Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang
dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga
daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya, dengan
tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur
begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Mintalah padaNya bersungguh-sungguh... |
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk
menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat ,
dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali
nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku
sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran
tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur, Allah
tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang
bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya
sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci, berdendam dan sangat kecewa.Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana
baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang
selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya
ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun
hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa
yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan
segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah.
Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun, kerana mereka tahu ujian
itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita
melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."
Iblis tetap tidak putus asa lalu, dia berjumpa dengan isteri Nabi
Ayub a.s yang setia kepada suaminya, mengurus dan menjaga diri Nabi
Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.
Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s.
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan
mengazab mu! Dulu kita senang, kita dikellingi dengan anak-anak yang
soleh, kita dikurniakan kesenangan harta benda, kita dipandang tinggi
oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami
ku, agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."
Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang
telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga
menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya,
berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang
lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"
" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.
Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"
"7 tahun." jawab Rahmah.
Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.
"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku
daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang
telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak
sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."
"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."
"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh
Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai
hukuman.."
Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan
minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku
tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal
kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi. Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..
" Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."
Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.
"Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami
lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya
kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat
dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah
Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan
kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda
dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi
Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin
menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika
kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Mampukah kita menjadi sesabar dan setabah nabi Ayub kawan2... marilah sama2 kita renungkan...
cuba juga belajar bersabar N redha menerima ujian. Mg x mudah kan
BalasPadamAllahu Akbar.... Betapa kuatnya Iman Nabi Ayub...
BalasPadamdugaan utk N. Ayub mmg hebat.. klu sy mst tak sekuat itu..
BalasPadamsy mmg tak sekuat dan setabah itu.. masih sedang belajar utk menjadi org yg tabah..
BalasPadamyupp
BalasPadamkalau kita diuji dengan ujian yang x seberapa pun dah mengeluh, padahal nikmat yg diberikannya melimpah ruah ..
hmmm ujian yg kita hadapi tidaklah sehebat itu..tapi.... terkadang... moon mengeluh jugak..
BalasPadambetapa tingginya sifat kesabaran nabi ayub....
kisah nabi Ayub ni juga y memberi motivasi utk lya bangkit suatu masa dulu
BalasPadam