, 3 Oktober 2012

Untuk Malam Ini

Hanya untuk malam ini... esok menu lain pulak... abaikan gambar yang senget benget hasil tangkapan anak dara si Aini...

Lauk mlm nie cuma goreng bercili ikan campur kentang... dan kailan...mehoon tu ... menu pagi td... ingatkan habis ..rupanya ada juga sikit..

Tengok jer tau... malu aiii....lauk tak seberapa.... ;D




Wordless14... Senyumlah...







Selasa, 2 Oktober 2012

Lima Syarat Berbuat Maksiat

 Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:  "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:  "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:



  1. "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."  Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata  "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?  "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.  "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
  2. Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!  Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.  Ibrahim kembali berkata kepadanya:  "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"  "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 
  3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"  Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:  "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"  "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 
  4. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.  Ibrahim melanjutkan:  "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"  Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:  "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"  "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" 
  5. "Baiklah, apa syarat yang kelima?"  Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."  Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:  "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

 Petikan dari sumber "ILUVISLAM"

Isnin, 1 Oktober 2012

Mungkinkah Benar...



Segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT... mampukah kita untuk menidakkannya...
Allah Hu Akbar...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...