Rabu, 30 November 2011

TRAGEDI HOSPITAL SELAYANG...

Hari nie, untuk pertama kalinya saya gi Hospital Selayang, bahagian Pakar Mata..untuk membawa bonda tersayang kerana katarak di matanya.... kawan2 tahu apa tu katarak...

carik gambar kat google..
"Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat pengerasan lensa yang tidak terhindarkan, tanpa ada rasa nyeri maupun rasa tidak nyaman. Biasanya penyakit katarak kebanyakannya dihidapi oleh pesakit diabetis. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin legap dan mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Kanta yang semakin legap akan menyebabkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang. Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam indidvidu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka. - petikan dari majalah sains"

Saya dibertitahu Dr. yang merawat bonda saya yang bonda saya perlukan pembedahan untuk membuang katarak kat kedua2 belah matanya.  Tak kisahlah tu.. sebab saya rasa memang perlu dibedah kerana bonda saya dah tak boleh melihat dengan jelas... tapi masalahnya setelah di diagnosis pun bonda saya masih perlu lagi keselayang untuk di periksa.  Padahal sepatutnya, jika dah confirm penyakitnya, apasalahnya jika di tetapkan sahaja hari pembedahannya.  Bukan apa, saya kesian kat bonda saya tu.. nak jalan pun sakit lutut...dahlah dari Main Entrance ke klinik mata tu agak jauh... hish.. diorang nie..tak fahamlah (yelah kita bukan Doktor kan...)

Tapi hari nie saya terserempak ngn satu pergaduhan besar antara pak cik guard dengan client spital selayang.. tak tahulah mana betul atau salah.. yang pastinya ..perempuan (client) tu nak bawak parent dia masuk kereta.. kat entrance,,yang agak menghalang perjalanan kereta2 lain.. datang pak guard.. pi tegur.. tetiba jer dengar suara diorang tengking-menengking..aish.. takkanlah takder tolak ansur...

google jer - tiada kaitan antara idup dan mati..
Yang pempuan tu takkanlah tak leh sabar skit..(andainya pak guard tu kasar ngn awak) sebabnya dia bawak parent diakan.. dahlah parent dia nampak uzur..dah tu terpaksa dengar anak dia menhamburkan kata2 kesat nista kat ka guard tu..

Yang Pak Guard tu lak.. tak leh ke sabar jugak, (Kalulah pompuan tu kasar kat awak)..sebab bila kita berdepan ngn client nie.. kenalah tolak ansur skit.. client tu pun bukan sengaja nak memberhentikan keretanya kat jalan tu.. ..

Sebenarnya apa2 pun hal nya..kuncinya adalah
SABAR.......  




2 ulasan:

  1. terima kasih sudi singgah. t.kasih gak sudi follow i.

    sabrun minnan nar..

    BalasPadam
  2. TQ..Yan sebab sudi singgah n Tq gak sebab sudi follow :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...