Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan datang lagi...

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog saya nie...
Ramadhan datang lagi.. mereka yang seumur dengan saya rasanya lah.. (jika mula berpuasa ketika darjah satu laaa).. dah 31 tahun kita menikmati Ramadhan dan Aidilfitri.
Sekarang tibalah pula kita yang dah jadi mak dan bapak nie.. mendidik anak2 menjalani ibadah puasa yang dalam setahun hanya 30 hari nie.  Macam2 dugaan .. mana nak kejut sahur dan menghadap rayuan mereka untuk berbuka...
kali nie yang pakai baju belang tu berhajat nak berpuasa juga .  Katanya "ibu kita nak kuasa juga esok".  Jadi tak tahulah camana pulak nak mengejut yang satu nie.  Ish ish ish.. macam2 kan.  tapi inilah keindahan kehidupan. Pengalaman yang tidak ada tukar ganti.  Yang akan dirindui satu hari nanti.  Bila mereka dah semakin membesar. Mesti kawan2 yang lain ada pelbagai pengalaman yang indah bila menjelang Ramadhan kan.  
Marilah kita meraikan kedatangan Ramadhan dengan kesyukuran dan keseronokan kerana... kita tak tahu adakah ini Ramadhan kita yang terakhir?... emmmm 


SELAMAT MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE 3 SEMUA...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...