Khamis, 16 Februari 2012

Hafalan Shalat Delisa

Cerita yang meruntun jiwa

saat mula2 airmata jatuh berderai..

keikhlasan...
bermulanya episod kehilangan..
Indonesian Best Seller..
Di saat suami saya pulang dari tempat kerjanya.. dia terus beritahu saya untuk langgan astro first untuk filem "Hafalan Shalat Delisa".. memang masa tengok preview hati dah terdetik nak tengok... bila dapat green light dari En. Boss.. dengan segera saya menekan sms ke Astro..

Waaa... cerita yang meruntun jiwa raga saya.. sepanjang kami sekeluarga menonton filem ini... tidak ada satu patah perkataan pun keluar dari mulut kami sekeluarga.  Even anak tecit saya Amir pun begitu khusyuk menonton filem ini... apatah lagi saya yang sudah tak mampu menahan airmata dari tumpah.. Saya tidak dapat bayangkan seorang anak kecil sebesar Delisa mampu menghadapi musibah yang maha hebat itu dengan tenang dan positif.. ayat2 yang keluar dari bibir nya hanya ayat2 yang menenangkan jiwa orang lain yang mendengarnya... aduhh.. andainya laa peristiwa itu berlaku pada kita.. adakah kita sekuat itu...

Seperti yang kita tahu... Kejadian Tsunami yang berlaku 2004 itu meranggut lebih dari 100 ribu nyawa dan sudah tentu memang ada kehidupan seperti Delisa malahan lebih teruk dari itu pun ada...

Jadi pada kengkawan yang belum menonton filem ini.. saya sarankan untuk teruskan sebab ia bukan saja memberi kesedaran pada kita yang apa sahaja yang ada dimuka bumi Allah s.w.t ini adalah pinjaman dariNya...dan kita hanya hambaNya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...