Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri...

Sebulan berpuasa tidak terasa sebenarnya, kalau masa kecil dulu..satu hari bagaikan setahun menunggu bebuka, tapi sekarang.. atas kesibukan dunia.. ibadah berpuasa dirasakan sekejap saja.  Bangun 4 pagi untuk sahur terus sambung ke pejabat, sibuk dipejabat sampailah kul 4 ptg.. bergegas pulang kerumah untuk menyiapkan juadah berbuka, alhamdulillah.. sepanjang bulan puasa tahun nie, perbelanjaan tidaklah melampau lampau, maksudnya saya sempat menyediakan juadah tanpa perlu berbelanja lebih di Bazar Ramadhan, anak-anak pun tidaklah addicted dengan bazar ramadhan... Satu hari memang penuh dengan aktiviti.. sehinggalah malam menjelma.. dan esok jadual diulang lagi ...
Pejam celik dah pun sebulan kita melewati Ramadhan..dan mungkinkah ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Lepas ni.. sudah tiba untuk menyambut Syawal pula.  Ntahlah nak kata seronok sgt pun tak tapi tetiba jer terbit satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan..
Anyway kengkawan semua.. dikesempatan ini, saya ingin meminta MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sumer seandainya ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita selama umur ini. 
SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA


Rabu, 17 Ogos 2011

Betul ker apa yang di buat nie....

Salam..
Ni lah bila dah anak2 yang semakin meningkat remaja, dah mula memunjukkan keegoan diri, anak sulung dah 11 tahun dah, tahun depan dia akan menghadapi UPSR, tapi asyik main jer, kalu dilarang main bola, muka mencuka masam, kalu kat TV lak, apa sahaja berkenaan dengan bola, confirm tahu, Arsenal, MU, Liverpool dan mcm2 ada, siap ingat pemain2 nya sekali, kalu di tanya tu confirmlah dapat jawapan,
Kadang tu sajer jer nak test, pemain2 yang tak berapa terbilang, tapi tahu saja dia, ish anak sulungku...
Macam tadi, oleh kerana ayahnya marahkan dia sebab bola dah terkena kat adik yg kecil masa dia main, jadi hukumannya yg terpaksa diterima "no bola2 sampai next week", dia dah merengek kat saya, suruh pujuk ayah supaya benarkan dia main bola, tak letih ker main bola posa2 nie, katanya tak... ish biar betul budak nie...
oleh kerana tak dapat green light main bola, tetiba kawan datang ajak pg pancing ikan, adoyaiii... agak2nya saya bagi tak.. confirmlah tak.. anak2 nie tak faham....

Tu la kan, sampai terdetik dihati nie, salah kah cara aku didik anak2ku nie... Almaklumlah, saya tengok anak2 orang lain boleh pergi kemana diorang suka tanpa sempadan, kadang2 tu tengah2 hujan, tengahari rembang..... dah muncul depan umah saya mengajak Aiman keluar utk main.  Biasanya memang tak dapat approval dari ibu dia nie.
Anak2 saya memang tidak lepas dari padangan mata nie, Cuma kadang2 tu bila ayah dia ada kat umah, saya lepaskan dia pergi main basikal dengan kawan2 agak jauh dari umah saya.
Ntahlah, mak saya pernah pesan kat saya "Biar anak yang nangis, jangan nanti kamu yang menangis".. sekarang nie mamang saya faham sangat dengan pesan mak tu...
Sekarang manusia macam2 perangai.. tak tahu mana normal atau tidak.  Macam2 peristiwa dah jadi, kalu dulu bunuh, rogol, kerat dan sbgnya, jarang kita dengar.. tapi sekarang nie, setiap hari confirm ada kat berita atau paper...

Bila dah jaga yang sebaik mungkin dan akhirnya berTAWAKAL jer lahh... Kita manusia merancang tapi Allah S.W.T Maha Perancang... :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Salam Nuzul Quran

Esok, 17 hari kita berpuasa.. emmmm ... apa yang kita tahu yer pasal Nuzul Quran nie.. mehlah kita kongsi sikit apa yang tahu...

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Erti Nuzul al-Quran: 
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Jadi marilah kita hayati hari yang amat bersejarah dalam sejarah Umat Islam seluruhnya....  :)

Jumaat, 12 Ogos 2011

12 Ramadhan...

(  Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Jadi berdoalah kita agar segala amal ibadah kita diterima olehNya... amiinn

Jumaat, 5 Ogos 2011

Suboh 5 Ramadhan...


Salam,
Sambil mendengar bacaan dari Imam Sudais nie.. membuatkan saya terfikir, sedang saya mendengar bacaan nya di cni pun saya bagaikan terpukau, apatah lagi apabila berada d Mekah, tentu seolah-olah berada di hadapan Mu Ya Allah... terasa keberhadiran diri hambamu yang kecil dan kerdil..

Bila memikirkan tentang kehidupan kita, saya pernah mendengar satu ceramah mengenai sisa2 kehidupan yang tinggal... kita kadang2 tidak terasa yang tentang sisa2 kehidupan yang tinggal itu.
  
Si penceramah itu berkata "seandainya kita diberi umur sehingga 50 tahun dan sekarang umur kita telah mencecah 40 tahun.. pernah tak kita terfikir yang baki umur yang tinggal untuk kita cuma 10 tahun sahaja lagi, adakah sisa2 10 tahun itu sudah cukup utk membayar segala utang piutang kita kepada Maha Pencipta kita...".
Pernah tak kita terfikir? ... emmmmm

"Allah.. ampunilah dosa2ku, suamiku, kedua ibu bapa ku, keturunanku dan semua Umat Islam dimuka bumiMu Ya Allah.. Amiiiinnnnn."

Khamis, 4 Ogos 2011

Abah....

Rindu..serindu rindunya.. Sudah hampir 10 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga..  Pemergian yang sungguh merubah segalanya dalam hidp kami sekeluarga.. Mak.. terutamanya... Saya ..sudah tentu... Abah adalah IDOLA ku... Ketabahannya, kesabaran dan Ketinggian budinya membuatka saya amat menyanjungi abah..Pemergian Abah secara tiba2 sebenarnya amat mngganggu kehidupan normal saya.  Sepanjang saya mengenali abah.. dia sangat tenang.. saya tidak pernah tahu tentang tekanan yang dihadapinya.  Setelah saya berpindah semula ke Kuala Lumpur setelah selesai SPM, barulah dapat saya melihat siapa abah sebenarnya. Bagaimana dia menghadapi tekanan kelurganya di kpg... Abah kehilangan kedua orang tuanya ketika dia masih kecil lagi... Tanggungjawab menjaganya terletak di pundak kakak nya yang kami panggil Mak Teh. Mak Teh mengikut jejak  abah beberapa tahun setelah pemergian abah.  Mak Teh amat menyanyagi abah.. sewaktu abah sakit .. mak teh menghabiskan masa yang banyak bersama abah..walaupun ketika itu abah sudah tidak lagi seperti dulu..Abah Koma hampir 2 minggu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Namun itu sumer sudah 10 tahun berlalu, kenangan yg tak mungkin luput dari ingatanku ini.   Setiap kali tiba Ramadhan, ingatan ku pada abah semakin kuat kerana, abah adalah orang yang amat meraikan kedatangan Ramadhan dan Syawal.  Abah akan membuatkan kita seronok mengerjakan iabdah puasa, ye lakan anak2nya sumer perempuan, jadi abah rajin melayani kerenah kami, dulu Bazar Ramadhan ni susah nak jumpa, adelah gerai2 tepi jalan y dibuka utk jualan, jadi abah akan bertanya pada kami sumer apa yang yang kami teringin nak makan, bila malam hari abah akan berterawikh dan bertadarus.  Bila dekat dngn Syawal pula abah lah orang yang akan sebuk membuat persiapan hari raya.  Rindunya dengan ABAH..

ABAH...... PEMERGIANMU TIDAK AKAN PERNAH ADA PENGGANTINYA...

Selasa, 2 Ogos 2011

UDANG MASAK PADANG.. ..

:) tergelak teman bila ader yg nak resepi.. tapi tak per laa.. saya kongsi ekkk...

Bahan2nya:-
  1. Udang 
  2. Ubi Kentang (dalam 3 bijik - sedang2 sahaja)
  3. Santan (saya guna santan kotak jer - yang kecil)
  4. Kerisik - 3 sudu besar
  5. Cili Api (dlm 10 bijik - campur yg merah dan hijau) - ikut tahap kepedasan yang disukai
  6. Bawang besar - 1 biji (sedang gak)
  7. Kunyit hidup (sebesar ibu jari.. tp kalu jari tu kecik sgt .. agak2 jer laa)
  8. Garam secukup rasa
  9. Asam Keping (sekeping jer)
  10. Daun Kunyit
Cara melaksanakannya..(cewah)
  1. Bahan2 yg di boldkan di atas di tumbuk/blend - jgn terlalu lumat
  2. Masukkan Santan pekat dan bahan yg di tumbuk/blend tadi n kacau di atas api sederhana (kalu guna santan kotak, tambah sedikit air.. sikit jer tau)
  3. Bila dah nampak agak2 nak mendidih, masukkan kentang yang dipotong kecil (potong 6)
  4. Tunggu sampai kentang empuk
  5. Bila dah empuk masukkan Udang n Asam keping
  6. Bila Udang dah tukar kalernya, masukkan kerisik
  7. Taburkan garam secukup rasa
  8. Bila Udang dan masak .. mayangkan daun kunyit n taburkan di atas udang tersebut
  9. Dah siap...
Bila dah siap, hidangkan bersama nasik atau roti... sedap beb... uiiii....
ish ish ish.. lebih2 plak posa2 nie.. ;)
SELAMAT MENCUBA ... ;)

Juadah Berbuka.. 1 Ramadhan

Salam semua... haaa... semalam 1st day kita sumer berpuasa untuk tahun 1432H atau 2011.  Alhamdulillah....selamat dah satu hari.. buat Aini (anak ke3) .. oklah tu dapat posa 1/2 hari.. at least ada percubaan.  Kejut sahur pun senang.. takder paksa2.. Aiman n Amin.. kalu tak posa memang lah nak kena.. dah bosa2 pun nak memonteng... tapi .. selalu jer ingat kan diorang tu... kalau berani cuba2lah tipu diri sendiri..
Haaa... gambar tu juadah berbuka semalam, tahun nie BERAZAM tak nak ponteng masak.. cam tahun2 lepas.. hhehehe.... ye laa... anak kecik2 lagi ... (alasan laa tu)... nia diorang dah besar2 dah .. boleh jagakan adik time ibu berhempas pulas buat juadah berbuka..
Semalam buat  'UDANG MASAK PADANG".. emmm... itulah emak cakap.. tajuk juadah tu... kalu salah mintak mahap lah banyak2...
Allaaaahhh... tak yah lah nak resepi.. sebab resepi samer jer cam masak lemak cuma.... guna santan pekat... tak guna yg cair nye... sebnornya masak nie tak berkuah.. tapi sajer jer bagi berkuah skit bagi rasa...Ops.. satu lagi kena tambah kerisik skit..tu jer...
Apa?.. juadah bersahur?.. hehehehe... selalunya buat lum sump jer.. takyah ler susah2 payah.. cuma tambahlah side dish yg simple2 cam Telur Dadar ker.. Ikan Kering ker.. emmm tengok stok laaa...
Alamak esok nak masak aper lak ekk... oohhhh..kita tengok KETOK2 RAMADHAN.. manalah tahu kot dapat resepi baru laks...
Ok .. jumpa lagi .. byer..

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...