Selasa, 14 Februari 2012

I Am Nobody.....

Setelah berada di alam dunia fana ini hampir 39 tahun.. Fuuhhh.. pelbagai dugaan dan pancaroba yang terpaksa di tempuh... usia ini mematangkan kita sebagai manusia... Mungkin masih ada lagi perkara baru yang singgah dan menuntut kefahaman kita, namun apabila usia sudah mulai menjejak ke 40 tahun... saya semakin terfikir... kita semakin hampir dengan kematian...

Saya masih ingat lagi... ada seorang ustaz pernah berkata.. apabila ramai orang yang dekat dan sekeliling kita sudah pergi .... kita perlu sedar yang kematian juga semakin hampir dengan kita... Aduuuuhhh takut bila mengenangkannya... Amalan masih belum banyak... terasa kecil diri bila melihat orang2 lain yang hebat-hebat di sekeliling kita... Bila difikir semula sayang kita pada dunia ini sebenarnya sekejap sahaja... sebab orang2 yang menyanyangi kita akan bersedih dengan kematian kita pun sebentar cuma... bila mereka tinggalkan kita di kubur maka tinggalkan juga kesedihan itu.. masa akan mengubati mereka.. mereka akan terus juga tersenyum.. gembira.. dan menjalani kehidupan mereka.. sedangkan kita di sana.. penuh dengan debaran dengan apa yang bakal di tempuh... emmmm...

I am nobody... kita bukan sesiapa... kita tidak dikenali.. malahan kita tiada kepentingan pun... Jadi kita perlu sedar diri tentang siapa kita di muka bumi Allah ini... Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa mendapat keampunanNya dengan kekhilafan yang sering kita lakukan .. Amiinnn kerana akhirnya pasti kita akan menuju........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...