Sabtu, 5 November 2011

POKER FACE...ish ish ish

Tajuk atas tu sebenarnya datang dari tajuk salah satu program baru kat tempat kerje kami..korang ade faham tak apa maknanya POKER FACE tu yang selalu LADY GAGA nyanyi tu..
Tu la kan..sebenarnya memang ramai manusia yang poker face kat muka bumi tuhan ni.. maksudnya..MACAM TALAM DUA MUKA..,ertinya ialah..Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).
Ada faham kaaa.. tu laa.. nak kira emosi memang emosi gak.. bila kita berterus terang tapi dikata melawan (budaya orang melayu) bila kita diam, dikata taknak bercampur.. susah kan.. akhirnya amik keputusan untuk jadi diri sendiri.. mungkin ada masa diam... ada masa  kepochi..hihihihihi...

Tapi kita tak boleh nak tipu diri sendirikan... terguris..sudah pun terguris.. jadi apa yang boleh kita buat... perlu ker kita lakukan tindakan negatif atau positif.. perlukan kita bertindak ikut hati .. pelukah kita peduli dengan apa yang telah mereka lakukan pada kita..aish..payah nie...sabar.. perlukan bersabar sehingga manusia2 ini memperlakukan apa sahaja pada kita demi untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Buat sahabat2 yang senasib denganku..semoga kita masih lagi tabah untuk berhadapan dengan cabaran2 lain yang akan mendatang... amiiinn...




2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...