Ahad, 18 Disember 2011

Ibu Plak Yang Kena...

Aduhai..dah 2 hari saya Emergency Leave...apataknyer..anak2 saya semua di serang demam.  Bila pegi klinik, mak aii .. raamainya parent datang bawak anak2 yang demam...


last2 ibu ngn ayah terpaksa cuti sekali... kalu ibu nak menjaga sekali 4..aih penat tu... ye lar..yang sorang nie nangis..yang sorang nie merengek..lemah ibu..hihihihihi... lagipun kalu ayah ada ringan sikit kerja ibu kan..ayah rajin tolong...:)

Pastu dapatlak berita..mak sedara sakit kat HUKM..camner lak nak gi melawat dalam keadaan camnie...tetiba lak kereta yang satu2nya tu pun demam...aduhai..lemah mak...

Hari nie..ayah kena gi layan keta yang demam lak.. macam2 laaa...

Alhamdulillah..anak2 samakin ok..dah boleh gelak ketawa..dah boleh main PS2..dah boleh gaduh2 adik beradik..itu tanda2 diorang dah semakin sihat.. si Tecit plak dah boleh joget2 bila dengar lagu UpinIpin.. oklah tu kan..

So, ibu pun dah terfikir..esok kena kerja..yang ayahlak..ofis dah call..sebab ada machine yang dah nak kena di layan.  Tetiba malam badan rasa cam lain jer...kepala bengal..kaki..tangan..hujung2 jari..rasa cam nak tercabut jer.. terbangun kul 3 pagi..badan rasa tak sedap...panas..confirm DEMAM....haaaa ibu pulak yang kena kali nie... 

Anak2 dah start nak ok.. ibu lak yang menyambung warisan tu... padan muka ibu...sib baiklah ayah kuat agi... lega la skit.. esok yang terfikir nak kerja tu..akhirnya terbatal.. ayah dah bebel kat ibu..jangan ngada nak pegi kerja dengan keadaan gitu...ibu pun mengalah ..memang dah tak larat pun... esok ibu gi klinik..Dr. offer nak MC..ibu ngangguk jer laa.. saper nak bagi kan... :)

Akhirnya seminggu ibu tak berkerja.. kerana anak2 dan diri sendiri.....Esok kerja cam biasa...

Tetiba ayah bersuara... "Nor..badan abang nie cam tak berapa nak sihat laa...".. Ibu senyum jer.. bila ibu gi rasa dahi... haaaa confirm..demam.. apa lagi tindakan segera di ambil.. gi klinik cepat.. makan ubat.. moga2 esok cepat sembuh dan boleh pegi kerja...

Hihihihih.. itulah kejadian yang berlaku minggu baru nie.. lelah melayan anak2 yang tak sihat.. dan melayan diri sendiri.. bergaduh dengan demam nie bukan senang.. rasa cam sepenuh tenaga di kerah dan bila demam hilang.. letihlah pulak yang menjelma..emmmm  

Semoga kami sekeluarga sihat hendaknya...


"Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).
"

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...