Rabu, 21 Disember 2011

Minta di peluk...

Hmmmm... bila pepagi keluar dari rumah tak rasa stress dengan anak2 terurus dan tidak terkejar2 dgn masa..(masa nie memang lah dinikmati dengan sepenuhnya - cuti sekolah). Tinggal seminggu dua lagi rutin hidup akan menjadi seperti asal.  Dah tak boleh bermalas2 di katil lagi.. pukul 530 pagi adalah waktu yang paling lewat untuk bangun.  Aiman, Amin dan Aini bersiap2 untuk ke sekolah, Amir pulak bersiap untuk ke taska.. ibu dan ayah bersiap untuk ke tempat kerja.. kena cepat ..kalau tak alamatnya traffic jem.. kena pastikan 645pagi adalah masa yang paling lewat untuk keluar dari pagar rumah.

Dan kali ini.. setiap pagi keluar dengan tenang... siap ada request lagi.. ANAK MINTAK DI PELUK.. kalau selalunya.. ibu yang kejar anak2 untuk memeluk..hihihihihi.. tapi kali nie.. masing2 dah berdiri tepi pintu sambil mendepakan tangan untuk di peluk..indahnya...emmmm

Haaa,, janganlah asyik nak peluk somi jer kan... anak2 pun walaupun mereka dah besar menjangkau belasan tahun mahupun dah masuk puluhan.. mereka tetap perlukan belaian daripada kedua ibu dan ayah mereka.  Kadang2 kita nie masyarakat melayu sangat payah untuk meluahkan rasa sayang dan kasih kepada mereka2 yang hampir dengan kita kan...
Tak salah rasanya kalau kita masih lagi memberi pelukan dan ciuman kepada anak2 kita yang masih lagi memerlukan ransangan dari kita kan.. Janganlah kedekut untuk memberi kasih sayang.. dan janganlah tamak pula dengan kasih sayang kan...

Saya selalu memanjatkan doa agar saya dapat memberikan kasih sayang yang seadil2nya kepada kesemua anak2 saya. .. Amiiinnnn..

p.s ; wpun nama amin yang selalu di sebut ..hihihihi  :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...