Jumaat, 9 November 2012

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara....

Layak ker akak nak cerita pasal tajuk kat atas tu kan... emmm... memang tak laa... tapi rasanya jika memberi pandangan peribadi ok kot.... terpulanglah kat kawan2 yang lain samada nak terima atau tak pandangan akak nie...

Kenapalak tetiba nak cerita pasal matlamat2 nie kan.. bukan apa akhir2 nie.. selalu terlupa yang kadang2 dalam kita terlalu ghairah nak dapat kan sesuatu atau pun nak memenuhi permintaan orang lain .. kita korbankan kepercayaan kita.. atau kita korbankan prinsip kita.  

Contoh yang paling senang... ada orang jumpa kita dan express masalah hidup dia pada kita.. dia mengadu yang dia tak der tempat nak mengadu... kita lah sorang manusia yang sanggup bantu dia.. dan yang paling penting dia adalah opposite sex dari kita.. kalau kita perempuan .. yang mohon bantuan tu lelaki... kita dengar rintihan hati nya... kita fahami masalahnya.. cerita pasal rumahtangga... pasal isterinya.. pasal anak2nya... Akhirnya kita simpati.. empati ... dan cuba memberi solusi kepada dia.. Dia dengar... dia mula rasa senang dengan kita ... dia mula rasa selesa dengan kita... dan di hatinya sudah mula ada ruang untuk kita...

Kita pula sebagai perempuan.. bila lelaki itu share masalahnya.. kita pun start pulak share rahsia kita pada dia... Akhirnya kononnya.. kita dan dia rasa sangat serasi.. sangat memahami.. dan paling hebat ... KITA SERUPA... masalah dia dan kita kononnya serupa.. Aku memahami kamu Dan Kamu memahami Aku...
Akhirnya dari simpati...empati.. kasihan... bertukar menjadi.... Kasih...Sayang...Cinta...tapi Cinta yang Terlarang... 

Matlamat yang pada mulanya.. hanya ingin membantu....akhirnya menjadi DOSA yang AMAT BESAR... Aduhai... kejadian ini bukan sedikit tetapi dah banyak sangat berlaku... Keterlanjuran yang tidak sepatutnya berlaku.. 

Macamana nak elak yer....?... emmmm....

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Sebenarnya, kita kena cuba untuk tidak mengadakan ruang langsung untuk mereka2 yang berlainan jenis dengan kita untuk berkongsi masalah2 mereka dengan kita... jika mereka ada masalah jumpalah dengan yang pakar... contohnya seperti Kaunselor... Ustaz2 yang bertauliah... tapi bukan kita yang tidak ada kemahiran... kerena dikhuatiri nanti.. kita akan dimainkan oleh emosi kita sendiri... terbawa2 dan akhirnya menjerumuskan kita ke jalan yang salah.. Syaitan sangat bijak memanipulasi fikiran kita... itulah yang terjadi Matlamat tidak Menghalalkan Cara kita... takut kita tersalah langkah...

Sebenarnya ada banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan tajuk kat atas tu... Tapi akak berminat nak share tentang contoh yang sangat hampir dengan kita... Oklah kawan2 itu jer.. Korang setuju tak?... :D

4 ulasan:

  1. No Komen.....kang tersalah cakap lain pulak jadinya....

    BalasPadam
  2. setuju.. sbb kes ni dh byk sgt jd..

    BalasPadam
  3. gd ne3 ni, tp x leh nk komen lebih2

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakizan...susah nak ckp memang byk masalahnya...:)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...