Khamis, 3 Mei 2012

Semoga Berkekalan Hingga ke Akhirnya...

Salam adik2..kawan2.. anak2......

Waaahhh terasa semakin tua matang pulak..hihihihihi... emmm... sekarang nie.. tengah hangat dengan majlis perkawinan orang2 yang hebat dan popular di Malaysia nie.. mcm Wati dan Azza Elite... Fasha Sandha...dan yang akan berlangsung nanti Schawal..emmm.. semoga mereka berkekalan dilimpahi Mawaddah dan Warahmah.. Insya Allah...


Bila kita tengok foto2 pra perkahwinan yang diambil oleh mereka ..tentu kita berkata... bestnyer.. meriahnyer..bahagia terpancar di wajah2 mereka.. rasa kita pun nak buat cam tu jugak...  rasa cam kita pun nak ulang balik waktu2 itu semula kan.. emmmm....

Tapi perkahwinan itu bukanlah setakat gambar yang terakam di saat sebelum pernikahan... perkahwinan adalah realiti yang bakal mewarnai hidup kita selepas kita sah bergelar suami dan isteri... Bukankah lebih indah jika kita rakamkan ia selepas kita sudah disahkan ikatannya oleh Allah s.w.t... malahan mendapat pahala lagi.. sebab setiap apa yang kita lakukan sebelum kita sah menjadi suami isteri.. akan di hitung dan di beri hukumannya selepas kita berkahwin...(ni ustaz cakap tau bukan akak...) kata ustaz... kalau ada apa2 dugaan yang Allah beri selepas kita berkahwin pasti ada sebab musababnya.. samada balasan untuk kita atau peringatan untuk kita... ustaz siap bagi contoh lagi... kalau lepas kahwin sepatutnya kita rasa tenang.. tetapi terjadi sebaliknya... ustaz kata kita kena check apa yang kita buat silap sebelum kita bernikah... pastu bertaubatlah... ini peringatan untuk kita semua kan...

Ok lah... akak bukan nak komen atau berfikiran negatif ... tetapi sekadar mengingatkan sekiranya terlupa ... sekadar memberitahu sekiranya tak tahu ... sebab kita semua manusia... kan..

Semoga perkahwinan kita semua berkekalan hingga ke akhirnya.. dan semoga dilimpahi rahmat dan kurnia dari Nya...amiiinnn


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...