Isnin, 10 Disember 2012

Peringatan Penting Pada Semua Wanita...

 Tanda-tanda kanser payu dara adalah seperti berikut:
  1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
  2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.
  3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.
  4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.
ini adalah susulan daripada kempen mencegah kanser payu dara yang telah di lancarkan baru2 ini di taman kami.. juz to share.. :D.. untuk kita berhati2 dan bersedia...

3 ulasan:

  1. Semoga dijauhkan dpd penyakit itukan izan...

    BalasPadam
  2. Yupp berdoa agar dihindari dpd penyaki berbahaya mvm ni, risau je tengok mcm2 penyakit menyeramkan ada sekarang ni..
    Sekarang tengah peningdengan anak.. sama ada operate lagi atau buang?!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakizan...menarik info ini semoga dijauhkan penyakit yg digeruni ini...:)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...