Khamis, 5 Julai 2012

Jom Ber Urut....



Semalam dapat kesempatan berurut satu badan.. Fuuuuhhh.. sakit beb.. tapi lepas berurut tu rasa lega sangat.  Badan rasa ringan (wpun realiti nyer berat.... ihihihi).. Angin toksah cakaplah.. asik sedawa jer.. tapi memang rasa hilang sedikit stress...

Sekarang kalau nak berurut.. kena cari orang yang pandai .. dulu masa kat kampung senang jer nak jumpa.. tapi kat tengah bandar nie..kena tanya sana sini...Kat bawah nie akak share sedikit infor pada orang2 yang teringin nak berurut.. jangan tak percaya sebab ada jugak orang yang tak pernah berurut seumur hidup dia...nasihat akak.. cubalah.. mesti best punya... :)

Mengikut kata tukang urut tu, orang yang hendak berurut tidak boleh dalam keadaan kenyang kerana makanan ambil masa lama untuk hadam.  Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam Mengapa kita perlu berurut? Setiap orang mempunyai tanggapan masing-masing. Ada yang kerana ingin menghilangkan keletihan dan ada yang mahu merawat penyakit.

Kesegaran yang dirasai selepas tubuh diurut menyebabkannya cukup popular serta menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat negara ini dan seluruh dunia. Urut adalah amalan menggunakan tekanan terhadap tisu lembut tubuh seperti otot, ligamen dan sendi yang boleh mendatangkan kesan positif kepada tubuh. Ia boleh dilakukan pada bahagian tertentu atau seluruh tubuh. Kebaikan Berurut boleh dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fizikal dan emosi.

Dari segi fizikal, urut dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Antara kesan emosi ialah menimbulkan perasaan tenang serta mengurangkan tekanan.
Berurut biasanya menggunakan minyak untuk memudahkan pergerakan tangan ke atas tubuh. Tanpa minyak, urutan boleh menyebabkan tubuh berasa sakit.  Minyak dalam urut aromaterapi boleh mengubah perasaan dengan sesetengah jenis pewangi boleh meredakan tekanan, ketidakselesaan dan kebimbangan.


Bagi wanita mengandung, katanya urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut. Juga tidak menggalakkan mereka yang menghadapi masalah jantung diurut kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung. Begitu juga dengan mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
  
FAKTA: Jenis Urutan

Anma
Diperkenalkan di Jepun lebih 1,300 tahun lalu. Urut Shiatsu juga berasal dari teknik ini. Teknik ini tidak menggunakan minyak dan sebaliknya berdasarkan pergerakan menguli.

Terapi Bowen
Menggunakan pergerakan mengguling terhadap otot, ligamen dan sendi.

Lomilomi
Berasal dari cara merawat kuno Hawaii

Urut Batu
Menggunakan batu licin sejuk atau panas, kebiasaannya adalah marmar atau basalt. Batu diletakkan di titik tumpuan utama tenaga seperti Chakra untuk meningkatkan pengaliran tenaga.

Urut Swedish
Gaya ini menggunakan urutan panjang dan berterusan, tetapi tidak semestinya menghala ke jantung. Urut ini direka untuk meningkatkan pengaliran darah.

Urut Thai
Asal-usul urut ini adalah berasaskan Ayurveda di India. Tidak menggunakan minyak dan tertumpu kepada regangan dan melonggarkan otot tubuh.

Urut Tai Chi
Urut ini menggunakan prinsip semula jadi Tai Ji, Yin dan Yang, untuk mencapai keseimbangan tenaga tubuh dan mencapai kesihatan tubuh dan semangat.

Urut Shantala
Teknik purba India ini mempunyai ciri berirama dan diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Urut ini diperkenalkan ke Barat oleh pakar perbidanan terkenal Perancis, Dr Frederique Leboyer dalam bukunya `Loving Hands: The Tradisional Art of Baby Message’.

Urut Kulit Kepala
Diamalkan oleh tukang gunting rambut di Hong Kong, yang mengambil masa antara 30-45 minit ketika menguli syampu pada rambut. Urut ini juga biasa dilakukan di India.

Urut Mayan
Diamalkan di Amerika Latin dengan tumpuan di bahagian perut. Bertujuan memperbaiki penghadaman dan bahagian peranakan.


Emmm.... kita kat Malaysia nie urut yang mana ekkk... tak kesahlah janji mendatangkan kesan baik kat tubuh dan minda... Jom Ber Urut...!!!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...