Jumaat, 27 April 2012

Berniaga Hingga ke Syurga..

Menarikkan tajuk tu.. mesti ramai kengkawan yang sedang menjalankan perniagaan, nak jadi camni... semalam ada forum perdana dengan tajuk di atas... akak pun join dengar...harap2 dengan menghadiri majlis2 ilmu camni dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta.. Ya Rabb..

Oklah semalam memang best.. panelist yang di undang menepati citarasa para pendengar.. Datuk Zawawi Yusoh, Ust Haslin dan moderatornyer Ust. Fauzi.. mereka semua berniaga dengan perniagaan masing... 

Banyak yang dapat kita kutip dari forum ini.. salah satu yang akak nak kongsi kat sini.... Modal yang paling utama untuk kita berjaya dalam perniagaan ini adalah Iman... dengan Iman inilah akan timbulnya Amanah... betulkan.. dengan Iman yang betul... akan menyebabkan kita membetulkan mana yang salah.. menjauhkan yang dosa..mendekatkan diri dengan pahala.. dan semua ini membawa kita ke satu matlamat..iaitu Syurga Allah... indah sungguh... Tapi ramaikah kita yang begini.. rasanya mesti nak untung lebih dan sanggup buat apa sahaja agar matlamat UNTUNG itu tercapai... emmm kena muhasabah diri nampaknya...

Lagi satu... niat berniaga pun kena betul... niat untuk membangunkan ummah... membangunkan ekonomi islam.. ekonomi keluarga... dan supaya kita tergolong di dalam golongan yang memberi... Zakat dan Fitrah... rupa2nya KAYA ini adalah Wajib di cari... tetapi tidaklah membabi buta.. semuanya melalui landasan yang di rahmati Allah...kerana Memberi itu adalah lebih baik dari Menerima... kan Memberi itu salah satu sifat Allah...

Banyak lagi yang akak nak kongsi kat sini.. tapi cukuplah setkat ini dulu... sebab yang sedikit tapi ingat lebih baik ... dari banyak tapi tak ingat...

Yang paling menyentuh hati akak bila Ustaz Haslin memberi statement ini...

"Biar hidup ini disayangi... bila ada disukai...bila tiada di rindui...bila mati di tangisi...
Jangan hidup ini dibenci...bila ada dijauhi....bila tiada disukai.... bila mati disyukuri......"

oleh itu kawan2.. sama2lah kita muhasabah diri...


4 ulasan:

  1. Sy share kt blog sy yer...baru nak berjinak2...harap2 sudilah berkongsi info dgn saya... :))

    BalasPadam
  2. no problem datin.. sudi2lah follow ekk..:)

    BalasPadam
  3. thanks..
    salam ziarah buat pertama kalinya disini....
    nice post tu..lahir dari hati sanubari...
    mimi suka bace...kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Sedo.com- analisi park Domain

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Mimi.. insya Allah.. akan ziarah mimi balik :)

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...