Khamis, 30 Ogos 2012

Peringatan1...

Kelalaian di dunia hanya akan membawa kebinasaan yang amat dasyat kelak tanpa mendapat bantuan dan syafaat daripada sesiapa pun...

Antara seksaan API NERAKA yang MAHA DAHSYAT... buat peringatan kita semua...

"ADA YANG MEMBUNUH DIRI SENDIRI.....di dalam kalangan ahli neraka, ada di antara mereka yang membunuh diri mereka sendiri. Hal ini berlaku kerana mereka sanggup membunuh diri sendiri ketika hidup di dunia.  Membunuh diri sendiri adalah perkara yang dilaknat Allah dan balasannya adalah mengalami kesakitan yang amat dahsyat serta dihumban ke dalam neraka, semasa berada di dalam neraka, membunuh diri sendiri adalah seksaan yang akan dilakukan dengan berulang kali dan mereka kekal di dalamnya.  Mereka akan terus merasa kesakitan dan keperitan yang berulangkali tanpa belas kasihan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan besi ketika di dunia, maka besi itu akan membunuh dirinya di Neraka Jahanam di mana ia kekal di dalamnya.  Barang siapa yang meminum racun (dengan maksud membunuh diri) ketika di dunia, maka ia akan merasakan hal yang sama di Neraka Jahanam yang ia kekal di dalamnya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung (atau bangunan dengan maksud membunuh diri) maka ia akan dijatuhkan di Neraka Jahanam yang ia kekal di dalamnya."

Jadi kawan2.. sebesar manapun masalah yang kita hadapi .. janganlah kita membuat keputusan yang bakal membinasakan hidup kita di dunia dan akhirat..Na'uzubillah...

Petikan dari Majalah anis...


5 ulasan:

  1. Semoga kita sentiasa diberikan nur dan hidayah dari Allah...

    BalasPadam
  2. memang menakutkan..! terima kasih kak izan mengingatkan kadang2 untuk saya yang alpa ni..

    BalasPadam
  3. mmg takuttt kalau ingt tentang siksaan2 yang akan di hadapi :))

    BalasPadam
  4. salam sejahtera

    Tkasih atas ingatan. Moga kita sama2 saling ingat mengingat dan buat yg di redhai Allah.

    Ooo status tu berubah2..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...