Isnin, 2 Julai 2012

How to Manage Kids.. soalan yang sering kita tanya...

Sedang membaca blog superhero mama baru2 ni... Akak sangat tertarik dengan soalan kawan mama nie.. pasal camana ia nak manage anak2 dan dalam masa yang sama buat kerja rumah... huuuhhhhhh keluhan demi keluhan akan kedengaran bila soalan nie di utarakan kat Akak.. (akak sendiri tanya kat diri sendiri )...jawapannya .. BUKAN MUDAH...

"How To MANAGE KIDS & In The Same Time DO HOUSEWORKS'

Diatas inilah soalan yang akak baca kat blog mama tu...sebenarnya.. masa akak baru2 kawin akak selalu terfikir camana yer... nak urus anak dalam masa yang sama kita seorang yang berkerjaya.  Sedangkan bila akak tengok kawan2 yang menjadi surirumah tangga sepenuh masa pun ..kadang2 tidak terurus.. inikan pulak kita yang bekerja..

Masa bersama anak2 sangat terhad.. ye laa.. dari Isnin sampai Jumaat... kerja dan bila sabtu dan ahad.. kita sebuk berkemas rumah dan menyudahkan kerja2 yang tertunda.. dan kadang2 kita tidak berada dirumah kerana menziarah orang tua di kampunag.. atau rurusan kencduri kendara.. atau jemputan perkahwinan.. jadi sebenarnya masa sangat terhad bila dirumah.. kerana itu wanita2 yng berkerja sangat menghargai hari sabtu dan ahad mereka.. tak gitu kawan2...

Kalau di pejabat.. selalu saja akak dengar rungutan kawan2 yang letih dan terkejar2 dalam banyak hal.. Ada juga sang suami yang bila melihat isteri boleh melakukan banyak perkara... maka dengan mudahnya mereka mneyerahkan tugas yang sepatutnya tugas suami kepada si isteri.. dengan alasan.. "Abang nak Ayang berdikari..."... adussss...

Seawal 4:30 pagi.. diari harian akak bermula...6:45pg keluar dari rumah untuk kepejabat  ..dalam pada tu hantar baju sekolah anak ke rumah adik.. untuk yang sekolah.. terus kenurseri untuk hantar si kecik Amir.. pastu hantar Aiman n Amin ke sekolah.. n terus ke pejabat...5pm selesai urusan pejabat.. sampai rumah dalam 6:15pm.. amik Amir n Aini di nursery.. jejak sahaja kaki di rumah.. masak untuk makan malam... selesaikan kainbaju untuk di cuci..dalam masa yang sama melayan kerenah anak2 yang pelbagai (kerana waktu itulah mereka meminta perhatian di berikan kepada mereka)..sambng pulak dengan menggosok baju sekolah dan baju kepejabat untuk esok hari nyer..selesai kerja usai 11 atau 1130 mlm... begitulah rutin nyer...

Akak pun sebenarnya sama jer macam orang lain.. sentiasa mencari2 jawapan untuk meringankan beban yang di tanggung.. tapi seperti biasa... Alah bisa tegal biasa...setiap hari adalah perjuangan buat akak.. chewwah.. tapi memang betul... 

  • Perjuangan nak mendidik anak2 supaya mereka melakukan perkara yang betul

  • Perjuangan di pejabat... dalam melakukan perkara yang betul

  • Perjuangan di rumah.. menguruskan rumah tangga dengan betul

  • Perjuangan pergi dan balik dari pejabat... mengendalikan stress sendiri dengan Jem dsb

  • Dan yang pasti Perjuangan melawan stress dari buka mata sehinggalah waktu tidur nanti...  

    Hidup yang perlu di kongsi dengan ramai orang... belum cerita tentang jiran tetangga.. payah nk mencari masa untuk berkumpul kecuali kalau ada majlis.. itu pun kadang2 kerana keletihan.. niat untuk meraikan majlis diserahkan kepada sang suami.. agar kita dapat merehatkan diri.

    Tapi itulah hakikat nyer.. bila anak2 dah membesar.. banyak perkara yang sudah boleh di kongsikan bersama.. contohnya.. boleh ajak anak melakukan kerja rumah bersama2.. sidai kain bersama2.. kasut sekolah diserahkan kepada mereka.. bilik mereka sudah tidak perlu diuruskan.. tapi perlu pantau... mungkin satu hari nanti.. masak pun bersama...

    Sebenarnya... suami juga memainkan peranan yang penting dalam urusan seharian nie...suami yang membantu dapat meringankan bebanan si isteri.. Dalam hal nie akak sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan seorang suami yang banyak membantu dalam urusan rumah tangga.. bebanan terasa sangat kurangnya...

    Tips yang akak gunakan...

    • Lakukan apa yang termampu oleh diri .. tapi janganlah bermalas2 sehingga banyak perkara di biarkankan dengan harapan ada yang membantu...

    • Lakukan dengan ikhlas hati.. sebab kalau kita merungut .. akhirnya kita juga yang tertekan...

    • Janganlah terlalu sempurna sehingga tidak memberi ruang kepada kesilapan.. kerana kesilapan boleh membantu untuk kita lihat mana yang perlu dibaiki...

    • Kadang2 kita juga perlu ada semangat untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga kita.. dengan semangat itu kita jadi kuat dan hebat..

      emmm...samalah kita berusaha untuk menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak2 kita... :)


3 ulasan:

  1. good info for sharing...kalo bekerja ni mmg susah nak uruskan anak2 nak2nya kalo balik lewat, tengok anak kejap pastu dah nak tido sebab esok nak sekolah plak kan

    BalasPadam
  2. saya setuju ngan akak...alah bisa tegal biasa...kan...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...