Selasa, 28 Ogos 2012

5 Amalan Ketika Berziarah...

Masa akak membaca majalah anis keluaran terbaru.. akak berminat nak kongsi ngn kawan2 pasal adab2 yang dituntut ketika kita menziarah kerumah sesiapapun.. Al maklumlah kan raya2 nie.. sudah pasti kita akan ziarah menziarahi kan.. 

"Para sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW kerana menjaga adab dengan Nabi"

"Firman Allah SWT :"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. " 
(An-Nur 24:27)

Oleh itu, antara adab yang dianjurkan ketika kita berziarah ialah
  • Mengetuk pintu rumah tiga kali dengan sederhana. Boleh ditambah sekiranya yakin bahawa tuan rumah tidak mendengar ketukan tadi. (Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan, "jika seseorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang." - riwayat Abu Dawud)
  • Menyatakan nama sebenar.  Nabi SAW sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya dengan "aku".  Jabir r.a pernah datang ke rumah Nabi SAW untuk menjelaskan hutang ayahnya. Dia mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, "Siapa kamu?" katanya "Aku".  Kata Nabi, "Aku!, Aku!" seolah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
  • Tidak berada di muka pintu.  Hendaklah berada di sebelah kiri atau kanan pintu. Tujuannya agar kita tidak terus melihat ke dalam rumah yang terbuka sehingga ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
  • Memberi Isyarat ketika memasuki rumah sendiri.  Ini adalah amalan para Sahabat seperti Abdullah ibnu Mas'ud.  Isterinya mengatakan bahawa jikalau Ibnu Mas'ud ingin memasuki ke dalam rumah, beliau akan berhenti di depan pintu dan berdehem-dehem sebelum masuk.
  • Tidak sedih jika kunjugan tidak diterima.  Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka.  Boleh jadi tuan rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna.

Hayati kata2 seorang Tabiin iaitu Qatadah bin Di'amah as-Sadusi, "Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan, Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama."

"Sekiranya dikatakan kepada kamu 'pulang', maka pulanglah.  Sesungguhnya itu adalah terlebih baik bagimu." (An-Nur 24:28)

petikan dari Majalah Anis


4 ulasan:

  1. terima kasih share. berguna sangat utk panduan kita kan. :D

    BalasPadam
  2. bgusnye info akk.. bru sy tau sume tu hehe

    BalasPadam
  3. tq berkongsi kdg2 kita terlupa adab2 berziarah ni

    BalasPadam
  4. Kalau ziarah blog pulak? he...he... terjah aje ek....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...