Isnin, 31 Disember 2012

Today.. He Is 3...

Happy Birthday Sayang.. Ibu and Ayah love you sooooooo much.. muah muah muah...
3 years ago he is born at HUKM in a very last day of year 2009.   and we decided to put his name as Muhammad Amir.. In Sya Allah he will be the last one from us... hiihihihi...
Apahal.. lak kak izan.. nie tetiba jer speaking omputih... hehheh sajer jer last2 N3 untuk 2012 nie...
Untuk kawan2 sumer ..yang telah memberi komen.. sokongan ... pendapat... selama ini.. I would like to say..Thanks a million.....
Semoga Tahun Depan Hidup Kita Semakin Indah Dan Bahagia.. Dan Kita Semakin Dekat Dengan DIA Maha Pencipta... Luv U All....
SELAMAT TAHUN 2013... ;D


Ahad, 30 Disember 2012

Hari Orientasi Tahun 1...

Pepagi dah sibuk menyiapkan anak dara gi sekolah.. Alhamdulillah.. bab menyiapkan diri .. dia dah reti.. ibu bab touch up sikit jer..  memang dia sangat exited..
Ayah jer gi antar Aini ke sekolah.. tugas ibu kemas rumah sebab si tecit masih tidur lagi...  Selamat Menempuh Alam Baru anak ku.. kau akan lebih belajar berdikari sekarang.. betulkan.. tak selamanya mereka di depan mata kita... emmmm... ;)


Sabtu, 29 Disember 2012

Hari Lencana Sekolah...

Hari ini bermulalah hari menyiapkan perkakasan anak2 untuk ke sekolah... Tahun depan.. Aini akan mula Tahun 1.. Amin Tahun 5 .. dan Aiman Tingkatan 1...
Tadi .. amik kesempatan menjahit lencana sekolah diorang... yang ada stok.. adalah.. tapi macam Aiman kena tunggu 1.1.2013 untuk beli segala kelengkapan sekolah dia .. macam lencana, tali leher.. buku dan sebagainya...
Rehat selama 1 bulan rasa macam sekejap jer... minggu depan start balik terkejar2 kesana dan sini... hantar anak sekolah.. nursery... amik petang..
Dah tak boleh nak relaks2 pagi... dan balik petang... macam sekarang... hihihi... nak siapkan minda dan diri menghadapi cabaran yang semakin besar tahun hadapan... semoga dipermudahkan hendaknya.. amiin...


Khamis, 27 Disember 2012

Postpartum?...

Haaa.. apa tu postpartum yer.. rupa2 nya ia bermaksud gangguan mental selepas bersalin.  Kita selalu dengar kan orang perempuan yang baru lepas bersalin kena gila meroyan laaa... depress laa.. macam2 kan... tapi sebenarnya dari segi saintifiknya ialah POSTPARTUM.. jadi kita orang perempuan kena tahu simptom atau tanda2nya...

1. Gangguan emosi Postpartum
  • Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-rubah
  • Mudah menangis
  • Mudah melenting
  • Gelisah
  • Kurang memberi penumpuan
  • Kurang selera makan dan gangguan tidur.
2. Kemurungan Postpartum
  • Perasaan murung
  • letih lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
  • Salah faham kehendaj bayi
  • Kurang perumpuan dan daya ingatan
3. Psikosis postpartum / Meroyan
  • Gangguan tidur dan perubahan selera makan
  • Mudah Resah
  • Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
  • Perasaan dan kelakuan yang pelik
  • Gejala psikosis, contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya iada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Jadi kawan2.. jika ada terlihat atau kenal dengan orang2 yang ada gejala seperti ini.. bertindaklah untuk mendapatkan bantuan.. carilah sumber2 yang mampu membantu..  dan sekiranya kita yang ada simptom2 seperti ini.. jangan malu dan segan untuk mendapatkan bantuan..

Dan yang paling penting.. amalkan hidup yang sihat ... jangan lupa dekatkan diri dengan Allah SWT.. doa banyak2 semoga di jauhkan dari perkara2 camtu.. :D

Rabu, 26 Disember 2012

Tiba2 Rindu...

Sekarang tengah tengok citer 'Ayah' di Astro Oasis... aduhai tiba2 rindu menjelma pada abah... kalaulah abah masih ada..
Semoga kita semua tergolong dikalangan manusia yang tidak mengabaikan orang tua kita. Semoga kita tidak lalai pada mereka...
"Abah... rindunya along pada abah.."
"Mak .. selagi hidup along akan cuba sedaya upaya along untuk memenuhi permintaanmu Mak.."

Tinggal lagi 5 hari jer...

Lebih kurang tinggal lagi 5 hari jer kita nak ke Tahun Baru 2013 masehi... berinjak lagilah usia.. usia sendiri.. usia rumahtangga.. usia anak2... usia pasangan.. usia bekerja.. dan semakin hampir lah kita dengan penghujungnya.. wahhhh.. tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada 2013 nanti..

Masa kita nak 2012 .. kita di gembar gemburkan kononnya berakhirnya dunia nie... emmm... saspen jugakkan.. hehehehe...

Apa yang bakal terjadi... seronokkah?... saspenkah?... ada yang menggembirakan tak?.. atau tahun dukalara untuk kita?.. semuanya kita tak tahukan... semuanya rahsiaNya.. kita hanya mampu berdoa dan bertawakal...

Bukan membesarkan tahun masehi dari tahun Islam... tapi memang seisi dunia lebih tahu tentang tahun masehi dari tahun islam itu sendiri..kan?...Oh yer pasal azam pulak... dah ada azam ker kawan2... yang bakal di raih pada tahun 2013 nanti... ada yang nak kahwin.. ada yang nak cari kerja.. ada yang menambah anak... ada yang nak berhijrah ke tempat lain... macam2lah....

Apa2 pun cubalah yang terbaik dan termampu... jangan sampai melawan kehendakNya.. siapalah kita kan.. :D


Selasa, 25 Disember 2012

Kereta Oh Kereta....

Masa peergi service keta kat Pusat Servis Proton di Shah Alam ari tu sempat jugaklah cuci2 mata kat area pusat pameran proton.. time tu pulak bateri hp kong... jadi sempat ambil gambar Aini dan kereta ini sahaja...
Jom cuci2 mata... ;)


Siapa Sumayyah?



Sumayyah binti Khayyat (Bahasa Arab: سمية بنت خياطّ‎) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Memeluk Agama Islam

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Dijanjikan Syurga

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
  • Pertama, berani menyatakan yang hak.
  • Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
  • Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
  • Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air


Agak2nya  laaa.. mampu kah kita jadi sehebat dia?...


Isnin, 24 Disember 2012

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2..

 







Sejak movie the twilight nie wujud.. akak memang tunggu2 part last2 nie... lepas nie ada lagi tak?.. entahlah... rasa nyer last kot yang nie.. tak menunjukkan macam ada sambungan pun... tak tahulah kalau lepas nie cerita pasal anak Edward dan Bella pulak..kan.. pasal cinta Renesmee dan Jacob plak..

Akak memang suka tengok citer2 camnie.. cam Lord of the Rings... Harry Potter.. dan sebagainya.. ala2 epik gitu... hihihi

Dah tengok dah part 2.. memang best... rasa cam tak seronok jer citer dia dah abis.. huhuhuhu


Kerja Waktu Semuanya Cuti...



Waaaaaaa..... taknak kerja... bestnyer cuti... nak cuti boleh boss.... boss pun cuti... Haaaaa... inilah bahana nya cuti tak reti nak budget... nak budget camaner.. macam2 yang jadi.. semua mende tanpa di duga... huhuhuhu

Ahad, 23 Disember 2012

Dah Anak Dara Dah....

Hehehhee.... akhirnya berjaya memujuk Aini tindik telinga... dari minggu lepas sebenarnya dok pujuk2 anak dara nie tindik telinga... mulanya x nak.. malas nak paksa2..
Tiba2 semalam dia pulak dok pujuk ibu ngn ayah nak tindik tinga... apalagi kami pun tanpa melengahkan masa teruslah ke tempat yang ada servis tu. Tak mahal RM15 jer..
Kalau dulu2 bila tindik telinga jer... atuk kata.. "dah anak dara dah cucu atuk nie...".. kita pun tersipu2lah... malu lah kononnya.. ;)



Sabtu, 22 Disember 2012

Thank You...

TQ Ila sebab share quote nie pada sahabatmu ini..

Selamat Bercuti kawan2...

Sempena cuti krismas selasa ni.. mesti ramai kawan2 yang menyambung cuti dgn bercuti pada hari senin nanti.  Yang pasti akak tak bercuti kali ni sebab cuti dah ciput..hihihi nak simpan untuk anak nak sekolah nnti... kasik can kat kawan2 kat opis bercuti.. walaupun dlm hati sapa yang tahu kan... ;(
Jadi selamat bercuti yer.... berhati2 atas segala apa aktiviti yang kamu lakukan... jumpa lagi... ;)

Jumaat, 21 Disember 2012

Dapat Lagi Satu

Haaa.....dapat lagi satu dari zainab mahira... buatan tangannya sendiri. Seronok sungguh.. sebab sanggup dia menyusahkan dirinya sendiri untuk memenuhi permintaan kakak yang banyak songeh nie... TQ laa Nab... really appreciated it...
Orang tua2 kata... Terima Kasih Daun Keladi... kalau Nab buat lagi bolehlah dapat lagi.. hihihi ;D
Lupa nak beritahu... itu FM tau kawan2...

Aurat kita.. Pada Kita Yang Selalu Lupa...

Sebagai peringatan kepada semua terutama pada diri sendiri.. kita nie kalau tengok orang lain.. nampak jer salah sini dan sana... tapi kita jarang lihat diri sendiri.. takut2 diri sendiri lagi banyak salahnya dari orang lain..  Tak salah menegur kesilapan orang lain tapi apalah salahnya tegur diri sendiri yang selalu terlupa..

Sebab bukan kita nak tunjuk hebat atau pandai.. cuma berkongsi.. agar yang terlupa boleh teringat.. yang tak tahu .. boleh tahu.. yang tak kisah.. kena kisah.. yang tak peduli kena peduli... dan yang paling penting sekali untuk diri.. bila kita selalu memberi in sya Allah.. kita juga menerima...


Selagi kita tidak menutup mata... selagi itu tidak terlambat untuk merubah diri menjadi lebih baik... :D

Khamis, 20 Disember 2012

Apa Ada Pada 21122012


Pada kalendar Suku Maya Indian, Jumaat 21 Desember 2012 akan ada fenomena ini terjadi karena habisnya masa kalendar pada kalendar suku maya. Maka terkeluarlah cerita2 yang mengatakan akan terjadinya pengakhiran dunia atau dengan kata lain kiamat...

Sedangkan Islam mengatakan...

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.


Jadi kawan2.. marilah kita sentiasa bersedia.. sesungguhnya kita manusia yang sentiasa terlupa...:(

Kosong >>> kosong >>> Kosong

Meh dengar lagu nie...


Bila jiwa rasa kosong... ingatlah DIA.. sebab DIA mampu menghilangkan perasaan kekosongan itu... Sebab DIAlah segala-galanya... Janganlah membiarkan hati KOSONG... kerana ia bakal di huni oleh SYAITAN yang direjam...

Dan ingat janganlah kita hanya mendengar kemudian percaya.. tapi dengarlah dengan ilmu supaya kita tak tersesat jalan.. kerana ilmu mampu menyelamatkan kita dari terus sesat.... kerana tidak semua yang kita dengar itu boleh terus dipercaya.. kerana SYAITAN mampu membuat yang busuk menjadi wangi.. yang buruk menjadi cantik..

Hati-hatilah kawan2...


Rabu, 19 Disember 2012

I Shape... Shape laa Shangat.. ;D

Alhamdulillah.. sessi siang tadi berjalan dengan lancarnya.. memang sangat bermanafaat saper yang pergi.. Akak nyer test?... syukur sangat..sebab gula dalam darah sangat cantik... pressure pun OK... ihihi..cuma..... BMI memang gagal... kena turun banyak tuu.. berkilo2... siap kena advise makan Oat..aduhai makanan yang tak mampu nak masuk tekak... ;D
Tapi walau macamana pun kena wat sesuatu gak... IIUM tengah berkempen 10000 langkah sehari... agak2 mampu ker nak commit dengan janji tu.. sebab kalau 10000 langkah maknanya dalam 6 hingga 8 KM .. emmm dari pagi sampai malam nak tidur. .. agak2 bolrh tak dapat dalam 10000 langkah?... hihihih (gelakkan diri sendiri dulu...)
Petang nyer sessi disampaikan oleh Prof Madya Zulkifli dari UiTM.... memang tabik spring 100x kat dia sebab umur nya dah 53 tahun tapi sgt fit..dan kalu kita tak tahu umur dia ..kita akan sangka dia dalam 40 jer...
Apa2 pun memang tak rugi...;D

Nak Ikut SHAPE..:D



Hari nie.. akak nak join satu program anjuran IIUM.. untuk semua staff kat sini.. tapi kena register... seronok ker?... huis... macam2 perasaan ada.. takut saspen berdebar2.. sebab start malam tadi kena berpuasa untuk Sugar Blood Test... pastu cek tekanan darah.. (iini lagi saspen sebab akak ada history blood pressure nie).. lagi2 kalau tengah darah gemuruh dan saspen nie...

doakan akak ok yer.. hihihi :D

Selasa, 18 Disember 2012

Apa Yang Korang Rasa?

Emmmm...?

Koleksi baru dari Luar dan Dalam Negara...


Seronok kan kalau ada kawan2 yang ingatkan kita time mereka gi bercuti kan.. rasa macam kita jer yang pergi bercuti..hihihi....

Kali nie dapat FM dari Cameron dan Bandung... 2 tempat nie akak teringin nak jejak tapi belum berkesempatan lagi...

Dua2 sangat dihargai.... Tq to Sis. Syuhada n En. K... In Sya Allah.. saya doakan agar luas lagi perjalanan kamu.... ;D.. 

Semua staff dapat FM sorang satu.. syok sangat... hihihi...

Isnin, 17 Disember 2012

Rawatan Ion Detox...

mula2 air tak berubah warna pun - 1 minit pertama
antara 10 hingga 20 minit kemudian.. air mula berubah warna
minit terakhir.. gelumbang buih mewakili angin/gastrik yang mula banyak keluar
Semalam .. suami n akak mencuba satu kaedah untuk membuang toxin dari dalam badan kita.. nie kat kampung. Kebetulan adik ipar ada membeli alat ini untuk MIL akak yang sakit. Dlm masa yang sama memberi perkhidmatan ini kepada orang kampung juga...

Feedback dari pelanggan sangatlah positif.. ada yang dah mencuba lebih dari 10 kali mengatakan yang mereka dah kurang sakit2 sendi badan.. sistem kumuh bertambah baik.. dan tidur malam semakin ok dan mampu bangun malam utk beribadat...

Jadi akak n suami mencubalah kaedah rawatan ini.. kat bawah nie gambar hasil rendaman kaki En. Bos... erkkk.... kaki akak.. rahsia laa ..malu nak tunjuk.. hihihh.. tapi rasanya lagi teruk dari suami...


Ahad, 16 Disember 2012

Main pondok2...

Kita dulu2 kalau main pondok2 mesti kat bawah pokok ataupun kita cuba bina pondok sendiri dgn pelepah kelapa. Banyak cara sebenarnya kalau kat kampung.. ye tak...
Tengok...amir n aini main pondok2 kat mana.... kat bawah meja pun jadik.  Ibu dia... layan jer laaaa..



Sabtu, 15 Disember 2012

Dera Mendera...

Kadang2 pelik bila ada manusia yang sanggup mendera kanak2 nie.. sedegil mana pun mereka.. tak ada ker sedikit rasa kasihan billa melihat wajah mereka...Wajah Ahli Syurga... jadi apa2 pada mereka dah tentu mereka menuju ke syurga .. tapi kita yang tukang dera dah tentu ke neraka jahannam menanti.. nauzzubillah... minta sangat dari Allah SWT agar tidak terlintas atau tertutuplah hati kita untuk melakukan perkara2 mcam tu.. tul tak?
Yer laa kan.. kadang2 bila kemarahan tidak dapat dikawal maka nafsu terus memberi arahan kpada kita untuk melakukan perkara yang tidak pernah terlintas untuk kita lakukan... semoga Allah jauhkan...amiinnnn

Jumaat, 14 Disember 2012

Akibat Kacau Lebih2....

Nampak tak kat bawah mata Aini... luka dan lebam.. agak2 nak marah saper ekkkk?.. tak leh nak marah aaa... sebab nak tahu saper punya kerja...
Emmm.... nilah padahnya mengacau adik tecit tu lebih2... adik pun dgn secara spontan membaling buku yang sedang dipegangnya le arah kakak..  nasib baik tak kena mata... kering darah akak..
Adik kena marah ngn ibu sebab buat kakak n baling barang.. kena jentik tangan yang baling tu... Aini pulak lepas pujuk dari meraung... kena marah jugak sebab kacau adik sehingga adik buat tindakan camtu...
Aduhai anak2... kadang2 ibu terfikir betul ker tak cara ibu nie... ish ish ish...

Bersyukur Saat Diuji..

Oklah.. kita lupakan jer laa apa yang dah berlaku semalam... jadikan ia sebagai satu semangat untuk akan datang.. Dan jangan patah semangat... Berikanlah sokongan sepenuhnya pada Harimau Malaya..walaupun kalah atau menang..:D

Ini buku terbaru yang akak beli.. sangat bagus.. untuk kita memahami mengapa kita di Uji oleh Allah SWT.  Semua keadaan sebenarnya adalah ujian dari Allah SWT samada senang atau susah.. 



Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu silap.. kita selalu fikir Allah menguji kita hanya dengan kesusahan.. kepayahan... kehilangan... tetapi sebenarnya ujian yang paling payah sekali ialah waktu kita senang.. kerana bila kita senang kita selalu lupa .. siapa yang memberi nikmat senang itu..

Akak mencadangkan (cewwah..) kepada semua kawan2 untuk memiliki buku nie.. dan siapa yang dah beli.. tahniah.. semoga kita sama2 mendapat manafaat darinya...

Salam Jumaat pada semua.. :D

Khamis, 13 Disember 2012

Berakhirnya Perjuangan Harimau Malaya...

Nak kata apa?.. huhuhu.. sedih.. namun itulah adat bertanding... kita sebagai penyokong.. memanglahkan.. bila menang di sanjung2.. tapi bila kalah... adalah suara2 yang mengutuk.. mengomen.. memaki... itulah manusia kan...
Apa2 pun mereka dah berjuang habis-habisan... mereka yang berada di padang.. betapa mereka tertekan... memikul tanggung jawab besar... terimalah keputusan dgn terbuka.. ada banyak lagi perlawanan lain .. ini bukan penamatnya... jangan hampa yer kawan2.. teruskan menyokong..
Syabas Harimau Malaya kerana memberi tentangan yang hebat walaupun kita sendiri nampak ada yang tak berapa best pengadil malam nie...
Cuba lagi lain kali.. ;D.. luv Harimau Malaya Always...

Berjuang Habis2san untuk Malam Ini...

Ok.. malam nie.. perjuangan penentu untuk kita dan Harimau Malaya... kalau kalah.. sedihlah kita sebab tak dapat mempertahankan kejuaraan yang baru sangat kita kecapi... Tapi kalau menang... kita akan berjumpa semula dengan Singapura - Musuh Tradisi kita.. hihihihi (bola jer tau..)

Barisan Pejuang di Tanah Gajah Putih/Perang
 Semoga Harimau Malaya tidak terkesan dengan perang psikologi yang Thailand lakukan terhadap mereka di sana.. Anggap itu sebagai satu cabaran.. (haaa macamlah diorang baca blog akak nie hahahahaha)


Semoga semangat juang mereka bertambah bila di negara orang.. Benarkan kami mengecapi lagi keseronokan dan kehebatan bila korang menang.  Aish...semangat nie.. tak sabar nak tunggu malam... kat Radio Era.. kat Hotfm... diorang nyer siaran cam dah confirm dah Malaysia ke Akhir... Akak yang nerbes U.. hihihi


Wahai Harimau Malaya.. pandai2lah pujuk Gajah bila mengamuk yer.. :D

Rabu, 12 Disember 2012

Yang Tengah2 Tu Yang Sedap...

Emmm... korang suka kicap tak?... atau orang utara panggil tokyu... (tul tak?)... korang panggil apa?
Sekarang kicap yg akak selalu beli ialah kicap kipas... tapi sekarang dah mahal... kitorg pun beralih arah kat kicap adabi lemak manis... murah pun murah.. harga lebih kurang setengah dari kucap kipas... sedap pun sedap...
Hidangan sambilan yang menambah selera makan.. ingat lagi kecik2 dulu.. kicap ngn telur goreng mata pun jadik.. bertambah2 lagi....;)

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...