Rabu, 28 Disember 2011

Janganlah marah2 aaaaa....

Baru2 nie ade chat ngn kawan2 pasal ..emmm pasal aper ekkk... gaduh ngn hubby laaa..hihihihihi...saper nak kan... Tapi hasil perbincangan ngn kawan2 nampak gayer nyer sumer orang beb..pernah rasa gaduh ngn somi..hahahahah... tak kisah lah kalo camtu...

Kawan2 citer macam2.. tapi kadang tu pelik kan.. kalu somi marah tanpa sebab.. ataupun tetiba jer hangin satu badan padahal pada mulanya ianya berbincang tapi akhirnya jadi perdebatan... tapi kadang tu marah somi nie sebab nyer macam2.. kadang tu boleh buat isteri tak tentu harah nak wat aper.. kan mak pesan masa jadi pengantin dulu.."kalu somi tengah marah..jangan lawan..api jgn lawan ngn api.." hahahahaha.. itu pesan mak laa.. tapi bila dah jadi kat diri sendiri.. kadang2 tu terlepas gak kemarahan kat insan2 bergelar somi nie.. bukan nak lawan tapi nak menegak kebenaran..*sebenarnya kita sendiri tak mahu gadoh2 kan.. penat bergaduh nie... dah lah masam2 muka.. ada yang tak bertegur saper .. sampai hati masing2 dah sejuk.. tapi nak tunggu sejuk tu...mak aiii.. penat duduk depan peti ais.... hahahahaha

Tapi sebenarnya..dalam perkahwinan nie kenalah tolak ansur kan... bila somi marah ..isteri cool down..jangan angkat muka atau melenting.. kalu boleh tu janganlah melawan... begitu jugak sebaliknya.. kalu isteri tengah marah..somi jgnlah layan sangat. .. buat macam dengar walaupun tak dengar.. ye la kan pompuan nie kalau somi wat tak tahu pun boleh angin jugak..hihihihihi...

Lelaki dan perempuan nie memang sangat berbeza...  Sebab itulah perkahwinan itu salah satu cara untuk melengkapkan kejadian manusia nie.. Lelaki lebih stabil emosinya dibandingkan dengan perempuan...itulah hakikatnya.. jadi cubalah untuk jadi yang terbaik dalam melayari rumahtangga yang penuh dengan cabaran ni... :)

 Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya tapi itu hanyalah sekadar pendapat saye sahaja ekk... takder kena mengena antara idop dan mati..
 
Antara mende yang boleh kita cuba buat bila kita marah ialah...
  1. Cubalah ubah kedudukan kita... sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Apabila salah seorang daripada kamu itu marah, dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk, kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak maka hendaklah ia berbaring" (Hadis Muslim)
  2. Berwuduk
  3. Minum Air
  4. Mendiamkan diri ketika marah
  5. dan berlindung daripada Syaitan yang di rejam.... sumer orang dah hafal masa kecik2 lagi... amal2kanlah bila dah rasa api kemarahan tu datang. 
 Ketika marah


  “Dengan namamu ya Allah, Aku berlindung daripada syaitan yang di rejam”

Sama2 lah kita saling ingat mengingati antara suami dan isteri... :)

P.S : Jangan marah2 sayang.. nanti cepat tua..:)

4 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...