Isnin, 16 Julai 2012

Jom Latih Anak2 Berpuasa...

Haa dah start dah..tak lama lagi dah bulan posa. Apalagi bermula cabaran baru.. nak melatih anak berpuasa.. untuk akak .. Aini akan start posa tahun ini.. sebelum nie Aiman dan Amin... senang jer... diorang ikut jer.. tak merungut.. Aiman start posa masa umur dia 6 tahun.. Amin lak 5 tahun.. sebab dah ada abang kan.. dia ikutlah abang nyer posa.. Aiman start posa.. 28 hari cukup berposa.. n Amin lak.. cukup 29 hari posa.. yang kantoi tu cuma hari pertama jer.. Tak tahu pulak kali ini.. mendidik anak pompuan posa..apa pula cabarannya kali ini.

Dah jadi tugas ibu bapakan . Latihan berpuasa perlu dimulai sejak kecil lagi. Latihan ini hanya sebulan dalam setahun. Oleh itu, setiap kali Ramadan, latihan berpuasa untuk anak amat penting dan setahun demi setahun usia semakin meningkat yang mana tiba masanya mereka wajib berpuasa apabila baligh.

Mengikut buku yang akak baca kita boleh melatih anak2 berpuasa sejak usia empat atau lima tahun. Pada usia itu, kanak-kanak sudah boleh diberitahu agar menghormati orang berpuasa dengan tidak makan di depan orang berpuasa. Akak beritahu anak-anak, Allah benci orang yang tidak berpuasa makan depan orang berpuasa.

Sahur adalah kemestian pada family akak.  Pada kami, berpuasa perlu bersahur pada awal pagi dan kemudian tidak makan sepanjang hari. Manakala makan semula pada waktu berbuka setelah mendengar azan Maghrib.

Ada orang kata tak perlah anak kecik lagi... tapi akak dulu kocik2 lagi dah kena posa.. sebab kalu tak posa pun bukan dapat makan pon.. hihihihi.. oklah pada ibu2 sekalian .. selamat menghadapi satu lagi cabaran baru untuk melatih anak2 posa..Oooo lagi satu... akak beritahu anak2 Allah melihat apa2 pun yang kamu buat.. hihihih.. betulkan... sekurang2nya.. dengan harapan diorang taklah minum air paip masa ambil wuduk.. kan kan kan... hihihihi (Cam penah wat jer.. hhuhuhu)



8 ulasan:

  1. sy dulu kena pakse puasa.. sebabkn xlrt, curi² mkn kt toilet.. erghhh

    BalasPadam
  2. Mizz Tina : Normal laa tu.. :)

    BalasPadam
  3. Hihi, InsyaAllah nnt nak pratikkan kt Haikal. Saya pun mesti sahur. Puasa ganti ke sunat ke wajib ke mesti kena sahur. Dah biasa kan, lagi pun kan sunnah Rasulullah. :)

    BalasPadam
  4. bagus sgat2 , ingat KA dulu ponw tadika dah pose penuh walau cam nak pengsan masa tu hehehe

    BalasPadam
  5. wardah : cuber jangan tak cuba

    KA : tu la kan... masa berlalu cukup pantas...

    BalasPadam
  6. time posa tu, air paip tu sedap tau :)

    hihihi

    BalasPadam
  7. betul tu kak izan.. dari kecik la kita nak ajar kan.. meskipun kita kene janji dengan diorg nak kasik upah ke... sy kecik2 pon puasa dah.. tapi bila dah tak larat tu curi2 minum air haha.. suka sangat marah jam yang lambat.. mak suruh bukak pose taknak plak tapi asyik marah kan jam haha

    BalasPadam
  8. MA : memang sodap..

    BERT : hahahaha.. jam jadi mangsa.. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...