Jom Follow sayer.....:)

Sabtu, 28 April 2012

Di bawah Lindungan Kaabah..

Salam kawan2...

Panjang umur kita jumpa lagi di alam maya ini... hari ni akak nak share satu cerita yang lama dah akak nak tengok baru hari nie akak dapat kesempatan dapat tengok...


salah satu babak yang meruntun perasaan
Cerita asal dari buku ini...
Waahhh... cerita nie memang sadis laa...tapi ini pendapat peribadi akak ekkk... mungkin kengkawan yang lain tak rasa cam nie kot... ia mengisahkan sepasang insan yang ada rasa cinta tetapi masih berpegang teguh dengan ajaran islam.. cuma di awal waktu muda nyer mereka berdua bersahabat baik kerana si lelaki itu telah di ambil oleh keluarga si perempuan sebagai anak angkat... namun kerana si lelaki itu bukan golongan orang berada.. dia tidah disenaraikan sebagai salah seorang calon suami kepada si dara...

Mereka menjaga cinta mereka dari maksiat dan dosa dunia... tetapi apabila terjadi satu insiden yang tak terduga.... mereka terpaksa berpisah...walaupun cinta mereka kuat... cinta mereka kepada Allah mengatasi segalanya... sehinggalah akhirnya... walaupun begitu mereka mempunyai satu impian yang satu.. ingin ke Mekah...tak bestlah kan nak citer sumer... kalu ada can korang tengoklah citer nie.. memang best... akak kasik 4.5 bintang...





Jumaat, 27 April 2012

Berniaga Hingga ke Syurga..

Menarikkan tajuk tu.. mesti ramai kengkawan yang sedang menjalankan perniagaan, nak jadi camni... semalam ada forum perdana dengan tajuk di atas... akak pun join dengar...harap2 dengan menghadiri majlis2 ilmu camni dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta.. Ya Rabb..

Oklah semalam memang best.. panelist yang di undang menepati citarasa para pendengar.. Datuk Zawawi Yusoh, Ust Haslin dan moderatornyer Ust. Fauzi.. mereka semua berniaga dengan perniagaan masing... 

Banyak yang dapat kita kutip dari forum ini.. salah satu yang akak nak kongsi kat sini.... Modal yang paling utama untuk kita berjaya dalam perniagaan ini adalah Iman... dengan Iman inilah akan timbulnya Amanah... betulkan.. dengan Iman yang betul... akan menyebabkan kita membetulkan mana yang salah.. menjauhkan yang dosa..mendekatkan diri dengan pahala.. dan semua ini membawa kita ke satu matlamat..iaitu Syurga Allah... indah sungguh... Tapi ramaikah kita yang begini.. rasanya mesti nak untung lebih dan sanggup buat apa sahaja agar matlamat UNTUNG itu tercapai... emmm kena muhasabah diri nampaknya...

Lagi satu... niat berniaga pun kena betul... niat untuk membangunkan ummah... membangunkan ekonomi islam.. ekonomi keluarga... dan supaya kita tergolong di dalam golongan yang memberi... Zakat dan Fitrah... rupa2nya KAYA ini adalah Wajib di cari... tetapi tidaklah membabi buta.. semuanya melalui landasan yang di rahmati Allah...kerana Memberi itu adalah lebih baik dari Menerima... kan Memberi itu salah satu sifat Allah...

Banyak lagi yang akak nak kongsi kat sini.. tapi cukuplah setkat ini dulu... sebab yang sedikit tapi ingat lebih baik ... dari banyak tapi tak ingat...

Yang paling menyentuh hati akak bila Ustaz Haslin memberi statement ini...

"Biar hidup ini disayangi... bila ada disukai...bila tiada di rindui...bila mati di tangisi...
Jangan hidup ini dibenci...bila ada dijauhi....bila tiada disukai.... bila mati disyukuri......"

oleh itu kawan2.. sama2lah kita muhasabah diri...


Rabu, 25 April 2012

100 Wira Negara...




 
Semalam.. ada sambutan Perlancaran Buku 100 Wira Negara kat tempat kerja akak.. semua staff dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut.. dan di Rasmikan oleh YB Datuk Zahid Hamidi...

Waahh teringin akak nak beli bukunya.. tp sayang tak bawak duit yang mencukupi.. akhirnya tengok jer laa... 

Memang menarik bukunya... menceritakan kehebatan wira2 negara kita seperti mantan 5 Perdana Menteri Malaysia...Datuk Lee Chong Wei.... Datuk Bahaman... Dol Said... Leftenan Adnan... Tuk Janggut.. Mat Kilau... dan ramai lagi.. memang rasa nak tahu sgt sejarah mereka2 ni.. Tadi harga diskaun.. kalu kat luar.. mahal lah skit...

Tu la kan kalau jadi wira nie.. siap dibukukan kehebatan mereka.. agak2nya boleh tak kita jadi cam mereka.. emmm..... akak rasa cukuplah kita jadi wira untuk diri kita sendiri dulu.. menentangkan kburukan yg selalu bersma kita.. itu pun perlukan kehebatan kan ?....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 23 April 2012

Kalau dah Hitam tu Hitam jugak laaa...

Salam kengkawan...

Haa.. tu laa.. kalau dah hitam tu tak yah lah nak tukar jadi putih... dah tentu tak boleh punya... tu kan dan ketentuan Allah S.W.T.. Hitam pun ade baiknya... putih pun ada baiknya... masing2 ada kebaikannya.. ini habihkan ribuan ringgit nak putihkan kulit.. tak ker membazir ... duit tu baik di sedekahkan ker.. tolong orang susah... dan macam2 lagi perkara berfaedah...

Naper yer akak wat statement camnie.... bukan apa manusia zaman sekarang nie tak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah... kalu boleh di tukar 100%.. confirm dia tukar punya... tengok gambar bawah nie...






 Tengok.. diorang tukar rupa diorang... kadang tengok.. wajah sebelum lagi comel dari selepas pertukaran kan... tapi sekrang orang kita pun dah start tukar2 wajah nie.. nak tambah cantik... tapibak kata dioranglaa.. wajah adalah aset .. jadi diorang perlu jaga penampilan untuk kerja dan suami tercinta...



Kita camner pulak... teringin tak nak tukar rupa dan wajah nie.. dari hitam nak jadi putih... dari bulat nak jadi bujur sireh... memang cantik.. tapi tidakkah menukar pemberian Allah itu seolah2 kita tidak bersyukur... dan bukankah kecantikan seorang wanita itu khas buat suaminya sahaja.. emmm... fikir2kanlah...Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Nya.. Amiinnnn...


Sabtu, 21 April 2012

Dadah Terbaru.. Amaran Buat IbuBapa..

Akak terima email dari salah seorang kawan yang juga ada anak2.  Ini adalah dadah terbaru yang di kenali sebagai "Strawberry Quick".  Ini amat menakutkan dan ianya tersebar di sekolah2 dan kita semua perlu tahu agar kita tidak tertipu dan terleka kerana  terlepas pandang.. Mungkin juga ini adalah cara terbaru agar dapat memperdayakan anak2 kita.  Memang menakutkan situasi ini.


Ia kelihatan seperti gula2 atau candy yang terjual di luar pagar sekolah anak2 kita.  Baunya seperti bau strawberry dan ada macam2 perasa seperti perasa coklat, peanut butter, cola, cherry, anggur dan orange.  Jadi sebagai ibu bapa kita perlu tahu tentang perkembangan ini dan kena beri peringatan kepada anak2 kita supaya tidak menerima gula2 atau candy daripada orang2 yang tidak dikenali atau kawan2 kerana mereka mungkin ingat ianya hanyalah gula2 biasa.

Sebarkan maklumat ini dengan harapan kita dapat mengelak daripada apa2 tragedi berlaku.  Selamat anak2 kita dan semua..

Laporkan sekiranya perlu...


Khamis, 19 April 2012

Jutawan Fakir....

Salam kawan2...

Semalam akak sempat tengok cerita Jutawan Fakir lakonan Apek dan Bob Kuman..padahal cerita tu tak berapa puluh kali dah tengok ngn anak2.. sampai dah hafal dah cerita tu camner... tapi masih ader hati lagi nak tengok.. :).. walaupun cerita tu tak box opis...:)

 Rasa2nya ada tak orang yang macam si Fakir tu.. baik hati walaupun sengal...macam2 boleh kita dapat dengan cerita itu.. nasib manusia nie tak der saper yang tahu... samada baik atau buruk.. walaupun keseronokan itu diberi hanya dalam mimpi... namun Fakir dah nampak akibatnya dan akhirnya membuat keputusan yang betul... menyerahkan kembali wang RM1 juta tu kepada empunya bank...nak tanya nie.. kalau lah kita di tempat Fakir tu.. jumpa wang sebanyak itu.. nak tak kita pulangkan semula... emmmm ?!?!?!?!
 
Sebenarnya banyak persoalan boleh kita tanya dalam cerita ini.. namun ia hanya sebuah cerita untuk menghiburkan... dan nak beritahu semua orang.. Berbuat baik di balas baik...   sebab ramai jer orang yang bila kita buat baik... orang akan ambil kesempatan.. tapi kita janganlah begitu... biar orang yang buat tapi bukan kita.....

Kita... buat yang terbaik... Insya Allah akan dapat yang terbaik juga,,, Amiiinnnn


Selasa, 17 April 2012

Dan Yang Sebenarnya...

Salam ...

Yang sebenarnya hidup ini indah.. setiap hari jika kita lalui dengan keseronokan dan keindahan... malahan sekiranya hari itu penuh dengan dengan dugaan dan rintangan.. ia akan jadi kenangan yang indah juga.. setelah kita meninggalkan hari itu ia akan menjadi satu memori yang bakal kita kenang dengan senyuman...

Yang sebenarnya.. kita tidak perlu terlalu memikirkan sesuatu perkara atau masalah itu dengan terlalu serius.. sehinggakan kita jadi stress dan celaru.. kerana kita perlu yakin dengan apa yang di beri oleh Allah S.W.T ada sebabnya.. samada ianya adalah anugerah untuk kita atau ianya satu peringatan untuk kita... Andainya ia satu anugerah.. bersyukurlah kita... tetapi jika ianya satu peringatan.. cepat2lah kita muhasabah diri.. mencari yang salah dan cuba perbaiki.. bukankah kita ini manusia.. yang selalu lupa dan lalai...selalulah kita beristigfar...

Arah tujuan yang satu.....

Yang sebenarnya.. kita mesti menghargai apa yang ada dihadapan kita.. setiap detik dan saat itu tidak akan berulang kembali... samada kita suka atau tidak... Dan kita perlu tahu yang dihadapan kita itu hanyalah pinjaman untuk kita dan billa2 masa sahaja yang empunya boleh mengambil semula milikNya.. dan ketika itu janganlah kita terlalu meratap kerana itu semua milikNya... kita juga milikNya.. terima lah dengan hati yang ikhlas dan terbuka... dan supaya kita semakin hampir dengan Nya dan mendapat syurgaNya...

Dan yang sebenarnya.. mudah segalanya untuk diperkatakan .. tetapi untuk melakukannya bukanlah semudah yang disangka... Namun manusia itu boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik... pilihan itu berada di tangan kita.. Jadi marilah kita pilih yang mana yang lebih baik dan yang paling penting .. Misi nya adalah menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T....


Ahad, 15 April 2012

Petua Masuk Rumah Baru...

Salam blogger semua..

kat sini akak nak kongsi skit... cara2 bila kita nak masuk umah baru atau ke tempat yang kita baru first time nak masuk... 
 
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

 2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."  

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)  

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.  

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

semoga kita semua mendapat iktibar darinya.. :)

 

Khamis, 12 April 2012

Buat Pertama Kalinya

Salam kengkawan...

Sungguh .. inilah pertama kali selama hampir 40 tahun hidup.. akak merasa gegaran gempa bumi yang agak kuat sehingga meja dan tiang lampu bergoyang... pengalaman ini akak kongsi bersama anak akak Amin.. Pada mulanya akak ingatkan ..kepala akak yang pusing.. tapi lain macam jer... takkanlah meja makan pun boleh affect sekali.. akak pun tanya kat anak akak.. kot dia ada rasa macam goyang .. dia pun mengiyakan... memang ada gegaran..... kami ke luar rumah dan tengok tiang elektrik kat ngn umah bergoyang.. kejadian itu berterusan hampir 2 minit.. fuhhh memang menakutkan... akak terus buat agakkan.. mesti ada gempa bumi berlaku sekitar Malaysia nie.. dalam jangka masa 1 jam lepas tu.. (kat Awani)... ada berita yang mengatakan.. KEJADIAN GEMPA BUMI TELAH MELANDA ACHEH DENGAN KEKUATAN 8.9 SKALA RICTHER...

Allah hu Akbar... Allah Maha Besar... Dia nak beri rasa itu pada kami.. dan ramai lagi diluar sana... itupun dah rasa panik dan takut... inikan pulak mereka2 yang kat Acheh itu sendiri.. besar dugaan Allah pada mereka... dan kita kat Malaysia nie.. tak sedar2 diri jugak.. masih tak bersyukur dengan kurniaan Allah pada kita.. masih ada rasa tak puas hati dalam melayari hidup yang sudah cukup ini.. bila Allah uji kita cuma sedikit .. kita sudah menggelabah dan kalut.. seolah2.. harapan untuk hidup dan tak ada... mencari bantuan sana sini.. sedangkan yang memberi dugaan itu adalah Allah..dan bukankah sepatut nya kita meminta bantuan dariNya jua...

Aduhai.. insan... bangunlah dan muhasabah diri


Ahad, 8 April 2012

Memang Kreatiflaa....

Salam blogger semua..

Meh kita jenguk nie...


Kalaulah kita ada kelebihan sehebat ini.. :)

Rabu, 4 April 2012

April Bulan Yang Sebuk...

Salam kengkawan blogger semua...

Maaflah sebab tak sempat nak menjengah blog kengkawan kerana kesbukan dtempat kerja... hari ni dan esok kami ada Special program utk pelajar2 luar malaysia.. jadi tugas yang dberikan kepada kami semua agak mencabar.. buat promotion kepada pelajar2 ini untuk menghadiri program ini... tergeliatlah jugak lidah ni speaking london... ihiihihi...

Jadi untuk BW segmen yang akak join tu terpaksalah dilewatkan sedikit atas tuntutan kerja.. balik umah dan terasa sangat kepenatan.. jadi apalagi.. waktu ketiduran oun sampailaahhhh....zzzzzzzzz

pasni pulak ada program explorace untuk pelajar yang menjadi kumpulan sokongan kami... mereka yang akan dilatih dengan kemahiran2 tertentu mengikut minat dan cenderung mereka... jadi explorace ini untuk mengenalkan mereka dgn kawan2 mereka yg lain.. harap misi terlaksana ;-)

oklah misi zzzzzzzz..... dah tiba ni... sngat mengantuk dan penat...jumpa lagi ekkk... tunggu kedatangan akak ke blog korang tak lama lagi... byer  

ikhlas - kak izan....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 3 April 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING






Segmen nie pulak.. yang Mr. Naz nye segmen dah join.. sekarang time Br. E'Raz Fadli pulak.. dah tentu akak nak join kan...  Sebab ni segmen yang ringkas je, so saya hanya bukak sehingga 03 April 2012 - 11.30 malam ni je..meh ler ramai kita join Klik Kat cNIE.

Kepada kawan2 yang sudi jengah blog akak nie.. bolehlah follow skali... biar ramai kawan kan jangan ramai musuh...Pada kawan2 baru.. selamat berkenalan... :)



Hospital Selayang Lagi

Aduhai.. no giliran mak 6109... kami sampai dalam kul 830 am.. jumpa dr dah 3 kali.. tapi masih tak settle lagi.. aduhai letih akak nie.. apath lagi mak.. sorong sana sini... nak wat surgery mata kat spital swasta anak2 lum cukup mampu lagi.. tak pee mak.. along wat apee sajee untuk luangkan masa tuk mak ... kita tunggu jer laa...

Mak kena operate on 15 June 2012.. jadi kepada adik2 ku jangan lupa tarikh tu .. n buatlah persiapan yang sepatutnya... :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 2 April 2012

SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING










nak join kaaa...sila klik nie.. "SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING"
atau klik banner kat atas tuu...

Akak nie tak popular.. tapi nak gak join...manalah tahu kot ader rejeki carik kawan ramai2.. :)

Saper yang sudi jengah blog akak nie boleh lah follow skali ekkk... :)










Ahad, 1 April 2012

Orang Terkaya di Malaysia

Tengok kat atas tu... senarai orang2 yang terkaya kat Malaysia.. akak terima kat email akak.. hebat kan diorang tu.. tapi orang kita melayu ada seorang jer... Alhamdulillah.. semoga dia bertambah kaya dan dapat menyumbang ke arah kebaikan...

Amacam kawan2... agak2nya lah .. kita nie boleh ker tergolong kat senarai kat atas tu... kalau akak laa.. dalam mimpi jer laaa.... hahahahahaha (ketawa besar cam orang kaya)....

Akak sendiri cukuplah kaya dengan kasih sayang....

"Bersyukurlah dengan apa yang ada.. "


Macam Bagus Sangat...

Salam kengkawan...

Kadang2 tak faham dengan manusia yang rasa diri tu bagus sangat... Pantang dipuji.. mulalah tak ingat diri.. kembang semacam... air muka terus berubah... senyum kebanggaan.. lansung tak ada kerendahan hati di wajahnya.. kau dengki ker izan?.. Dengki... tak langsung.. malahan mengaku pun diri tak sehebat dia.. memang dia expertlaa.. tapi rasanya apalah salahnya rendahkan hati dan bersama2 dengan orang lain yang tak tidak sehebat anda...
 

Naperlak tetiba hari2 ahad nie.. nak terasa hati cik izan oiiii....  Bukan apa akak ada rasa pelik ngn orang2 camnie... akak gi pasar pagi tadi.. terjumpalah ngn ramai manusia.. almaklumlah pasar kan. Ada sorang makcik nie.. pepagi lagi dah bising kat Pasar Ikan.. orang sebuk tengah pilih2 ikan... dia sebuk tolong bagi nama ikan2 yang ada... (akak memang lah tak expert bab2 ikan nie..ikan2 biasa akak tahulah.. cam cencaru, merah, bawal, kembung...).. cara makcik nie cakap seolah2 orang keliling dia tak tahu pasal ikan nie.. bila tauke tu puji dia.. punyalah kembang.. siap cerita pasak history hidup dia dulu.. dengan nada masuk bakul...(korang agak2 sendirilah)... Aduih spoil betul mod akak pepagi nie.. cepat2 pilih ikan dan mengundur diri....

Itu jer nak citer pagi nie.. nak continue... kerje sat nanti petang2 ker akak report lagi ekkk...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang