Isnin, 6 Februari 2012

Facebook .. deactivate?

Salam Kengkawan.... emmmm semua orang mesti ada facebook kan?.. termasuklah saya.. 

Baru2 ini..saya ada terbaca kat salah satu status fb kengkawan saya yang dia nak deactivate fb dia.. mengikut ceritanya..dia hampir bergaduh dengan sepupunya hanya kerana salah faham ketika membuat status di wall fb... dan baru2 ini juga saya ada mendengar cerita salah seorang kawan2 saya yang mengatakan dia hampir bercerai dengan suaminya ... hanya kerana gara2 status fbnyer juga.. kononnya meluahkan perasaan .. tetapi akhirnya suaminya dipermainkan oleh kawan suaminya.. uish,,,, hebatkan fb nie...

Dan kalau korang ada baca paper berkenaan soerang pelajar yang bercerita tentang kisah sedihnya di fb dan ahirnya bercerita dia mahu membunuh diri... menyangka dia hanya bergurau..dia tidak diendahkan.. dan akhirnya ditemui mati membunuh diri.... takutkan...

Anak2 seawal 7 tahun pandai request nak ada fb sendiri... begitu jugalah dgn anak2 saya.. namun password mereka ada pada saya jadi mampulah saya memantau cerita mereka di fb mereka,, sampai bila?.. itu saya sendiri tak pasti....

Cerita FB nie hebat diperkatakan orang .. bukan setakan cerita yang ada saya ceritakan ini..malahan banyak lagi..malahan lebih menakutkan..ditipu, dianiaya..di mainkan... dan pelbagai lagi.. walaupun ramai yang menyedari risikonya..namun masih ramai lagi sanggup berdepan dengan risiko itu (kononya ia takkan terjadi ada diri kita sendiri)... saya sendiri terfikir..disebalik kebaikan2 yang ada ..ada juga keburukan yang kita tidak mampu elakkan... cuma ktia perlu berhati2...

Janganlah asyik sangat meng'update' status sehingga terlupa apa kesan terhadap orang lain.. nasihat itu juga untuk saya.. yelahkan kita rasa seronok bila komen kita selalu dibaca dan dibalas oleh kawan2 kita... sehingga kita syik menceritakan apa yang berlaku di sisi rahsia kita sehingga semua orang tertanya2 dan akhirnya membuat andaian sendiri.. kalau betul tak perlah.. tapi kalau mengundang fitnah dan aib .. bukankah itu sangat tidak baik...

Jadi pernah juga terlintas di fikiran saya untuk meng deactivatekan fb saya atau mendelete terus...sebelum perkara buruk2 berlaku... emmm.... semoga masih ada lagi ruang2 kebaikan yang boleh kita ambil..dan cuba untuk mengelakkan apa2 yang membawa keburukkan...aminnn...

2 ulasan:

  1. bahana facebook... hurmmm.... mintak jauh...

    BalasPadam
  2. eca cuti fesbuk aman damai. takdela nak kene bace org buat status luahan perasaan yg mcm novel dah..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...