Selasa, 3 Julai 2012

Kau Masih Sayang Kat Dia?....

Salam kawan2...

Aduhai.. baru2 ini.. akak ada dengar dari kawan sekolah masa di ITM dulu.. kami tak lah rapat sangat .. tapi nak di takdirkan kami di pertemukan dalam satu majlis kahwin saudara sebelah Encik Bos.. rupa2nya ada bau2 bacang dengan kami... hihihi.. kecikkan dunia nie..

Oleh kerana lama tak jumpa.. kami pun berceritalah serba sedikit tentang keluarga masing2.. Akak tengok dia asyik memerhati Encik Bos dari jauh.. serius akak tak jeles tau.. cuma akak pelik jer.. sebab somi dia ada dekat2 situ jugak...tiba2 dia bersuara  "Untung kau...dapat suami cam tu.."..akak pelik lagi.. tapi akak jawablah "Alhamdulillah..."..

Akak pun puji jugaklah somi dia... sebab akak tengok sangat baik melayan kerenah anak2 nya yang masih kecil... dia senyum jer.. tetiba dia tarik tangan akak dan bawak akak ke dalam rumah... kami duduk dan dia tunjuk kat akak ssuatu yang akak serius terperanjat... kenapa jadi camni?.. biar betul....

Tetiba jugak dia nangis.. cepat2 dia kesat airmata supaya somi nya tak nampak...rupa2nya di mangsa dera sominya.. dah 2 kali diceraikan...dia tunjuk tangan dan bahagian kakinya yang lebam2.. malahan dia sebalik tudungnya juga ada kesan2 lama yang masih ada... masya Allah.. kasihan perempuan nie...


Dia luahkan yang dia terpaksa terima sominya semula sebab sominya janji nak berubah.. tapi masih sama.. ikut mood dia .. kalau baik.. baiklah kesudahahannya.. tapi kalau tidak.. habislah dia dikerjakan oleh sominya... sampai dia cakap kali nie kalau cerai dia besyukur sebab tak leh nak rujuk balik... Akak tanya dia.. Kau masih sayang ker kat dia?.. dia diam seribu bahasa...

Aduhai perempuan.. sabarnya kau.. dan akak.. tak tahu nak cakap apa.. nak nasihat salah... nak bantu pun tak pandai... cuma akak kata cubalah dapat kan bantuan dari Talian Nur... dia diam juga...betul kata orang.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...cuma dia sahaja yang memahami keadaan dia sendiri.. Akak kata kat dia... kalau dia perlukan bantuan.. boleh hubungi akak..

Tapi hingga hari ini.. khabar berita dari dia pun akak tak dapat.. nombor yang dia bagi pun bila di dail.. tiada dalam perkhidmatan...Jadi akak cuma boleh doakan agar dia selamat.. dan di lindungi olehNya...

Wahai perempuan.. hanya kau yang tahu isi hatimu sendiri... kadangkala tindakan dan perbuatan pun tak dapat di jelaskan dengan rasional...sebab perempuan ini penuh dengan kasih sayang, ehsan dan emosi.. jadi dirimu tak dapat di jangkakan...


4 ulasan:

  1. assalamualaikum Izan...masya Allah kesian nyer perempuan ni mcm manalah dpt suami yg begini...;)

    BalasPadam
  2. soo true... sayang tu terlalu besar skopnya bg seorang perempuan, terutamanya isteri, lebih2 lg bila dah jd seorang ibu.. Sy doakan kwn akk tu gak.. sama2 lah kite yer.. tacing lak i! TT__TT

    BalasPadam
  3. maszull - tu laa dah nasib dia ..

    BalasPadam
  4. tbpc - samer2 lah kita doakan dia..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...